Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, March 31, 2011

Kalau anda bengap.. jangan laa saya nak dibengapkan bersama-sama...

Ni bukan kisah April Fool..
Aku tak pernah layan pun fool-fool-fool ni..
Yang aku tau.. lepas 1 April.. 2 April besday Mencah anak MR..
(takde makan-makan ke esok ;)

Ni citer insan yang meng"spoil"kan mood hari jemahat aku...

Ada satu bapak bersama satu anak..
Hari ni muncul kat dalam PID..
Anak dia kendong satu beg yang aku syak dalam tu ada laptop..

Bapak dia dengan penuh riak takbur..

"ANAK SAYA DPT LAPTOP FREE.. KAMI NAK KOD UNTUK UNLOCK SOFTWARE DALAM NI"

Yeeeee... aku blur-seblur nyer..
Bila pulak aku diberi mandat menjadi pembuka kod?
Aku pun bertanya laa lebih kurang sedikit sebanyak..

Rerupanya..
Ada satu nombor kod ni kena dimasukkan sebelum boleh guna laptop tu..

Yang hamsap nyer.. depa 2 beranak habaq..
Hari tu masa ambik laptop tu.. pegawai tu kata..
Kod tu ambik kat Pusat Jal*r Leb*r..

Hello kamu 2 beranak..
Pusat Internet Desa dengan Pusat Jal*r Leb*r tu jauh benor bunyinya..

Yang menyepoilkan mood aku..
Tetiba bapak dia naik angin pulak..
Bila aku cakap depa mai salah tempat..
Aku dah dengan baik hati...
Siap bagi direction camne nak pergi pusat satu lagi tu..

"TAKKAN BENDA CAMNI PUN AWAK TAK BOLEH BUAT?"

Eh.. aku pulak..
(darah panas time ni dah menyerbu ke kepala)

"SAYA BOLEH JE NAK BUAT.. TAPI SAYA FORMAT BALIK SEMULA LAPTOP NI.. TU JE CARA KALAU TAKMO AMBIK KOD TU.."

"KALAU TAKAT NAK FORMAT.. SAYA PUN TAHU BUAT"

Terus tarik anak dia keluar..

Oiii PAKCIK BUTA ADAB..
Malam tadi ko tak mendapat ke?
Tu pasal perangai cam haram jadsssss...

Kenapa laaa kan..
PID ni sentiasa dikelilingi oleh orang gila.. orang kuang ajar.. tak reti hormat orang lain..

REHAN DAN RAKAN-RAKAN SEANGKATAN...

Mungkin 30 Jun 2011 itu adalah sebesar-besar rahmat!!!
.
.
.

Dah pandai dah...






Berkat anta sekolah mesjed.. :)

Pelat tu tak tau laa bila nak hilangnya..
Bunyi2 tu adalah sikit..

Tapi tadi dia baca depan nenek..
Sekali tang makna..

Ya Allah.. bekati laa rezeki..
Dan masukkan azab api neraka!!

:))
.
.
.

Memulakan rawatan..

Pagi tadi Dr Lim dari Klinik Kalumpang..
Tinggal pesan suh aku bawak Khaleef jumpa dia..
Maka, lepas je lunch hour.. terus muncul kat klinik..

Nasib baik tak ramai orang yang jumpa doktor hari ni..
Tgu tak smpi 10 minit dah dapat giliran..

Masuk je.. dia telek laa rekod dalam kad rawatan Khaleef..
Wat check serba-serbi..
Then, dia buat sikit penerangan tentang bahaya Asthma..
Pastu terangkan rawatan yang dia akan mulakan..

Khaleef diberikan inhaler..
Tapi corongnya kena beli sendiri..
Kat gomen tidak disediakan..

Tapi dapat inhaler FOC tu dah kira baik ler..
Pastu kalau habis bawak je bekas kosong & kad..
Akan dapat yang baru FOC jugak..

Kata doktor.. rawatan ni boleh menghilangkan asthma Khaleef..
Nak ubat asthma ni kena dari kecik..
Kalau dah tua.. susah nak ubat..

Bahayanya asthma ni pada kanak2 kecil cam Khaleef..
Adalah kekurangan bekalan oksigen ke otak..
Boleh menyebabkan dia lembab dan kurang potensi diri..

Huhuhu.. mintak simpang!!!!

Anyway, korek-korek..
Jumpa gambor Khaleef masa baby dulu..

Rindunya pipi gebam dia tu..
Skang ni rencong je muka sbb dah kurus..
Berat dia terkini.. 16.5kg..
Umur dah tak lama lagi je nak 5 tahun..

Semoga anak mami akan cepat sembuh..

AMIIINNNNNN...
.
.
.

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Khaleef TIDAK?!!

Sejak join geng2 ibu menyusukan ni..
Ada yang tanya..
Kenapa anak sulung tak menyusu badan?

Jawapan yang selalu aku bagi..

SUSU TAKDE.. BABY PUN TAK NAK NYUSU...

Pastu aku selalu bagitau kat orang lain..
Sebab Khaleef tak susu badan..
Nanti adik dia pun tak payah susu badan..
Fair & square..
So, nnt takde pertikaian..
Kenapa sorang dapat... sorang tak dapat...

Khaleef tidak menyusu badan..
Adalah kerana..

Pada masa dia lahir..
Aku adalah seorang mak yg TAK TAHU MENAHU pasal susu badan..
Bagi aku.. kalau dapat bagi.. dapat laa..
Tak dapat sudah...
Susu formula melambak yang bagus-bagus di pasaran..

Kena pulak time dia lahir pakai vakum..
Bawah mmg rabak habis laa..
2 minggu tak boleh duduk betul..

Adik aku ada gak tolong pegangkan Khaleef sua kat nenen..
Tapi kalau dah hati tu tak mau..
Dok asyik pikir po'en bawah tu sakit.. sakit.. sakit..
Lama-lama baby pun tak hingin nak isap dah..

Aku MALAS pun sama...
Rasa cam susu tin lagi senang..
Sapa-sapa pun boleh bagi..
Khaleef umur 40 hari.. aku dah tinggalkan dengan atuk dia seharian..
Aku lak pi shopping kat KL dengan nenek..

Lagi satu sebab..
Kena pulak dia lahir kat spital yang mesra botol susu & susu tin..
Lahir-lahir.. takde tanya aku hape pun..
Tau-tau, Khaleef dah hisap susu tin..
Kuar spital pulak..
3 tin hokay spital tu bagi susu mahal..

Tak habis pun pantang lagi..
Susu dah kering sendiri..
Takde pun kena bengkak susu.. sengal2 badan ke..

Maka membesar laa Khaleef dengan minum susu tin..
Bermula dengan Mamil Gold.. pastu Anmum..
Pastu Dugro.. pastu Nespray smpi skang..

Ikutkan tak banyak beza pun..
Baby isap susu badan dengan baby isap susu tin..
Dia rapat jugak dengan aku..
Membesar bagai johan jugak..
Cuma tak semena-mena.. masa umur dia 2 tahun.. dia disahkan ada Asthma..
Asthma ni pulak tak leh dikaitkan dengan susu..
Rasanya lebih kepada keturunan..

Apa-apa pun..
Bila Khaleef dah mula faham nanti..
Aku akan minta maaf dari dia..
Sebab tidak memberikan hak dia..
.
.
.

Tuesday, March 29, 2011

Malam yang sepi....

Malam yang sepi.. pi.. pi.. pi..
Pak Mat jual roti.. ti.. ti.. ti..
Rotinya enak.. nak.. nak..
Pak Mat jual anak.. nak.. nak..
Anaknya hilang.. lang.. lang... lang..
Pak Mat jual gelang.. lang.. lang.. lang..
Gelangnya putus.. tus.. tus.. tus..
Pak Mat terus mampus.. pus.. pus...


Dalam proses mempelbagaikan nursery rhyme Muhammad Khaleef..
Asyik-asyik twinkle-twinkle.. london bridge.. row your boat..
Kali ni tukar..
Nursery Rhyme berbahasa melayu..

Tapi yang ni ada kelainan..
Sebab ni lagu-lagu yang Mami belajar time sekolah2 dulu..
Bukan belajar dengan cikgu..
Tapi dengan kawan-kawan..

Lagu-lagu popular time main lompat pusing getah..
(tak pernah jumpa lagi bebudak skang main getah zero point)

Selain lagu ni..
Ada lagu..
Rumah Terbakar Panggil Bomba..
Anak Kambing Patah Kaki..
Pepsi Cola..
A.. B.. C.. Nama Boypren...

Dan pelbagai lagi dengan tajuk yg inovatif :)

Ok Khaleef.. Mami dah nyanyi.. Skang giliran Kalep pulak..

APA MAMI MEMARUT-MARUT NI!!!

erk... hokay :(

* memarut = mengarut
.
.
.

Monday, March 28, 2011

NO IDEA

Kepala berasap..
Rambut dah cam rambut antu Kak Limah..
Hari tu sempat potong je..
Tak sempat wat treatment hape.. basuh pun tak sempat..
4 jam lebih kurang klu nak wat sumer...
Hasya lak hanya boleh bertahan 1 jam tanpa nenen mami..

Sat lagi nak anta nenek Hasya ke KL..
Hotel Nomad Sucasa ke nama nyer...
Dia kursus sana smpi Khamis..
Kepala toing2 ni nak drive..
So, Khaleef hari ni tak payah sekolah..
Temankan mami..
At least ada jugak teman bicara.. :)

Hasya malam tadi kul 1.00 pagi jaga..
Pastu membising sampai pukul 4.30 pagi..
Dia tak nangis... tapi mulut tu berbunyi..
Tapi kalau lama mami wat derk..
Kuar laaa sore.. La.. La.. La... Laa..
Dia nangis mmg bunyi camtu..

Setakat itu sahaja..
Kalau malam ada idea.. ada laa entry lagi..
Kalau tak.. setakat ini sahaja :)

SEMOGA ANDA SEMUA BERBAHAGIA HARI INI
.
.
.

Hasya sangat moody :(




Kalau tak melalak.. TIDO..
Kalau tak tido.. MELALAK..

Dah bawa g klinik tadi..
Tapi klinik swasta je..
Tak sempat nak pi klinik gomen..

Sian kalau tgk dia batuk..
Kahak banyak..

Hari ni dia takmo breastmilk feeding..
Cuma mau direct breastfeeding shj..
Terpaksa la mami half day..

Aku pun ikut takde mood jugak :(
.
.
.

Sunday, March 27, 2011

Tembam demam...

Semlm pasal bawak dia berpanas kat kenduri kahwin..
Malam tadi dalam kul 4.00 pagi suhu naik..
Dah laa pembaca suhu tu tak tau mana sorok..
Nasib baik hari tu masa inject 2 bulan, nurse ada bagi ubat demam..
Bagi dia makan sikit..
Pastu tepek cool fever..
Pastu lap2 sket dengan kain basah..

Yang unbelievable nyer..
Tak meragam pulak..
Padahal sebelum ni..
Dah 3 malam berturut mengamuk dari kul 11 malam smpi 3 pagi..
Tanpa sebarang sebab..

Malam tadi dia senyap je..
Bila bagi nenen.. dia isap sampai tido..
Bila bangun aku buh atas bouncer.. diam je dia..
Dah siang, time nak siapkan abang g sekolah baru laa berbunyi sket..

So, hari ni half day laa nmpk gayanya..

Nak bawak dia g klinik jugak..
Sebab bunyi kahak kuat sangat..
Batuk & selsema lagi..

Harap-harap takde apa-apa...

Abang Khaleef baru je masuk emergency Jemahat petang..
Tetiba asthma teruk..
Muntah kahak berkondi-kondi..
Nasib 2 hari je dah ok..
Selalu kalau kena attack.. seminggu dua tak sekolah tu biasa...
.
.
.

Friday, March 25, 2011

Bumbo Seat vs Hasya

BUMBO SEAT

The Bumbo Baby Sitter is imaginatively designed to let a baby between 3 to 14 months of age to sit upright without any external support. The Bumbo seat does provide the baby all comfort to sit cozily.


Aku dapat beberapa teguran..
Sebab letak Hasya dalam bumbo ni..
Sedangkan dia belum pun 3 bulan..

Ok ni keterangan ye..

Sebenarnya aku letak dia kejap je..
Untuk snap gambor..
Dalam 2-3 minit sahaja..



Bumbo ni sebenarnya tidak menyakitkan pinggang baby..
Seat ni diperbuat daripada high density foam dengan maksimum safety..
Bumbo ni jugak non-toxic dan senang untuk dibersihkan..

Nak pakai kerusi ni..
Kena make sure baby dah boleh kawal kepala dia..
Pastu kena letak atas flat surface..
Dan paling penting..
Jangan tinggalkan baby sorang-sorang atas seat ni..

Time aku beli untuk Khaleef..
Tak pakai lansung pun..
So, untuk Hasya ni..
Aku akan make sure..
Untuk menggunakan kerusi ni sepenuhnya..
Sampai dia tak muat nak duduk dalam tu :)
.
.
.

Thursday, March 24, 2011

Anthenna - Goddes of War

Sapa yang dah tengok IRIS..
Wajib tengok Anthenna ni pulak..
Wpun pelakon IRIS hanya 2-3 org je muncul balik dalam Anthenna..
Tapi keterujaan menonton drama ni tetap sama cam tgk IRIS..


Kali ni berkisarkan kumpulan terrorist Anthenna lak..
Diketuai oleh penjahat Son Hyuk..
Mission lebih kurang cam IRIS..
Nak menakhluki Korea khususnya dan dunia pada amnya (cheeewaaahhh)

Kali ni mission NSA... selain dari menyelamatkan negara..
Mereka juga perlu mencari semula..
Anak Presiden Korea yang telah diculik dan disembunyikan di Itali..

Masa IRIS depa shooting banyak negarakan..
Kali ni pun sama jugak..
Penggambaran di beberapa buah negara..
Jepun.. Swiss... Itali dan Singapura..
Huhuhu Mesia takde dalam senarai ler..

Aku nak citer panjang pun tak boleh..
Sebab pada hakikatnya..
Belum tgk pun lagi citer ni..
Kuarkan awal sbb ada permintaan mendesak :)

Kalau mahu..
Jangan malu-malu ye..
.
.
.

Dah lama tak wat hal :(



Selalu malam memang cukup tido dah skang ni..
Tapi malam tadi.. dia balun mengamuk cukup-cukup..
Start kul 11.30 malam..
Sampai 7.30 pagi...
Ada laa tido2 ayam dalam 10-15 minit setiap jam..

Ni semua mami dia laa punya hal..

Mula-mula konon nak makan 3 ulas..
Pastu.. eh takpe laa tambah lagi 2 ulas jadi 5 ulas..
Oooiii sedap bebenor la pulak.. up lagi jadi 10 ulas..
Yang buah tu tak rasa lagi..
Buah ni belum rasa lagi..
Cuit sana.. cuit sini..
Last2 jadi ntah bape puluh ulas...

So, padan laa ke muka malam tadi..
Yang sorang anak menangis berpeluh-peluh kepala..
Kena on air-cond bagi dia cool sket..

Yang sorang anak lagi.. tak tahan air-cond..
Dah start batuk-batuk.. nafas pun dah sesak..
Merengek-rengek suh tutup air-cond..

Yang best..
Tentu laaa Inche Izman..
(aku lupa nak snap gambor betapa heaven nyer dia)

Telinga tutup ngan bantal..
Comforter tarik sampai paras dagu..

Heaven kan...
.
.
.

Wednesday, March 23, 2011

Milk Booster - air longan

Bagi gambar tengah menggelegak..
Baru real..

Ni air longan buatan sendiri..
Hanya campur dengan gula merah sahaja..
Tapi tak sesedap kalau campur gula pasir..

Saja masak pekat sket..
Sebab aku nak simpan dalam peti ais..
Memandangkan tak boleh banyak sgt minum air sejuk..
So, bila nak minum.. tuang sikit dalam mug..
Lepas tu tambah air panas supaya suam..

Tapi sebab deep freezer aku belum sampai lagi..
Order dan confirm.. ada 2-3 hal lagi tak setel..
Skang pam sikit2 jelah untuk simpanan..
Yang lain sumer bagi Hasya minum time aku keje..
.
.
.

Kalau dah kayer...



Hehehehe.. KONON KAYER!!!
Sampai buang-buang duit..

Menggelabah siot!!!

Duit ni aku kuarkan dari purse buh dlm handbag..
Supaya kang senang nak capai masa g isi minyak kete..
Sekali sampai Petronas, gagau punya gagau.. tak jumpa!!

Siap call asst aku suh cari bawah2 meja..
Kot laa duit tu bersayap tiba2 terbang kuar beg..
Dia kata takde...

Pastu sepanjang malam laa..
Dok kaji mana laa pergi duit tu..
Dekat2 kul 6.00 pagi..
Baru dapat ilham..

Sebab semlm.. lepas Khaleef makan roti..
Dia campak plastik roti tu dalam handbag aku..
Pastu sebelum balik.. aku buang plastik2 tu dlm tong sampah..

Pagi ni g keje dengan satu niat je..
Nak bongkar tong sampah cari RM50 tersebut..
Memang tepat sekali...

RM50.00 hokay.. cukup untuk membuatkan aku tido tak nyenyak..
.
.
.

Tuesday, March 22, 2011

Tadika Islam Perak


Hari ni pakai baju sukan pulak..
Pun baru dapat Isnin lepas..

Dalam kereta.. Khaleef tanya..
Apa tulis belakang baju dia tu..

Mami jawab..

TADIKA ISLAM PERAK...

Eeeee.. KALEP TAKMO TADIKA BERAK!!!

BUKAN BERAK LAA.. PERAK..

PERAK TU APA MAMI?

PERAK TU NEGERI...

KENAPA NEGERI BERAK?!!!

Koser laa mami!!!
.
.
.

Pergi sekolah kemain hensem.. Balik sekolah..

Tu kalau kening dah bercabang dua..
Maknanya memang sakit ler tu...

Sampai-sampai sekolah dia semalam..
Kawan-kawan dia terus berkejar ke mami..
Semua mengadu yang Khaleef jatuh..
Igtkan jatuh sikit je...
Sekali tengok baju ada darah..
Tgk muka dah bonyek semacam..

Budak yang dikatakan menolak Khaleef..
Laju je keluar pi kat kereta mak dia..
Takut laa tu.. mami Khaleef kan besar cam raksaksa..
Kalau aku pun.. laju-laju aku cabut :)

Cikgu dia pun cepat2 mai kat mami..
Cerita keadaan yang sebenarnya..
Aku cool je..
Dulu kat sekolah lama pun pernah jadi camni..
Nenek dia yang over marah cikgu :)

Biasa laa kan.. bebudak.. tak ko tolak aku.. aku tolak ko..
.
.
.

Boys Over Flower

Rupanya aku tak pernah review citer terhangat ini..
Tetiba 2-3 hari ni banyak lak org tanya pasal drama Koputanam ni..

Ok akak review..
Pastu cam biasa hokay ;)

Boys Over Flower ni sbnrnya adalah Meteor Garden version Korea..
Asalnya adalah dari komik Jepun..
Jepun pun ada buat gak BOF ni..
Tapi pelakonnya kurang mantop..

Antara MG dan BOF..
BOF laa paling mantop pelakonnya serta jalan citernya..
Tapi dari segi heroin..
Aku suka heroin Meteor Garden lagi..


Ni citer pasal anak-anak orang terkaya kat Korea..
4 orang yang menggelarkan dia depa F4..
Tetiba sekolah depa ada seorang budak pompuan miskin masuk..

Bukan depa 4 orang ni berebut 1 pompuan..
Sebenarnya 2 org je..
Hero dengan 2nd hero..

Akak susah nak pilih hokay..
2-2 akak sangat suker..

HELLO!!

Ko heroin ke pun :))

Berangan tak salahkan...

Itu jelah serba ringkas..
Citer ni takde laa baru sangat..
Dah main pun kat TV Mesia..
Rasanya dah 2 kali ulang kat 8TV..

Namun, bagi yang nak merasai kehangatannya..

MEH LAA!!!
.
.
.

Monday, March 21, 2011

Sudah dapat uniform :)



Uniform sekolah ni.. custom made lagi..
Sayangnya suar cam akan senteng tak lama lagi..
Murah je.. RM20 sepasang..

Kat sekolah lama..
Dah ler buruk je uniformnya..
Saiz pun tak betui..
Rm30.00 sepasang..

Kasut sekolah je belum beli lagi..
Ada kawan2 dia yang pakai kasut sekolah..
Tapi ramainya pakai selipar je..
Takpe training awal2 pakai kasut sekolah..

Tahun depan, cadangnya nak masukkan dia Pra-Sekolah..
Layak dah kalau tahun depan..
Kan mami dia lepas 30 Jun ni jobless :)
.
.
.

Tiada lagi...

Masih ingat masak lemak ketam..
Masih ingat rendang ayam..
Masih ingat ayam masak merah..
Masih ingat paprik udang sama sotong..
Masih ingat ikan pari bakar dengan air asam..

AKU LUPA DAH!!!

Huhuhu.. kalau dapat goreng telur dadar..
Itu dah dikira Hasya berada dalam mood baik..
Kalau dapat goreng hot dog sekali..
Tu maknanya Hasya tengah tido-tido ayam 10 minit..

Hari keje takpe lagi..
Mentua aku yang baik akan bekalkan lauk hari-hari..
Merasa laa masak lemak ikan.. kari daging.. kurma ayam..
Sambal sotong.. sayur lemak..

Tapi kalau Sabtu & Ahad..
Kira masak apa sempat jelah..

Inche Izman...

Saya tau anda kuciwa sebab dah pindah sini..
Bini tak dapat masak sedap2..
(sedap ke?!!!)

Takpe.. tak lama nyer..
Tengok Khaleef..
Pejam celik.. pejam celik..
Tetiba dah nak masuk 5 tahun..
Berak, kencing, mandi, makan sumer dia leh uruskan sndr..

HASYA CEPAT BESAR HOKAY!!!
.
.
.

Sunday, March 20, 2011

Paradise Ranch

Satu lagi citer baru..
Tengah main kat B-Yond 393..
Bagi yg takde b-yond.. apa lagi.. :)

Paradise Ranch..
Satu lagi citer genre Romantic Comedy..
Berherokan Changmin dari kumpulan DBSK


Citer ni boleh kata 80% berlakon kat Jeju Island..
Pulau cantik kat Korea nun..
Ni ala2 cam ranch koboi citer omputeh tu..
Ada kuda.. bangsal... lumba kuda..

Drama ni kisahnya bermula dengan hero ngn heroin kahwin muda..
Masa tu depa baru 19 tahun..
Tapi nak gak kahwin, konon2 rasa boleh happy ever after...
Rupanya lasting 6 bulan je, pastu depa bercerai..

Selepas 6 tahun berpisah..
Depa berjumpa balik kat Australia..
Masa ni depa sama-sama nak beli seekor kuda lumba..
Tapi sbb depa ni pernah bercerai..
Cam ada perasaan benci membenci..
Tapi dalam diam-diam masih sayang..

Masa jumpa ni.. hero dah ada kekasih baru..
Heroin lak baru nak adjust dengan satu mamat hensem ni..

Sekali bila dah balik Korea..
Rupa-rupanya company atuk hero telah membeli seluruh tanah bangsal kepunyaan keluarga heroin...
Nak buat resort..
Nak jadi citer.. mamat yg tengah heroin dok usha..
Merupakan pengarah syarikat kontraktor yg akan menjalankan projek..
Nak jadi citer.. awek hero, merupakan interior designer resort tersebut..

Hehehe.. ni baru betui namanya drama kan..
Semua ala-ala kebetulan..

Hero pulak, atuk dia bagi tanggungjawab suh uruskan penduduk yg membantah perlaksanaan resort tersebut..
Time ni laa dia jumpa ex-wife dia balik..
Siap tumpang duduk kat rumah heroin..

So, adakah hero akan berbalik pada heroin?
Apa hubungan 2nd hero dengan 2nd heroin?
Apakah sebab musababnya mereka bercerai dulu?

Cam tak biasa pulak...
.
.
.

Mami nak tolong tak bagi....


Boleh laa tulis jawi sket-sket..
Cuma Khaleef ni keras jari laa...
Susah tul apa yg dia tiru tu nak menjadi..

Sejak sekolah Tadika Masjid ni..
Senang je nak suh dia pi sekolah..
Even dah cuti semgu..
Ceria je nak pergi sekolah..

Tak cam Matahari Ria dulu..
Kalau hari pertama lepas cuti panjang..
Mesti bangun tido nak nangis.. gosok gigi nangis..
Mandi nak melalak.. pakai baju nak membising...

Sekali mami Toing!!!!!

Baru betui meraung sampai ke gate sekolah..
.
.
.