Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 21, 2015

Blade Man

Lee Dong Wook hero..
Kali ni watak dia lain sikit..
Selalu awek yg tergila-gilakan dia..
Kali ni dia pulak gilakan heroin..


Tajuknya BLADE MAN pasal dia ni kalau naik marah..
Akan keluar pisau tajam-tajam kat belakang dia..
Pastu dia ada kekuatan yang luar biasa..
Benda ni dia dapat selepas dia menjalani satu pembedahan..
Pemindahan sum-sum tulang..

Mula-mula dia tak sedar...
Pasalnya bila dia naik baran..
Dia akan pengsan!!

Dah lama baru dia tahu..


Ni heroin..
Dia ni laa penyebabnya aku lambat review drama ni..
Sebab aku takde mood nak tgk heroin..

TAPI!!!

Selepas tengok drama ni..
1st time aku suka dia ni jadi heroin...
Watak dia dalam drama ni kurang cengeng cam drama-drama sebelum ni..
Dia bawa watak ceria..

Baru nmpk dia ni lawa juga orangnya..



Hero ni pulak..
Dia ada syarikat mengeluarkan mobile game..
Heroin pulak.. ada satu team buat game..
Cumanya mereka belum dapat company yg boleh produce game depa..

Camtu laa asal2 nya depa jumpa...

Dapat laaa heroin kerja kat company hero..



Hero ni pulak..
Tetiba ada anak yg baru muncul..
Dipercayai anak bekas girlfriend dia yg dah mati..
Anak ni pula memula tu hilang..
Heroin yang jumpa..

Bila hero bawa balik anaknya ke rumah..
Dia tak pandai nak jaga anaknya tu..
Yang anaknya pulak menangis tak benti-benti..
Dia nak tinggal dengan heroin..

Maka, hero pun ambik heroin jadi babysitter anak dia..
Kebetulan heroin mmg ada sijil pendidikan awal kanak-kanak..


Ni ler mak kepada anak hero tu..
Hero percaya yang awek lama dia ni dah mati..
Mati disebabkan ayah dia..

Bila dah lama-lama dengan heroin..
Dia pun jatuh suka dengan heroin..
Yang jd konfliknya..
Ayah dia of course tak suka..
Pastu adik kandung hero pun suka heroin juga..

Tapi cerita ni takde laaa evil person yang jahat gila..
Semua cam jahat2 yg boleh diterima akal..


Akhirnya depa dua ni jatuh cinta..

TAPI....

Tiba-tiba awek lama hero..
Mak anak dia muncul balik..
Dia tak mati rupanya..
Cuma dia menyorok..


Apakah kesudahannya...

Hero dengan heroinkah?
Hero dengan awek lamakah?
Adik hero dapat heroinkah?

Sila tengok sendiri ;)
.
.


No comments: