Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, December 31, 2014

Good Bye 2014.. Welcome 2015...



2014....
Macam-macam hal jadi..
Bukan setakat pada negara..
Kehidupan aku pun tak bermula dengan baik 2014..

Tapikan...

Ntah camne...
Malam ni aku dah lupa apa keperitan tahun 2014 ni..
Yang aku ingat...
Salah satunya pasal duit..
6 bulan pertama tu ada je masalah muncul..

Lepas tu ada sekali aku sakit sampai 2 minggu..
Tak pernah2 sakit lama camtu..


Namun..
Perkara-perkara happy ada juga aku ingat..

Paling happy..
Akhirnya kami dapat beli kereta baru...
Wpun hanya Saga SV..
Alhamdulillah...

Untuk 2015 juga..
Kontrak kerja aku bersambung tanpa jerih perih..
Tanpa drama...

Azam-azam 2014 pun aku dah tak ingat..
Tak ingat tu maknanya tak terlaksana ler..
Kurus dah pasti TIDAK...
Kaya... Alhamdulillah wpun tak kaya.. tapi agak lancar..
Belajar menjahit.. TIDAK JUGA...


Azam 2015?!!

Sebab hujung tahun ni macam2 hal sedih berlaku..
Gangguan emosi menyebabkan takde apa yang nak diazamkan..
Tak rasa pun macam 2014 tu dah habis..

Apa pun..
Aku harap tahun 2015 auranya lebih baik dari 2014..
Semoga semua kita dirahmati dan dilindungi oleh Nya..
.
.
.

Saturday, December 27, 2014

Penyakit Buffered Earning...




Masa takde BE...
Siap bagi ticket kat Nuffnang..
Tanya awat dah 3-4 bulan takde BE satu pun..

Lepas tu muncul laa 1-2 BE..
Tahun 2014 ni punya aku dah cash out..
Takde laa banyak sangat..
Duit tu pun aku dah bagi2 kan..
Ada utk orang asli..
Ada utk mangsa banjir..
Ada utk budak kanser..

Isnin lepas aku pi cek BE..
Ada lagi ke tidak..
Hambek!!

Ada 31 active BE..
Hamboih!!

Tapi...
Ni penyakit biasa bila ada banyak BE..
Jadi malas lembam semacam nak update blog..

Harap-harap 2015 jadi rajin pulak..
2014 ni mmg tahun yang kurang ceria sket..
Dari awal hingga akhir banyak perkara buruk berlaku...

Takpe..
Hat ni nanti aku buat rumusan..

Apa pun..

TQ Nuffnang!!




Thursday, December 18, 2014

Jiwa Kacau Episod - Dumb and Dumber

Ahad lepas..
MIJ nak pi hantar balik barang2 yg kami pinjam ke rumah ayah dia..
Disebabkan barang2 tersebut agak banyak dan besar2..
Aku suh dia bawa kereta Exora..

Aku pun suh Hasya bgtau Papa dia..
Kat mana kunci Exora tu..

Pastu aku ngn Hasya..
Masuk bilik nenek... on aircond.. berkepap 2 org tido siang...

Tetiba laki aku masuk..

"Mami.. Exora rosak laa.. kunci tak boleh pulas!!"

Arghhh sudah!!

Dah laa orang yang last guna Exora ialah aku..
So, kalau rosak tu.. mmg aku laa kena tuduh..

"Bak sini kunci.. biar mami pulak cuba!!"

MIJ pun bagi..
Aku pulak menojah lubang kunci Exora tu..
Kunci dah betul..
Tapi apsal tak boleh pulas start engine..

Sampai lecah ketiak cuba nak pulas..

Masuk balik rumah..

"Bie.. kunci ni rosak agaknya.. cer ambik kunci spare dalam kete Wira"

MIJ pun akur..

Aku siap pesan...

"Kalau tak boleh juga.. Call jelah orang insurance.. Biar depa tgk apa masalahnya!"

Aku sambung balik baring...
Sambil fikir..
Apa kena kete Exora tu..
Last aku guna tu elok je..
Senang je nak start..


10 minit pastu MIJ masuk bilik..

Aku yang tengah berfikir..
Terperanjat!! Ala-ala terkejut laki masuk bilik malam pertama

MIJ dah menyerongeh....

"Mami.. yang kita rojoh tu.. KUNCI SAGA!!!"

Aku tengok muka dia dalam-dalam..
Dah cam sebulan tak jumpa..
Last-last 2-2 sengih!!

"Dol laa abang ni!!"

"Mami tu laa lagi dungu... nasib baik tak call insurance"

Hahahaha...

Ni betul-betul.. DUMB AND DUMBER

:))
.
.
.

Monday, December 15, 2014

My Lovely Girl

Nikan..
Pertama kali aku tak tertarik sangat dengan drama ada Rain..
Tak pasti la mana salah..
Heroin tak lawa ke..
Jalan cerita ke..
Rain dah kureng hensem ke..


Apa pun aku review gak ler..
Pasal dah tengok drama ni..
Wpun seksa nak kasi perabih..


Rain ni tentu laaa jadi hero..
Dia asalnya adalah seorang penulis lagu..
Dia ada girlfriend..
Seorang trainee di syarikat rakaman ayah dia..

Satu hari depa bergaduh dalam kereta..
Nak jadi drama nyer..
Dia benti tepi jalan dan keluar dari kereta..
Yg makwe dia tunggu dalam kereta..

Sekali tu ada kemalangan berlaku depan kereta depa..
Ada satu lori terpelanting..
Dan langgar kereta hero yg dalam tu ada heroin..
Maka..
Mati laaa heroin...


Lepas heroin mati..
Hero tentu laa menyesal tak sudah..
Dia salahkan diri dia atas kematian makwe dia..

Setelah menghilang beberapa ketika..
Dia muncul kembali..
Dan dia nak cari adik kepada makwe dia..

Jenuh jugak ler dia mencari..
Pasalnya adik makwe dia ni..
Time kerja.. dia guna nama lain..

Akhirnya bertemu juga..


Rupanya adik makwe dia ni pun seorang penulis lagu..
Tapi belum terkenal lagi..
Jadi hero bawa laa adik makwe dia ni masuk ke syarikat rakaman ayah dia..

Cam-cam hal laa lepas tu..
Sebab lepas hero jadi presiden syarikat..
Dia mmg banyak beri muka pada heroin..
Sampaikan trainee2 lain tak puas hati..


L.. sekali lagi bukan hero..
Bila laa dia ni nak jadi hero pulak..
Emo tau aku...
cute mute camni.. takat 2nd hero je..

Dalam drama ni dia penyanyi boy band gak..
Dan ada member2 Infinite yang lain cam Hoya..
Tapi dalam drama ni.. group depa 4 orang je..
Nama Infinite Power...

Kiranya L ni satu syarikat laa dengan heroin..
Cumanya dia dah debut..
Heroin masih lagi trainee...

Awal2 dia cam tak suka heroin..
Tengah-tengah cam suka la pulak...


Tetiba Infinite Power berpecah..
Depa tinggalkan dia sorang di ANA Group..
Dan depa yg lain masuk kompeni lain..

Maka L pun debut laaa jadi solo artist..
Memula dia nak nyanyikan lagu ciptaan heroin sebagai single dia..
Malangnya disebabkan masalah dalaman syarikat..
Dia tak dapat nyanyi lagu heroin..



Yang pakai skirt hijau tu 2nd heroin..
Dia ni pun kerja dalam syarikat ANA juga..
Dia sangat suka pada hero..

Dulu dia dah melepas tak dapat hero..
Kali ni dia nak pastikan yang dia pulak dapat hero..
Bukan adik kepada bekas makwe hero...


Tapi dah namanya drama Korea..
Boleh agak dah apa kesudahannya..

Ada laa konflik sket..
Bila heroin tahu..
Yang sebenarnya kakak dia mati disebabkan hero..










Thursday, December 11, 2014

Tips Sebelum Anak Bersunat

Hahahaha...
Tips laa sangat..
Padahal dok naik hantu medang..


1- Jika anak anda MANJA...

Tanje Aki... Sanje Nenek.. Intan payung Wan...
Jangan sunatkan dia dalam lingkungan umur 5-9 tahun..
Sebab anda sebagai mak akan STRESS melampaui batas..


2. Pilih KAEDAH yang sesuai dengan anak anda..

i- Tradisional - lepas potong.. nonot tu akan dibalut.. tiap kali nak kencing kena tanggalkan.. kemudian balut balik.. pastu kena cuci nonot dengan ubat luka..

ii- Clamp - yg ni mudah jaga.. sebab nonot tersebut akan duduk dalam bekas cam palung.. tak payah pasang khemah tengah rumah.. Tapi nanti clamp tersebut perlu dibuka selepas 3-4 hari. Tanpa mengira sama ada luka tersebut telah sembuh atau belum..

iii- Laser - lebih kurang macam tradisional.. tapi kering sbb luka sunat tersebut telah dilecuh. Namun, tak boleh kena air. Kadar kesembuhan lebih cepat.. 


3- Pastikan mata nonot BUTA atau TIDAK

Kalau buta.. anak anda akan menderita sakit cam Khaleef..
Dia punya jeritan masa doktor2 mensiat kulit buta dia tu..
Hampir menyebabkan mami dia pitam!!!

Hampir juga aku nak cancelkan dia bersunat..
Sebab tak tahan dengar rintihan kesakitan dia tu..

Ada satu kes aku jumpa  masa Kalep bersunat..
Malam pertama doktor operate buang yg buta tu dulu..
Kemudian malam berikutnya baru disunatkan..
2 kali datang.. nasib baik Khaleef sekali harung sunat dan buang buta..

Kalau 2 kali datang..
Aku berani kerat pendek rambut aku..
Confirm Khaleef tak datang dah..


4- Jangan bagi MAKANAN GATAL sebelum bersunat seperti ayam.. telur.. udang.. sotong..

Kalep.. dia bersunat jam 8.00 malam..
Pukul 7.00 malam camtu.. aku bagi dia makan sekotak KFC..
On the way balik tu mmg dia meratib dr Sg Buloh smpi Tg Malim..
Keesokkannya... dia start GATAL!!!!
Kepala nonot tu gatal.. mmg tak boleh nak tolong laa...
Dia nangis dari tgh hari tu smpi ke petang..
.
.
.


Monday, December 8, 2014

Anakanda Muhammad Khaleef Aisy dah masuk jawi....

Lega.. tapi mami tak habis trauma lagi..
Mami tak pernah tengok Kalep dalam kesakitan sangat...
Paling2 pun dia kena ambik darah..
Kena injection & masuk line drip..

Dia juga jarang jatuh dari kecik..
Banding Hasya..
Lutut dia bersih takde parut..
Hasya lagi banyak luka & parut..


Ikut hati mami..
Nak lambatkan lagi..
Mungkin time dia darjah 4 atau darjah 5...

Tapi dia sndr yang minta nak sunat tahun ni..
Cam excited sangat nak bersunat...
So, aku ikutkan jelah..

Mula2 pilih nak wat teknik clamping..
Tapi tetiba neneknya ubah fikiran..
Dia nak guna teknik laser..
So, aku ikutkan lagi..


Neneknya pilih nak wat laser kat PMC Sg Buloh..
Kami sekeluarga dah biasa kat situ..
Dari zaman aku pregnant Hasya.. beranak..
Warded pasal appendiks.. pastu anak buah aku..
2 orang dilahirkan kat PMC..

Yang buat sunat ni bukan doktor PMC..
Tapi MA dari Hospital Sg Buloh..
Walaupun depa hanya MA.. Muda lak tu..
Tapi.. percaya ler..
Depa berdua itu sangat cekap dan berpengalaman..


Malam pergi tu dia biasa je..
Seronok.. melasak..
Tetiba dah masuk bilik nak sunat tu..
Perkataan pertama dia sebut..

"KALEP DAH RASA NAK LARI!!!"

Sebabnya dia dah nampak alat2..
Ngn pisau laser..
Injection..


Bila MA tu check nonot dia je..
Dia terus cakap..
Kote anak ibu ni BUTA!!

Argh sudah!!

Aku memang tak tahu buta tu apa..
Tak pernah wat research pun..
Pastu aku lak takde adik beradik lelaki..
So, kurang arif..

Kata depa boleh sunat..
Tapi ada minor operation nak buang bahagian buta tersebut..

Sebelum tu.. depa bersihkan dulu hujung nonot..
Masa ni belum bius lagi..
Memang meraung ler Kalep..
Ada ketulan2 kecik depa keluarkan..

Masa ni dia dah jerit tak mau sunat..
Dia ni dah laa jenis banyak mulut..
Cam2 benda laa dibebelkan sambil menangis...



Lepas dah bersihkan kepala nonot tu..
Tiba lak masa nak inject bius..
Ni bukan inject satu tempat tau..
Banyak tempat keliling nonot..
Dekat nonot..

Kali ni dia menjerit lagi kuat..
Nenek ngn wan yg tgu kat luar tu..
Boleh dengar dia jerit..
Dah ler ada 3-4 orang yg giliran selepas dia tgh tgu kat tempat yg sama..
Nenek citer.. pucat lesi bebudak lain tu..

Then, tiba ler masa membuang kulup buta berkenaan..
Time ni dia dah tak jerit..
Pasal ubat bius dah jalan..

Tapi mami pulak rasa kembang kempis tengkuk..
Loya menengok nonot Kalep..
Lepas dah buang buta tu..
Baru laa tiba masa nak sunat..

Time ni ler pisau laser digunakan..
Zasss... sekejap betul..
Aku tengok sekilas je..

Kalep senyap je time ni..
Pastu MA pun jahit ler nonot Kalep ni..



Masa ni tunggu Papa ambik kereta..
Dia okay je time ni..
Tapi bila dah ada dalam kereta..
Dia start meratib sakit..

Bukan slow tau...
Kejap menjerit..
Kejap meraung..

Nenek dok baca ayat2 quran bagi dia cool..

Aku lak rasa nak ketawa pun ada..
Cam2 benda disebutnya..
Tak makan pujuk lak tu :))

Apa pun..
Memang lega dah selamat..
Nasib baik laa anak lelaki aku sorang..
Kalau ada lagi 2-3 orang..
Memang taubat ler aku nak masuk bilik bersunat tu..

Tak tahan tengok anak menjerit sakit..
.
.
.

Sunday, November 30, 2014

Siri Jelajah hampir tamat...

Bulan 11 & 12 ni mmg penuh jadual...
Bermula dengan aku g Saigon hujung bulan Oktober..


Ni aku g berdua je ngn mak aku..
Tapi mak aku ada bawa 4 orang kawan dia..
3 hari 2 malam kami kat sana..
Mmg puas hati sbb dapat shopping smpi lebam...


Balik dari Saigon..
Selang seminggu lepas tu..
Terbang pulak ke Langkawi..
Annual holiday.. 3 hari 2 malam..
Setahun sekali wajib pi Langkawi..


Minggu pas balik Langkawi..
Selang sehari pastu..
MIJ pulak ke Bukit Jawi Golf Resort..
Ada PM Conference kat sana 3 hari 2 malam..

Mula-mula nak follow..
Tapi tetiba keje2 pejabat aku cam hujan turun dari langit..
Terus cancel nak mengekor..


Balik je MIJ dari Penang..
Selang 3 hari pastu..
Aku lak kena g Gambang..
Retreat tahunan PID..

Aku g Khamis..
MIJ dan anak2 datang hari Jumaat..
Kat sini 4 hari 3 malam..


Balik tu nyinggah pulak Bukit Tinggi..
MIJ tak pernah pergi..
Aku ngn bebudak ni dah pernah pergi 1 kali...
So, pergi laa berjimba2 kat situ..


Balik dari Pahang..
Dapat laa rehat 2 hari..
Tetiba dapat panggilan..
Suh outstation ke Tg Kling, Melaka 2 hari...

Oleh kerana mendadak..
MIJ tak boleh cuti..
Jangan suruh dia EL atau MC..
Sebab nnt Pos M'sia akan bangkrap.. :))

Mak aku pulak tgh jaga adik aku pantang..
Dah laa baby nyer dok kuning..

Takde pilihan.. adik bongsu aku kena ikut..
Aku pilih Everly Resort..
Seram tapi alhamdulillah okay takde apa2 yg jadi..

Aku gi Jumaat..
Sabtu petang balik ke Tg Malim..


Sampai lebih kurang jam 10.00 malam..
Sesak jalan.. nak2 hujan dari Melaka smpi Tg Malim..

Esoknya bangun tido..
Terus siap2 nak ke Karnival di Langkap..
Patutnya duk Langkap 3 hari 2 malam..
Tapi disebabkan kena pi Melaka..
Maka disingkatkan jadi sehari sahaja..
Staff2 PID Zon aku yg kena duk sana 3 hari 2 malam..

Ingat dah habis siri jelajah hujung tahun aku ni..
Tetiba dapat pula arahan meeting kat Putrajaya..
Esok kena pi dah..
Meeting pagi.. petangnya ada kursus pulak..

Balik tu aku nak singgah Amcorp mall ambik preview pass BBW..
Dah ambik.. esoknya tentu laa kena pergi BBW...
Tak sabor nak shopping buku cerita!!!

Pastu Jumaat aku cuti sbb nak buat persiapan kenduri Khaleef..
Sabtu pun gitu juga..
Ahad kendurinya..
Isnin malam sunatnya..
Lepas tu aku cuti 2 hari jaga Khaleef...

-n-

note : pasni makan 2 minggu lak tak hapdet blog

:))
.
.
.




Monday, November 24, 2014

Pokok Ros



Pokok bunga ini adalah pokok yang sama dalam entry ini
Tak sangka pulak umurnya panjang smpi 3 tahun lebih..
Sebenarnya pokok ros ni ada gak mati sekali sekala..
Tapi nanti lepas mati 3-4 bulan..
Kuar tunas balik semula..
Berbunga balik..
Tapi tak pernah banyak..
Paling banyak.. 2 kuntum..

Tapi kali ni cam lepas geram pulak..
Berbunga sekali 9 kuntum..
1 kuntum dah takde pasal aku dah petik..

Aku cakap dengan MIJ..
Ni berbunga lebat..
Tanda tak lama lagi  nak mati laa tu :))

Pokok ni mmg tak berjaga..
Takde sapa nak siram hari-hari..
Apatah lagi nak bubuh baja..

Tapi masih boleh mengeluarkan bunga banyak gitu..

Motif nak citer pasal bunga?

Saja nak bagi 1 update pasal dah lama blog ini sunyi sepi ;)
.
.
.

Tuesday, November 18, 2014

Lebah tengah sibuk



Tido pun takmo nyenyak dah wei...
Mandi basah lencun gak..
Makan... makin menjadi2.. pantang lapar!!!

Lusa dah nk pi retreat...
Tau lama dah..
Tapi awal2 asyik tunggu angin mai..
Angin nak wat report..
Nak wat SKT..
Nak wat perancangan..

Tapi tak mai-mai..

Ni lagi sehari nak pergi..
Baru muncul..
Muncul ASAP!!!

Kelam kabut wei!!!!!

Keje yang dok ada tu.. dok laa kena buat..
Tapi dalam-dalam tu...
Cam2 lak tugasan saat akhir muncul...

Jadi boss best kan..
Apa terlintas kat fikiran..
Zassss... hambek ko buat!!

Lepas tu aku menge"zassss" lak anak buah aku..

What I get.. I give back!!

Ada ke pepatah ni :))
.
.
.

Friday, November 14, 2014

Vietnam 3 Part VI - Pink Saigon 2

Boss 1 dah tutup..
Maka beralih la pula kepada Pink Saigon 2...
Banding dengan Boss 1..
Hotel ni lagi dekat dengan Benh Thant..
Juga dekat dengan Kedai Makan Basiroh..


Nak nginap hotel ni kena booking awal..
Online ke.. atau pesan kawan...
Sebabnya kalau walk in..
Memang takkan dapat bilik..

Hari tu sebelum balik..
Aku saja laa tanya..
Bulan berapa yang kosong..
Receiptionist tu bagitau..

Ikutkan dah fully booked smpi July 2015..

Tapi kalau book melalui Agoda..
Boleh tu dapat bilik..


Ni lobi...
Luas ler banding dengan Boss 1...


Ni bilik...
Ada yang bertingkap..
Ada yang cam duduk dalam kotak..

Aku dapat yang takde tingkap...
Lemaih perut weih..
Kalau dok Boss 1..
Aku boleh berdiri kat tingkat sampai 1/2 jam..
Tengok traffic Saigon yang berselirat..
Cam laa berselirat kabel letrik depa..

Hat ni..
Rasa cam bernafas pun sesak..


Bilik air pun luas..
Tapi aku tak dapat yang ada bath tub..
Yang bestnya hotel2 kat Saigon  ni..
Wpun Muslim hanya minoriti..
Tapi hotelnya kat mangkuk tandas ada getah paip..
Dan yang paling best..
Ada pulak paip lain untuk ambik wuduk..

Tandas2 kat sana pun banyak yang ada sedia paip..
Kecuali dekat airport...
Tapi ada tip & trick kalau nak kencing...
Sila masuk toilet OKU..
Pasalnya dalam tu ada singki..

Aku tiap kali ke Saigon..
Memang bawa cawan plastik..
Letak je dalam handbag..
So, senang tiap kali nak membuang..


.
.
.

Friday, November 7, 2014

Vietnam 3 Part V - Saigon Square

Ini tempat kali pertama gak aku pergi..
Nasib baik aku tanya Ezey dulu..
Kalau tak.. ada yg pi Saigon Square naik Vinasun :))



Saigon Square ni dekat je dengan Ben Thant..
Jalan kaki je..
Lebih kurang cam Taka Plaza..
Tapi lebih banyak kedai..
Dan lebih banyak barang..

Paling best..

Fully aircondition :)


Harga kat sini..
Lebih murah dari Taka Plaza..
Dan tentu sekali murah dari Ben Thant..

Pastu susunan kedai2 agak teratur..

Dalam ni juga lebih ramai penduduk tempatan membeli belah..
Tak cam Ben Thant..
Penuh dengan orang M'sia je..


Beg-beg pun lebih murah kat sini..
Pastu lebih banyak pilihan..
Cam kat Ben Thant ada Kipling sama Deuter je lebih kurang..
Sini ada macam-macam brand lagi..
Dan lebih lawa-lawa..

Peniaga kat sini juga lebih senyap..
Tak macam kat Ben Thant dan pasar malam..
Kakak!!! Makcik!!!

Ni aman damai je...


Tapi.. kebanyakkan depa tak tahu sangat cakap Melayu..
Tak cam kat Ben Thant..
Majoriti semua boleh berbahasa Melayu..

Harga juga ditawarkan dalam Vietnam Dong..
Kalau kat Ben Thant..
Tgk kita orang M'sia.. depa bagi terus harga dalam RM..

Depa juga tak berapa cekap dengan tukaran duit..

Aku ada beli baju Hasya..
Harga letak situ VND 120000..
Lebih kurang RM17.00

Bila aku tanya RINGGIT?

19..

Bila aku tanya DOLAR?

5...

Tentu jelah aku bayar dalam USD..




Dalam ni rambang mata tengok baju budak..
Murah-murah pulak tu..
Sayangnya aku dah banyak beli baju Hasya dengan Kalep..
Maka.. beli sikit2 je lagi baju Hasya dalam ni..

Next trip..
Baju bebudak ni aku nak beli kat Saigon Square ni je..
Puas hati.. murah, cantik dan berkualiti..
.
.
.

Thursday, November 6, 2014

Vietnam 3 Part IV - Melawat kilang



Ni je gambar yang aku snap..
2 keping :))

Aku.. kalau tak bawa anak..
Memang payah tul nak snap2 gambar..

Yang ni jauh dari Ben Thant..
Sebenarnya tak masuk dalam perancangan pun..
Tetiba terpergi..

Pergi balik..
Tambang Vinasun lebih kurang 500,000 VND...
Kalau RM = RM80.00..

Tapi nasib baik..
Masa balik.. tokey kilang ni dengan baik hatinya..
Telah belanja kamiorang 200000 VND..
Kami hanya bayar selebihnya sahaja..


Tempat ni besar dan luar..
Terbahagi kepada dua bahagian..
Bahagian depan untuk beli-beli..
Boleh borong atau beli sikit..

Separuh bahagian pulak..
Bahagian production..
Kat situ ada orang tgh jahit baju..
Tengah jahit manik..
Jahit telekung.. potong kain..
Boleh tengok.. tapi tak boleh masuk :)

Harga?!

Lebih kurang sama je dengan Ben Thant kalau beli sedikit..
Kalau beli borong banyak untuk bisnes..
Boleh laa dapat murah sket..

Cam telekung.. area Ben Thant..
Paling2 murah boleh dapat 3 pasang = RM100.00
Tapi kat kilang ni.. sepasang mmg dah rege RM30.00..

Baju budak boleh tahan banyak juga..
Tapi dia cam jual bukan final product..
Baju-bajunya masih kosong..
Maknanya belum lagi ditambah manik atau border lace..
Yelah.. nama pun kilang..

Kalau beli kain ela..
Sini lebih murah..
Cam cotton sateen..
Kat Ben Thant paling2 murah boleh dapat RM9.00 semeter..
Kat kilang ni dia boleh bagi Rm7.00 semeter..
Banyak gak tu kan bezanya...

Sayangnya aku mmg tak igt lansung nama kilang ni..
Dan di mana alamatnya..
Aku cuma tau..
Tempat ni jauh dari Ben Thant..

:)

Wednesday, November 5, 2014

Vietnam 3 Part III - Bank kepala rimau

Mula-mula nak bagi nasihat paling berguna..
Apabila nak ke Ho Chi Minh..
Sila laa bawa 1K ke atas..

Kecuali..
Kalau anda bukan kaki shopping..
Tak suka Ben Thant..
Tak suka cotton.. lycra.. chiffon... etc
Tak suka membazir..

Maka... bawa jelah seperlunya anda..

TAPI!!!

Kalau tetiba hilang pertimbangan..
Cam akak sorang ni..
Sampai Ben Thant dalam kul 12.30 tgh hari..
Tiba jam 5.00 petang..
Hampir kesemua duit yang dibawa sudah hampir lenyap.. :))

Mood pun dah hilang..
Muka pun hilang seri..
Senyum pun dah tak manis..


Jangan risau...
Kat sana ada kawan baik..
Bukan setakat bank kepala rimau ni..
Cimb pun ada..

Tak jauh pun dari Ben Thant..
Tapi.. tak payah laa cuba berjalan kaki...
Sat gi sesat barat pulak dalam bandar tu..

Ambik teksi..
Bagitau je nak pergi Maybank / Citibank..
Dari Ben Thant tu dalam 10 minit naik Vinasun..




Tapi ada caranya..
Bukan boleh cucuk sebarang cam kat M'sia..

Jangan risau takut tak faham nak guna..
Maybank ni kepunyaan Malaysia..
Maka, mesin ATM nyer lebih kurang sama je..
Ada juga menyediakan pilihan Bahasa Melayu..

Mula-mula kena apply temporary oversea transaction..
Just masukkan tarikh dari berapa hb ke berapa hb nak validkan kad atm..

Lepas tu tekan continue..
Dah boleh laa keluarkan duit..


Wang yang keluar tu dalam matawang Dong Vietnam..
Pada slip pengeluaran..
Akan diberitahu.. berapa nilai tukar wang..
Cam akak ni..
Dia pinjam atm card mak aku pasalnya dia tak bawa dia punya..
Nak transfer ke acc mak aku..
Dia punya hp tak roaming.. so tak leh terima TAC..
Maka.. pinjam ler dulu..

1K lebih kurang 6.2 juta duit dong..

JUTAWAN NGKO!!! :))


Namun begitu..
Kalau tak jumpa Maybank..
Korang boleh juga keluar duit di ATM sana..
Pastikan ada logo Visa Plus..
Cumanya hat ni ada service charge..
Tak macam kita kuar direct kat ATM Maybank..
Takde service charge..
.
.
.