Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, January 4, 2015

Aku dah jumpa azam.....




Malam semalam..
Depa berdua beregu..
Menyepah rumah..
Dengan lego.. duplo... mainan masak-masak..
Mainan patung2.. buku..

Sebelum tido aku suruh kemas..
Sambil tu aku ugut..

SIAPA TAK KEMAS..
JAP LAGI MAMI AMBIK PENYAPU DAN SAPU KELUAR RUMAH..

Hasya jawab... BAIKLAH MAMI BOLEH SAPU

Kalep jawab... SAPULAH.. MAINAN NI SEMUA DAH BOSAN

Menyirap aku!!

Terus aku dapat azam untuk tahun ni..

KAMU BERDUA TIDAK AKAN DAPAT MAINAN LAGI UNTUK TAHUN 2015 KECUALI MASA HARIJADI

Siap pesan dengan MIJ..

Kalau tetiba pergi pasar ke.. pi supermarket ke..
Aku nak belikan je mainan..
Sila laa cubit mami kuat-kuat..
.
.
.

1 comment:

Min Aina Ila Aina said...

Hihi.
Rasanya paling kuat bertahan 3 minggu je azam tu kak.
BTW, Good Luck!

Budak sekarang tak dapat mainan daripada alam semulajadi, rugikan?