Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 31, 2011

juaimurah.blogspot.com (STICKY 48 HOURS)

KEDAI JUAIMURAH
(memang confirm murah berbaloi-baloi)

Ramai dah kot kaum ibu kat sini dah tau pasal on9 store terhangat ni..
Juaimurah ni menjual barang2 preloved untuk anak-anak kita..
Wpun preloved, tapi kualiti dijamin tip top..

Sangat sesuai untuk insan2 yang suka berjimat.. (cam Kak Zel ;) )
Lgpun ada sesetengah brg tu bukannya nak pki lama sangat..
Brg-brg Hasya spt bouncer, bumbo, toys.. etc
Hampir semua dibeli dari Juaimurah ni..

Barang-barang yg ditawarkan.. (branded hokay)
  1. Educational toys
  2. Baby toys
  3. Breast pump
  4. Baby and Children Books
  5. Baby & mom gears
  6. Baby care and safety
  7. Baby travel equipment
Harga.. berani potong kuku 10 jari..
Memang sangat murah berbanding kedai2 online preloved yg lain..

Penghantaran menggunakan express courier..
Hangpa bayar hari ni.. esok dah boleh dapat ;)

Boleh add kat FB..
Tapi kat sini ada gambar-gambar barang je..
Untuk keterangan lanjut..
Gambar-gambar tambahan..
Kena pi kat http://juaimurah.blogspot.com

Sapa-sapa yang duduk Penang..
Juaimurah sebenarnya ada kedai di sana..
Boleh tanya owner untuk dapatkan alamat kedai..

p/s: iklan ini ditaja oleh owner juaimurah ye (TQ K. Ros)
.
.
.

Monday, May 30, 2011

Untuk yg request :)


Sesi berangan tak payah bayar :)


Rumah MakcikRehan dah berkurun lama pakai tv pipih camni..
Rumah orang lain.. siap ada 3-4 ketui lagi..
Rumah Hajah Norlia pun ada seketui dlm bilik..

Inche Izman kesayangan saya..
Rumah kita bila lagi?!!!
.
.
.

Syabbbbaassss... apa adehal letrik naik pun..

Mulai 1 Jun nanti tarif eletrik akan naik sebanyak 7.12 %..
Katanya tidak akan menjejaskan kira-kira 75% penduduk
Yg menggunakan kurang 300kw sebulan..


Kalau selama ni.. rumah aku..
Lebih kurang sebulan rm50.00..
Kalau naik 7%..
Pasni dah jadi rm53-rm55..

APA ADA HAL!!!!

Kemain lagi korang ye..
Untung setahun berbillion-billion..
Gas asli naik sket..
Kome sumer terus caj kat kami rakyat miskin hina dina ni..


Pastu menteri-menteri pun sibuk laa..

SILA JANGAN NAIK HARGA BARANG..

KAMI AKAN BUAT PEMANTAUAN TERHADAP HARGA BARANG..

RAKYAT JANGAN PANIK..

TARIF NEGARA KITA MASIH TERMURAH BERBANDING NEGARA LAIN..

Bull SHIT!!!

GLC-GLC lain apa macam?
Takmo menurut jejak langkah TNB ke..
Sila laa naikkan apa-apa yg rasa boleh naik lagi..

Nespray,
Kalau minggu naik gula.. susu dah jadi 22.90..
Apa kata esok naikkan lagi jadi 30.90 terus..
Maklum laaa letrik naik.. apa kehei harga susu tak naikkan..

Akhir kata,

Poket u ols diutamakan.. Rakyat disamdolkan..

Sangat vavis!!
.
.
.

Sunday, May 29, 2011

Cerita di sebalik Corelle :)

Malam tadi lepas insert gambor..
Tak sempat nak taip..
Hasya nangis dalam bilik...
Nenenkan dia.. tup2 aku pun hanyut sama :)

Corelle ni.. aku ngidam nak pakai masa pregnant Hasya..
Lama giler kan..
Pastu masa 7 bulan, kawan PID aku offer..
Guna adik ipar dia punya PERNAMA skim..
Boleh bayar 10 kali :)

Dengar 10 kali x rm39.00, suka akak..
Terus order..
Ikutkan aku bukan order yang ni..
Tak igt yang mana..

Lama gak baru lulus..
Pastu dah dapat, payah pulak nak ambik..
Sebab pinggan2 ni dok kat Parit..

Tup2 semalam, kawan PID Parit aku turun KL..
Dengan senang hatinya sanggup singgah Tg Malim anta..
(TQ Zarina! )

So, saya sudah ada pinggan Corelle..
Nak kena kasi Hasya jilat satu kali..
Kasi hilang kempunan..
Masa dalam perut tak dapat :))
.
.
.

Sesi mari menunjuk..


Friday, May 27, 2011

Depa pi Alor Setaq :)




Meninggalkan mami sama Hasya kat Tg Malim..
Kami 2 tak pi..
Sbb naik bas..

Tak berani lagi nak bawak Hasya jalan jauh..
Sedangkan pi Rawang je pun..
Dia leh mengamuk 2-3 round..
Nikan pulak pi Alor Setar..

Dah lama tak pernah meragam malam..
Malam tadi dia wat pulak..
Kul 3 pagi smpi 4.30 pagi baru tido balik..

Rindu abang Kalep kot..
Abang Kalep sejak kes balai polis hari tu..
Dah 3 hari 3 malam tak balik rumah..
Dok dengan nenek..

Tapi, percaya la..
Lepas hari tu..
Dia jadi baik luar biasa :)
.
.
.

Thursday, May 26, 2011

Jangan makan kaki dulu dik...



Selagi lalak kamu tu tak abih musim..
Jangan laa cuba-cuba makan ibu jari kaki..

FOBIA TAU!!!
.
.
.

Wednesday, May 25, 2011

Minyak RON 95


Wpun malam tadi dah kata tak naik..
Tapi lama mana sangat laa kan..
Paling-paling sampai pilihanraya..
Lepas tu start laa meroyan balik..

Ikutkan aku ni takde la terasa sangat..
Sebab tempat keje dekat je..

Yang aku benci tukan..
Minyak yg naik..
Benda-benda lain ikut naik sama mengambil kesempatan..

Contoh.. gula naikkan 2 mgu lepas..
2-3 hari lepas tu.. aku pi beli susu Kalep..
Oooo... dan-dan harga susu naik RM2.00...
Takkan laaa.. lepas je kata gula naik harga..
Pengeluar susu pun berdesup buat susu stok baru..

Ni kalau minyak naik pulak..
Harga susu tentu naik lagi..
Hairannya kenapa susu FM ni seolah2 kerajaan tak ambik peduli..
Kadang2 naiknya smpi tak munasabah..
Padahal tukar packaging baru je..
Isi dalam tu tetap susu yg sama..

Memang laa boleh bagi susu ibu yg FOC tu..
Tapi takkan anak besar Kalep tu nak kasi nyonyot lagi..
Mau tercabut!!

18 billion ye..
Ikutkan apa laa sangat 18 billion tu..
Dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain..
Terutama sekali bila pilihanraya kecil..

Kata RAKYAT DIDAHULUKAN :)
.
.
.

Nora Elena adaptasi novel Kasih Yang Suci

Mesti ramai yang layan drama Nora Elena kan skang ni..
Family aku pun sama..
Balik je keje.. cepat2 wat keje apa patut..
Pastu bertonggok laa laki bini depan TV..

Khaleef akan wat keje sndr..
Main berangan2..
Atau layan PS2..

Hasya.. aku kepit siap2..
Candu dia buh betui2 kat mulut..
Kalau nak.. terus nyap..
Jangan ganggu mami hokay :)



Ada ayat2 dalam drama ni.. sejibik sejibon cam dalam novel..
Tapi ada sikit lari laa watak-wataknya..
Dalam novel Seth Tan mmg Cina..
Masuk Islam bila nak kahwin dengan Elena..
Pastu adiknya nama Mei Ling..

Apa pun.. novel Kasih Yang Suci ni mmg best!!
Aku dah khatam 2-3 kali..
Dan sempena drama ni di tayang di TV..
Aku khatamkan lagi malam semalam..

MOTIF?!!

Supaya bila Inche Izman meneka-neka jalan citer..

TAK PAYAH BIE.. MAMI DAH BACA NOVELNYA..
NAK TAU KE APA JADI LEPAS NI :)

.
.
.

Tuesday, May 24, 2011

Macam serik...

Sejak minggu lepas..
Kemain melampau lagi perangai..
Ada lak satu style baru dia..
Kalau kena marah je.. terus keluar gate jalan jauh-jauh..
Lagi kita kejar.. lagi jauh dia pergi..

Kalau duduk dalam hutan.. takpe laa wat camtu..
Paling2 tersadung akar pokok jatuh tersembam je..
Ni depan umah nenek jalan besar..
Depan umah sndr.. bebudak proton bawak motor kemain laju..
Depan umah aki.. kete lalu lalang tak peduli orang..
Dlm kawasan pej pos.. kereta motor bersimpang siur kuar masuk..

Bayangkan, Aki tak pernah jentik sekali pun Khaleef..
Minggu dia Aki pun hilang sabar..
Dia lari dari rumah punya laa jauh..
Kena tarik telinga dengan aki..
Sejam dia bantai menangis.. sedih sgt ler tu..

Pastu cikgu sekolah pun komplen..
Bila cikgu marah.. dengan selamba dia kuar kelas..

Semlm dia wat lagi..
Aku tegur jangan hempas2 keyboard PC PID ni..
Dahlah semua dah hazab2 belaka..

Ewah.. terus kuar PID.. merayau entah ke mana dlm kawasan pos..

Aku start kete.. berlari dia masuk kete takut kena tinggal..
Terus drive smpi balai polis..
Pasang signal terus masuk kawasan balai..

Muka dia dah cuak..

Aku bukak pintu belakang.. tarik tangan dia suh kuar..

"KALEP PERGI DUDUK DALAM PENJARA.. MAMI TAK MAU KALEP LAGI"

Meraung!!!

Agaknya polis2 tu pun heran..
Apa kes laa pulak kat luar tu..
Tapi, nasib baik takde yg kuar tanya :)

Harap-harap menjadi laa taktik aku ni..
Penat wei..
Si kecik lansung takmo berenggang..
Si abang macam-macam hal..

Camne laa orang yg ada anak 6-7 org..
Agaknya klu aku ada anak 5..
Mau berat 50+ kg je kot..

Tetiba!!!!
.
.
.

Sudah boleh meniarap..

Hari jumaat lepas.. SIL aku call suh tgk Hasya..
Dari pagi mengamuk tak sudah-sudah..
Aku pun ambik laa 1/2 day..
Nak wat camne ye tak..

Pas ambik tu aku terus balik Kota Malim..
Smpi umah tu ok je..
Letak atas katil favorite port dia..
Tinggal kejap aku pi kencing..
Sekali dengar dia meraung..

Rupa-rupanya..
Yang hangat hati sangat tu..
Pasal dah tau skill baru..


Meniarap pandai..
Nak golek balik tak pandai..
Pastu kadang2 tangan tak lepas..
Itu yang hangin je..

Tapi skang sudah pandai..
Sabtu & Ahad punya berlatih laa dia..
Pantang letak je terus meniarap..
Dah tak boleh tinggal sorang2 atas katil..

Lambat ler Hasya ni.. dah 4 bulan 15 hari.. meniarap baru..

Mami tak kisah..
Janji ko malam2 tido pukul 7.30 malam..
Pastu bangun esok pukul 7.00 pagi..
.
.
.

Monday, May 23, 2011

Thorn Birds - avi only

Untuk yang tanya citer Thorn Birds ni..
Dah ada.. tapi AVI sahaja..
Spt biasa drama-drama KBS mmg dlm avi.

Aku pun tak tengok lagi drama ni..
Tapi menurut kawan & adik aku..
Drama ni sangat BEST!!

Citer pasal 2 orang perempuan..Seo Jung Eun (SJE) dan Han Yoo Kyung (HYK)
Depa ni ada cara masing-masing untuk berjaya dalam hidup..
SJE (baju putih) hidup penuh sengsara..
Membesar dalam kesusahan dekat rumah anak yatim..

Dia menjadi pelakon dengan harapan boleh jumpa mak dia bila dah terkenal..

HYK pulak, disebalik kelahiran dia ada rahsia besar...
Sifat dia ni pulak sangat bertentangan dengan SJE...
Dia sanggup buat apa saja utk balas dendam..





Nanti bila aku dah tgk..
Aku tambah sinopsis :)

Rehan.. Ko tak merasa dah!!!


Satu plastik besar punya bagi..
Ni kalau nyicah buh gula + kicap + cili padi + belacan sket..
Perghhhh... lazat!!

Sayangnya..
Aku takut Hasya sakit perut..
Kalau aku je sakit perut takpe..

Inche Izman nampak buah-buahan ni smlm atas kereta..
Dia tanya sapa bagi.. aku jawab ler ANAK MURID..
MAMI MINTAK KE?

Apsal lak aku nak mintak..
Aku pun tak tau rumah dia ada pokok buahan apa..

Kesimpulannya..

Rehan dah tak merasa buah-buahan auntie Mary lagi :)

Sekian..
.
.
.

Khairul Fahmi ngn jejariruncing :)

Bertunang jugak akhirnya depa ni..

Aku suka wpun cam2 tohmah org tulis kat si JR..
Tapi dia bawak bertenang je..

Pedulik laa hape orang nak kata..
Jajin KFCM sayang ko sampai mati :)
.
.
.

Sunday, May 22, 2011

Penambahan


Ok ni ada satu lagi..

MENU yang disediakan..
Tidak boleh melebihi 1200 cal sehari..Link
So, boleh rujuk di http://www.myfitnesspal.com/
(tq iluvtupperware)

Wpun ni laman web omputeh..
Cer cek kalori KARIPAP..
Ada tau :)

Jangan risau.. kot2 ada yg kata..

TAKKAN LAA DIA MASAK TENGGIRI, SAYA PUN TENGGIRI..

Ala, pandai2 laa kan..
Kalau hari ni tetiba rumah takde tenggiri..
Ganti laa ngn ikan merah ke..
Cuma jangan laa ganti ngn peha ayam KFC :)

Lagipun MENU PLAN akan diberi semgu sebelum..
So, weekend dah boleh penuhkan freezer..

Esok, kalau jumpa..
Aku akan kongsikan..
Menu plan masa pregnant hari tu..
Menu for diabetic..

Ikutkan.. banyak tau akak Zel korang ni turun pas beranak hari tu..
Sebelum mengandung.. berat aku dalam 128kg - 130kg
Sebelum melahirkan Hasya... berat 138kg
Selepas melahirkan Hasya... berat 117kg
Maknanya lepas buang air ketuban.. baby apa bagai..
Turun lebih kurang dalam 8kg :)

Menu yg hospital bagi tu tak menyeksa hidup pun..
Masih boleh makan mee goreng.. laksa..
Karipap.. Kek..
Tapi kuantiti yg perlu diutamakan..

Ok.. lagi cadangan... :)
.
.
.

Proposal no.1 untuk Program Diet

Yang ni dari Hidayah..

Boleh baca sepenuhnya di

http://denaikurusku.blogspot.com/2011/05/cadangan-untuk-contest-anjuran-kak-zel.html

Antara isi kandungan Program

1- 44 hari (3 pusingan)

2- Makan nasi pakai beras perang

3- 2 kali makan nasi sehari, secawan nasi (up sket dari sesenduk.. i like)

4- Masa makan kunyah perlahan-lahan

5- 100 langkah selepas makan

6- Minum air selepas 1/2 jam

7- Minum air suam / air masak sahaja

8- 8 gelas air (atau bahasa mudah 2 liter)

9- Makan buah sebelum makan nasi

10- Lauk tak boleh goreng

11- Sayur pun tak boleh masak guna minyak

Ni dah 80% lengkap dah ni..
Cuma kena perhalusi sket je lagi..

Apa kata kita ikut je yang ni + No.4 (pakai menu)

Cam Hidayah, dia dah ada seminggu punya food planning..
So, mgu pertama kita semua ikut food planning dia..
Then 2nd week orang lain punya pulak..
3rd week orang lain lagi..
So, sama2 contribute idea.. sama2 diet..

Kalau la minggu yg kita makan beras perang tu..
Turun smpi 3kg..
Maknanya diet pakai beras perang tu laa paling berkesan..

Cth menu (wat la 6 hari punya lebih kurang)

Sarapan - susu/milo + roti 2 keping

Lunch - nasi satu senduk, bayam rebus, ayam grill, oren

Minum petang - Apam bintat 3 biji

Dinner - nasi/roti/bihun, sup sayur, ikan bakar


Tengok menu cam dah cukup kenyangkan..
Tapi tu ler, diet ni semangat nak kena kuat..

Aku kalau boleh takmo lagi diet yang menyeksa badan..
Cam 99HTN.. 3 day detox..
Takmo diet yang menimbulkan stress!!

Itu sbb dalam seminggu, dicadangkan ada 1 hari yg boleh makan apa saja..
Nak pi KFC ke.. Nak makan ayam salai cicah minyak masak ke..

Tapi.. sila beringat..
Esok pepagi adalah HARI TIMBANG :)
Sendiri mau ingat..

Program ni penyingkirannya senang sahaja..
3 kali berat naik, automatik anda terkeluar..

So, ada sapa2 lagi mau memperhalusi Program..
.
.
.

Program Diet

Banyak gak yang nak join..
Buat aku berkobar-kobar :)

OK.. perbincangan selanjutnya..
Program-program yang dicadangkan..
Kita bincang sama-sama supaya takde yg rasa terseksa ke hape..

Lagi satu.. biarlah Program yg kita buat ni..
Boleh diguna pakai sampai bila-bila..
Kiranya, lepas habis program pun.. kita masih diet jugak..

Antaranya:

1- BUKAN 99 Hari Tanpa Nasi (SETUJU!! seksa banget)

2- 3 DAYS DETOX
3 hari hanya makan buah & sayur, makanan tanpa gula dan garam, air kosong dan agen-agen Detox. (yang ni Semangat KENA KENTAL)

3- Hadkan kalori
Cth, Kak Zel hanya boleh makan 1600 cal sehari. So, kena rancang menu seharian untuk tidak lebih daripada 1600 cal sehari.. (banyak nak kira-kira)

4- Menu (yg ni rumit sket, aku kena wat point-point)
  • Peserta secara rotation akan menyediakan menu seminggu (mungkin untuk 5-6 hari dan ada satu hari untuk acara bebas makan)
  • Menu seminggu mesti diet yang seimbang.. ada karbohidrat, protien, vitamin, etc
  • Portion makanan akan ditetapkan oleh peserta yang menyediakan menu.

    Cth, nasi 1 senduk, ikan tenggiri masak asam rebus 1 potong, sayur sawi 1 senduk, air masak 2 gelas, tembikai 2 potong.

  • Bahan-bahan mesti yang senang didapati dan murah. Jangan laa pilih ikan salmon masak tempoyak sbb kat Tg Malim tak wujud ikan Salmon!!
  • Peserta lain hanya perlu follow menu tersebut. (Masalahnya kalau lunch di pejabat)
  • Hari Bebas Makan adalah sehari sebelum Hari Timbang.. So, ada beran ke nak makan banyak2 :))

5- Atkin's Diet (yang ni aku kurang berkenan sbb meninggalkan Karbohidrat akan memberi kesan kepada pengeluaran susu dan tumbesaran baby)

So, amacam?!!

Mana mau pilih?!!

Kalau ada cadangan yang bernas, sila keutarakan.. sama2 kita bincangkan.
.
.
.

Akhirnyer...

Takde perancangan pun nak beli pam letrik..
Sebab rasa puas hati dengan Avent Manual..
Pastu aku ada beli lak sebiji lagi avent manual baru pada kawan MR..

Hari tu..
Tengah melayan-layan FB..
Tetiba nmpk satu iklan..
Member ni nak jual Spectra 3 dia yg jarang sangat guna..
Kurang dari 10 kali pakai & masih dlm warranty pasal dia pun baru je beli..
RM200 sahaja.. FOC extra shield + MOL container..

Tak fikir panjang terus transfer duit..

Hari ni dah rasmi pakai..

Tak banyak pun dapat pam..
Maybe belum dapat membiasakan diri lagi..
Masih rasa Avent manual still the best..
.
.
.

Al-Fatihah







Tragedi malang ni cukup membuatkan cuti aku jadi moody :(

Rasa simpati sangat-sangat, sbb yg mati ramai kanak-kanak..
Dah laa mereka anak yatim... anak orang susah..

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Amin..
.
.
.

Thursday, May 19, 2011

Apam Kak Mah sangat sedappppppp :)

Sampai-sampai dah horror sbb kotak kemek..
Laki aku tanya apa ada dalam..
I jawab "MAKANAN"
Dia balas "YELAH TU.."
I jawab "YE I TIPU U.."

Hehehehe.. kalau Inche Izman tau dalam ada makanan..
Dia akan bagi kata nasihat percuma dari seorang Peg. Mel..

Pos Laju - adalah menjadi kesalahan mengepos makanan..

BAIK TUAN :)

Ni dia.. tonggang terbalik Apam Kak Mah.. yg skang dah jadi Apam I :)
Tak banyak yang cedera parah..
Kalau cedera pun.. I makan terus sampai kunyah bekas kertas tu :))

Tapikan Mah, lepas ni ko kena buh dalam tupperware dulu laa..
Rasanya customer ok je bayar lebih sket..
Janji apam meleps...


Setelah disusun..
Kan cantik jadinya tu :)

Rasa tak payah citer..
Memang sedap menjilat bekas..

Aku punya ni filling coklat & blueberry..

Ini adalah cubaan pertama Kak Mah mengepos Apam..
Kira berjaya la ni.. :)

OK..

Pada yang terliur tu..
Lap2 laa air liur tu..
Kang jatuh atas keyboard.. kan naya..

Nak order, sila PM Kak Mah di FB
Atau layari blog Apam beliau..

Mau START ke?

Ada pheminat-pheminat lama (wah, perasan lebih di hari gaji)
Yang dah menjadi sahabat-sahabat pun..
Mencadangkan agar satu Program Diet diadakan semula..

Akak Zel pun hape lagi..
Terus naik timbang..
Nak tgk layak ke tak layak nak diet ni :))
(tak sedor ke diri lagi tuh)

OH MY GOD!!! (tp masa tu akak sebut Ya Allah)

Sudah naik 3kg!!!!

Sebelum makan Noriday FOC klinik gomen bagi tu..
Menten dari lepas beranak sampai Hasya 4 bulan = 117kg..
Selepas makan Noriday sepapan pun tak abih lagi.. terus naik 3kg..
Ni kalau diteruskan..
Mau cecah balik 135kg..

Inche Izman sengih je..
Akak tahu dalam hati dia mesti bersorak-sorai..
Selamat dia nak kumpul duit beli Medela Freestyle.. huhuhuhuhu..

Oleh itu,

Apa macam geng?!!!

Harus ke kita sumer berdiet kembali dengan yuran RM10.00..
Sapa turun banyak dia bolot sumer :)

TAPI..

Kena cari Program yang sesuai untuk ibu menyusu..
Kan ke ramai peserta 99HTN hari tu kena badi Akak..
Kena buatan orang sampai melahirkan orang :)

Ada cadangan?!!!
.
.
.

Senyum manis nampak...


Cer cek.. Cer cek..
.
.
.

Princess dah kojek..

Time ni MIL aku tengah cukur rambut belakang..
1st round, rambut depan, kemain melalak lagi..
2nd round, tau-tau dah lelap..




Malam ni tido awal..
Lepas je menenen.. terus hanyut...
Mami sat gi nak join :)

.

.

.


Wednesday, May 18, 2011

Rempit




Aku tengah bagi Hasya prektis2 meniarap..
Tetiba abang dia datang terus meniarap sebelah..

CEPAT HASYA... JOM KITA MEREMPIT!!!

Hampeh tul ko abang....
.
.
.