Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 21, 2023

Game Sanaeha / Game of Affection


Rugi lambat tengok drama ni
Sebab best sangat
Lambat tengok tu bukan apa, sebab takde dalam netflix @ viu
Nak kena download pulak

Drama ni tahun 2018
James Jirayu hero.. hensem mak datok
Genre family & romantic
Jalan cerita biasa je, tapi pelakon2 yg jadikan best


Nhok (heroin) baru balik dari luar negara
Elok sampai, barulah dia tau yang mak pak dia bercerai
Ayah dia pulak nak kahwin baru dengan bekas ratu cantik
Dan paling dia tak puas hati ialah sepupu angkat, Luckhanai (hero) menyandang jawatan penting dalam syarikat ayah heroin


Nai ni jadi sepupu angkat sebab mak dia ialah anak angkat kepada nenek heroin
Tapi dia lari dari rumah dan tinggalkan Nai ni pada nenek dia
Nenek dia punya marahlah sebab mak Nai ni lari
Dan buatkan dia benci sangat pada Nai

Oleh itu, mak pak heroin yang  bela Nai ni dari kecik sampai besar
Hubungan Nhok dengan Nai ni tak pernah baik
Sebab dipengaruhi oleh nenek Nhok yang selalu panggil Nai ni sampah
Nhok pun layan Nai ni dengan sangat kasar



Nhok ni kalau tak puas hati je dengan Nai memang dia maki habis-habisan
Nai ni bawa bersabar je
Sebab dia mmg sukakan Nhok ni dari kecik
Watak dia dalam ni kadang2 cam baik tak bertempat pun ada
Dah last2 episod baru Nai tunjuk power


Lagi menambahkan sakit hati Nhok, Nai sebenarnya pernah ada hubungan dengan tunang ayah dia
Dah tu pulak, tunang ayah dia ni masih sayang ke Nai
Nai je dah tak nak ke dia

Bila ayah dia kahwin lagi, makin menjadi2 perangai Nhok
Tapi Nhok ni sebenarnya dia kasar dengan hero je
Dengan orang lain, dia baik je berbudi bahasa


Dengan Nai ni, lepas dia masuk kerja kat company sama barulah nampak cam berbaik sikit
Tapi sebenarnya dia merancang nak rampas kedudukan Nai

Dalam-dalam tu adalah mak dengan nenek Nhok ni cuba nak cari pasangan untuk dia
Tapi takde satu pun Nhok berkenan



Disebabkan satu skandal
Nhok setuju kahwin dengan Nai
Tapi sebenarnya dia bukan kahwin sebab nak tutup skandal tu
Sebab utamanya ialah nak menyakitkan hati mak tiri dia
Sebab dia tau mak tiri dia masih simpan perasaan pada Nai

Dah kahwin ni pun, bergaduh tetap...



Bergaduh-gaduh pun, mengandung pulak Nhok ni
Sebenarnya dia happy je pregnant
Cumanya sebab perangai ego kepala angin kuat marah dia tu
Dia tercakap kat Nai yg dia tak suka baby dalam perut tu
Sebenarnya dia terbawa2 perasaan yang Nai marah kat dia pasal mak Nai sakit dia tak bagitau

Jadi depa buat perjanjian
Nanti bila baby tu lahir, Nai akan dapat anak
Dia akan serah semua harta dan letak jawatan dia syarikat ayah Nhok
Kemudian depa akan bercerai

Nai buat betul lepas baby tu lahir
Dia keluar dari rumah dan bawa baby sekali tinggalkan Nhok
Masa tu baru Nhok sedar yang dia sayangkan Nai dengan Baby

Masalahnya dia ni payah sangat nak cakap kat Nai
Dah nak habis drama barulah dia cakap
Itu je pun yang Nai nak dengar
Teruslah berbaik semula 


Dalam drama ni sebenarnya yang jadikan drama ni best ialah lain-lain watak
Paling aku suka, mak Nhok
Dia nak kenenkan anak kawan dia pada Nhok
Tapi sudahnya dia yang dapat 😆
Mak dia jenis cool
Ayah dia baik bertanggungjawab
Dia je berangin 24 jam

Watak jahat pulak ada juga
Bolehlah... buat-buat perencah sesedap rasa
.
.

No comments: