Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 15, 2023

The Glory Part 2


Penuh kesabarannya menunggu Part 2 ni
Sebabnya masa Part 1, sebenarnya takde apa pun dibalasnya
Tapi dalam part 2 ni ngam
Habis semua kena sapu

Sinopsis Part 1 - The Glory Part 1 

Tiada pertambahan watak baru dalam part 2 ni


Aku suka cara dia ni balas dendam
Memang teruk semua kena
Tapi, dia buat secara indirect
Bukan dia yang bunuh
Bukan dia yang tolak sampai mati
Bukan dia tikam

Depa sesama sendiri yang buat bagi pihak dia
Baguskan camni


Perancangan awal dia ialah untuk hilangkan semua orang sekeliling Park Yeon Jin
Pembuli no 1 dia dulu
Aku mati2 ingat nanti dia dengan laki orang tu
Rupanya tak
Cumanya mmg Yeon Jin tu kena cerai


Dia ni memang tegar betul
Sampai ke saat akhir lansung takde penyesalan
Biar pun time tu dia dah hilang mak, suami, kawan-kawan termasuk anak dia 


Atas macam-macam kejahatan yang dia buat
Akhirnya dia dipenjara atas dua tuduhan membunuh
1 kes lama dari part 1
1 lagi dia ingat dia dah bunuh geng dia sendiri
Maka, memang mereput laa dalam penjara


Apa masalah hero ni akhirnya dapat diketahui secara penuh dekat part 2 ni
Ntah apsal aku rasa macam nanti ada Part 3
Sebabnya dalam part 1 dan part 2 ni hero dicipta untuk bantu heroin
Tapi sampai habis, dendam hero ni belum terbalas secara penuh lagi 


Kalau laaa heroin dapat ke suami Yeon Jin ni
Aku rasa lagi lengkap dia punya balas dendam tu
Tapi takpe laaa dapat kat hero muda ni pun okay juga laa


Meh laa aku rumuskan apa pembalasan depa kena

Lee Sara, penagih dadah
Dia tertangkap dan segala skandal pasal lukisan dan penyelewengan keluarga dia terbongkar

Hye Jong yang jadi pramugari tu telah ditikam oleh Sara menyebabkan dia tak boleh lagi bercakap

Myeong Oh yang kerja dengan Jae Joon mati
Dijadikan seperti Yeon Jin yang bunuh
Tapi sebenarnya ada laa plot twist nya

Jae Joon pun mati
Sila laa saksikan camne dia mati

Yeon Jin seperti yang telah dinyatakan di atas

Ada beberapa orang lagi yang juga dapat pembalasan
Sepertinya mak Yeon Jin
Mak dia sendiri
Dan suami kepada pembantu dia



Cuci tangan betul
Takde satu pun yang betul2 dia yang buat
Patut laaa Part 1 rasa lembab
Rupanya sebab perancangan dia teliti betul

Puas hati!!!
.
.
.

No comments: