Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, March 31, 2011

Memulakan rawatan..

Pagi tadi Dr Lim dari Klinik Kalumpang..
Tinggal pesan suh aku bawak Khaleef jumpa dia..
Maka, lepas je lunch hour.. terus muncul kat klinik..

Nasib baik tak ramai orang yang jumpa doktor hari ni..
Tgu tak smpi 10 minit dah dapat giliran..

Masuk je.. dia telek laa rekod dalam kad rawatan Khaleef..
Wat check serba-serbi..
Then, dia buat sikit penerangan tentang bahaya Asthma..
Pastu terangkan rawatan yang dia akan mulakan..

Khaleef diberikan inhaler..
Tapi corongnya kena beli sendiri..
Kat gomen tidak disediakan..

Tapi dapat inhaler FOC tu dah kira baik ler..
Pastu kalau habis bawak je bekas kosong & kad..
Akan dapat yang baru FOC jugak..

Kata doktor.. rawatan ni boleh menghilangkan asthma Khaleef..
Nak ubat asthma ni kena dari kecik..
Kalau dah tua.. susah nak ubat..

Bahayanya asthma ni pada kanak2 kecil cam Khaleef..
Adalah kekurangan bekalan oksigen ke otak..
Boleh menyebabkan dia lembab dan kurang potensi diri..

Huhuhu.. mintak simpang!!!!

Anyway, korek-korek..
Jumpa gambor Khaleef masa baby dulu..

Rindunya pipi gebam dia tu..
Skang ni rencong je muka sbb dah kurus..
Berat dia terkini.. 16.5kg..
Umur dah tak lama lagi je nak 5 tahun..

Semoga anak mami akan cepat sembuh..

AMIIINNNNNN...
.
.
.

5 comments:

littlehumblelynn said...

zell

anak aku yg kecik "auni " mmg asthma jugak..dia guna 2 jenis inhaler..satu nama ventolin yg akan amik masa kena attack..satu lg namanya FLIXOTIDE yg diamik berterusan utk 6 bulan..tp tetiap 2 bulan kena amik stok..ini utk prevention shj..tgk warna oren..mungkin jenis sama kot..dah lama auni x kena attack,.last sekali bulan 11 hari tuh..kena jaga makan & kena pakai stokin tido malam..terpaksaler..

littlehumblelynn said...

lg satu..aku beli mesin sendiri..reganya rm280 masa tuh...dah x larat nak amik gas kat klinik memanjang..

I want to lose weight said...

Mesin tu dah ada.. cuma ubatnya takde..

Khaleef ni sebenarnya takde laa kronik sangat.. tapi jenis takmo berpantang.. minum nak yg dlm peti ais je..

pastu tak reti dok diam..

kadang2 baru lepas nebulizer.. dia bantai melompat.. berlari.. tak smpi 2 jam.. dah sampai kat emergency balik ambik nebulizer sekali lagi..

Mamma said...

sian anak kita weh..kimi tu baru 17kg je baru..ntah bila nak sihatnya dan besar dgn jayanya..aktif bukan main even ada asthma..

I want to lose weight said...

Tu pasal asthma susah nak baik.. sebab tak reti dok diam :)