Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 21, 2015

Zamani Slam Positif Dadah

Aku baca pasal ni..
Semalam..

Pastu terus bagitau MIJ..
Lepas tu.. kami sama-sama layan frust!!
Wpun lama dulu mmg dah agak dia ni terlibat dengan dadah..
Tapi bila dia kena tangkap.. kecewa la kami laki bini...

Banyak2 benda dalam dunia ni..
Kenapa dadah pulak yang dihadapnya..


Dia ni legend..
Zaman-zaman Slam ni... 1992-1994 gitu..
Adalah zaman alihan muzik..
Masa zaman Slam ni muncul 4u2c dan KRU..
Tapi Slam tetap juga gah..

Aku punya minat dia ni..
Kalau kuar kaset baru..
Sanggup tak belanja kat sekolah..
Nak beli kaset original punya pasal..

Pastu memang dengar hujung ke hujung..
Pusing  balik.. hujung ke hujung sekali lagi..

Kertas lirik lagu kat sarung kaset tu..
Confirm jadi belacan..
Punya dok hadap nak hafal semua lagu..

Pernah berangan juga..
Nak cari suami cam iras Zamani Slam ni..
Kurus.. rambut lurus.. hidung mancung..
Dapat pun!! :))

Walaupun suara MIJ tak sesedap suara Zamani :))


Tadi pagi aku terklik video dia dalam tahanan polis tu..
Suara dia masih sedap macam dulu..
Dia masih cute macam dulu juga..

Sayangnya..
Dia dah pilih jalan yang salah..

Tak mau share video tu kat sini..
Aku tengok pun tak habis tadi..
Suku je..
Sedih tgk dia kena buli camtu..
Memang lahanat sangat polis yang rekod video tu dan sebarkan dalam internet..



Lagu paling aku suka :)

.
.
.

3 comments:

mama lynn said...

Zell,

Kita kan sebaya..zaman kita mbesar remaja tgh hit dgn lagu Slam...Sedih jugak sbb antara peminat kipàs susah mati jugak..x sggp tgk vid dia kena buli...

Pusat Internet Desa Zon 3 said...

Peminat dia agaknya

tifa anvar said...

pasal sanggp x belanja duit d kantin semata2 nk bli kaset slam mmng sama mcm saya. Sedihnyya jalan hidup yg dia pilih