Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, November 27, 2011

Jillian Michaels - 30 Days Shred

 

Musim workout muncul lagi... :)
Ramai pulak yang tanyakan balik 30 Days Shred ni..
Lepas tu ramai lak mengadu sakit badan.. kaki tak leh angkat ler..

Rupanya ramai yang main tibai je pakai DVD ni..
Tanpa mengikut arahan yang betul...
Tanya pulak pada aku yang haram sekali tak pernah buat 30DS ni..
Lagi laa dapat info pelesu semata-mata..

Ok, inilah dia kebenarannya bila buat 30 Days Shred..

 Bahan-bahan asas yang perlu ada..

1- Kasut & Stokin
2- Dumb bell
3- Exercise mat

Kalau takde.. pandai2 laa ganti dengan apa yang patut..
Jangan takde kasut.. pi pakai selipar jamban pulak..

Lepas tu... untuk kali pertama..
Korang pasang DVD dan tengok dulu..
Kenal pasti kat mana warming up.. level 1.. level 2.. level 3.. cooling down..


Sebelum mula buat..
Ambil ukuran badan..
So, nanti lepas habis 30 hari boleh tau mana yang turun..
Mana yang tak turun-turun..
Mana yang naik..

 Measure each arm (thickest part), each thigh (thickest part), upper waist (smallest) and lower waist (at your belly button), and your hips (biggest part)

Read more: How to Do Jillian Michaels 30 Day Shred | eHow.com http://www.ehow.com/how_5363883_do-jillian-michaels-day-shred.html#ixzz2DUKPIlVU
Lengan, peha, atas dan bawah pinggang bg yg ada belly, ukurlilit bontot..
Catat laa kat mana-mana pastu simpan elok2..

Tak pun install laa android apps lebih murah..


Kali pertama buat memang akan sakit-sakit badan..
Tapi dinasihatkan jangan skip walaupun 1 hari selama 30 hari pertama..

Ok, cara nak layan DVD 30 Days Shred ni..

10 hari pertama - LEVEL 1
10 hari kedua - LEVEL 2
10 hari ketiga - LEVEL 3

Bukan harung terus 3 level sekali buat..
Itu yang timbul gejala2 nak mati lepas buat..

Tak menjadi masalah kalau korang stay kat level 1 lebih dari 10 hari..
Ataupun level 1 je selama 30 hari..
Ikut kemampuan laa...

Selepas tamat 30 hari atau tamat at least 10 hari setiap level..
Barulah boleh gabung2 level..
Ataupun nak buat 3-3 level sekali gus..

Atau.. bila dah rasa bosan..
Apa kata order yang tajuk lain...

;)




Minah Rusia atas ni..
30 hari je dia layan betul2 Jillian ni..
Tengok hasilnya..

Lepas 30 hari..
Boleh laa ambik measurement badan semula..
Time ni boleh laa nak lompat kegembiraan smpi siling sekali pun..

Buat yang tanya apa kesannya pada Kak Zel?

Jawapannya = NON HADO!!

Giler aku nak buat 30 Days Shred ;)
.
.
.

1 comment:

Min Aina Ila Aina said...

Saya nak bagi testi sikit boleh...saya buat 30days Shred ni dah 2 bulan (tidak setiap hari) + Diet Atkins, saya tak berganjak daripada level 1 sebab masih ada part yang saya masih fail nak ikut iaitu push up penuh. Cuma, saya up sikit berat dumbell, dulu 2 lb sekarang 2.5kg sebelah.

Pendapat saya, buat 30days ni best sebab step dia perlahan dan teratur, instruction senang ikut. Mula-mula memang semput waktu cardio tapi lama-lama ok. Nak banding dengan Six Weeks Six Pax, 30 days Shred jauh lebih perlahan.

Result: Saya dapat kurangkan 8kg, dan bentuk badan especially kaki dan lengan tak flabby.