Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, June 25, 2023

Irresistible

Lama dah drama ni dok ada dalam Viu
Tapi skip dulu sebab kenal Lee Thanat je
Sekali tu tertengok dia punya klip dekat TikTok
Nampak cam best la pulak
Terus cari kat Viu dan tengok

2 hari je aku marathon 22 episod
Best drama ni wpun plot dia cam letih sket nak mengikut 


Bagi kenal hero (Kimnant) dengan heroin (Mookrin) dulu
Depa berdua ni mmg saling mencintai dari zaman kolej lagi
Abang heroin adalah suami kepada kakak hero
Depa ni sama je, takde keluarga lain kecuali abang dan kakak masing-masing

Depa juga merupakan partner in business
Kalau ikut cerita ni depa macam ada ID company
Takde masalah pun dalam hubungan depa ni
Ikutkan dah dekat nak kahwin


Ni pulak 2nd heroin (Paktra) , watak jahat
Dia ni kawan baik hero dari zaman kolej juga
Of course laa dia suka pada hero
Tapi hero pulak nak kahwin dengan orang lain

Sehinggalah terjadi satu tragedi ngeri
Abang heroin (Thada) telah membunuh isterinya (Wi)  iaitu kakak hero
Suami isteri ni pulak berkerja di hotel kepunyaan ayah 2nd heroin

Atas sebab kekurangan bukti dan bantuan Paktra, Thada ni dapat lepas
Motif Paktra ni tolong ialah untuk memporak perandakan hubungan Mook dan Kim
Dia berjaya
Sebab Mook percaya sangat yang abang dia baik
Yang Kim pulak percaya yang Thada bunuh kakak dia


Sebabkan Paktra tolong, Thada lepas dari hukuman
Kimnant konon-konon cam redho je
Dia cakap kat Mook yang majlis perkahwinan depa akan diteruskan macam biasa
Mook pun rasa okay la sebab abang dia pun dah sabit tak bersalah



Malangnya pada hari perkahwinan tersebut
Pengantin perempuan telah bertukar
Kimnant telah menukar pengantin dari Mookrin kepada Paktra
Sampai pengsan la Mook terkejut Kim tak nak kahwin dengan dia
Dia dah siap pakai baju pengantin kot


Bermula persengkataan depa berdua ni
Tapi sengketa2 pun terlanjur juga 2-3 kali
Hampeh kedaung
Sudahnya heroin ni pregnant anak hero

Paktra pun tak nak kalah juga
Bila dia tahu yang Kimnant ada simpan sperma di bank sperma, dia telah memalsukan sijil perkahwinan untuk buat pemanian beradas
Depa ni kahwin majlis je tapi tak daftar sebab Kim nak balas dendam je
Berjaya pulak tu dia pregnant
Kiranya skang si Kimnant ni bakal dapat 2 anak



Akhirnya terbukti la yang abang Mookrin ni memang jahat
Jenuh juga laaa
Kim ni adalah beberapa episod dia jadi buta
Time buta tu Mook jaga dia
Kira depa dua ni cam tak pernah berpisah pun even Kim dah kahwin

Aku laa dalam drama ni kesengsaraan Mook dan Pak adalah salah si Kim ni
Dia senang2 je kahwin dengan orang lain sebab dendam


Ni pulak terlampau baik
Asyik positif je dengan apa-apa situasi pun
Abang dia mmg tunjuk jahat pun dia tak percaya juga
Masih yakin abang dia tak bersalah


Dua watak ni aku suka
Sorang tu peguam & kawan pada Mook dan Kim
Sorang lagi kawan Mook, seorang youtuber terkenal
Saling tak suka & bergaduh setiap kali jumpa
Akhirnya jatuh cinta juga

Apa pun drama ni seronok untuk ditonton
.
.
.









No comments: