Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, November 10, 2011

Tiba-tiba merasuk..


Resepi ni ambik dari My Resepi..
Dah lama aku ngn adik aku berangan nak wat kek..
Tapi tak gak buat-buat..

Pada suatu hari..
Kemas2 dapur.. jumpa tin koko..
Yang expired date nyer hampir menjelma..
Cek barang2 lain yg ada dalam resepi..
Boleh dikatakan semua ada...

So, apa lagi..
Menge"kek" ler aku..

Tengah2 mengukus..
Tetiba laki aku call suh ambik..
Baru dalam 40 minit..
Sedangkan dalam resipi suh 60 minit..
Terpaksa laa stop kejap..
Balik dari ambik MIJ, sambung balik..
Nasib baik menjadi jugak :)

__________________________________________________________

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
.
.
.

3 comments:

littlehumblelynn said...

Bergelen air liur nih :-D

fav aku tuh choc moist cake

tp as usual ,x pnh mencuba buat plak.ada lgk?

Hehehe :-D

I want to lose weight said...

Ada sket lagi dlm peti ais. Yg byk dah kasi adik2 aku. KOLESTROL!!!!!

Nieza Ishak said...

aku pun guna resepi ni, sedapppp
belen raya haji pun adooo laeiii dalam peti ....hihihi