Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, April 14, 2013

Queen Of Ambition / Yawang


Drama ni BEST!!!
Penuh dengan debaran.. sakit hati.. emosi terganggu :)

Berkisar pasal balas dendam.. konspirasi..
Kelicikan penipuan untuk mengaburi org lain..
Menyakitkan hati sesama sendiri..

Yang bestnya.. flow drama ni agak laju..
So, takde laa bosan..


Ni heroin teraju paling utama dalam drama ni..
Seorang yang  tamak haloba.. semua dia nak..
Ni pasalnya dulu masa kecik dia fakir miskin..

Kalau tengokkan awal drama..
Dia adalah First Lady kat Korea..
Tetiba.. tengah dia bagi ucapan..
Masuk sepasukan pendakwaraya untuk tangkap dia atas kesalahan rasuah..

Kat Korea mmg camni..
Pendakwaraya ada kuasa macam polis..
Depa boleh pergi tangkap orang yang bersalah...


Ni ketua pendakwaraya tu..
Hero laa kiranya..
Tapikan dia ni sebenarnya ada hubungan silam dengan heroin..
Dia adalah suami heroin..
Yang pada satu masa sanggup bersusah payah..
Demi nak bagi heroin belajar..

Sampai satu ketika..
Dia kena khianat dengan heroin..
Heroin lari tinggalkan dia dan anak..

Sebenarnya heroin ni ada terlibat dalam satu pembunuhan..
Hero tahu dan dia cuba bongkar kisah tu balik..


Depa ni kenal kat umah anak yatim..
Heroin ni mak pak dia mati bunuh diri sbb susah..
Satu hari ada ahli keluarga yang ambil heroin..
Sebelum berpisah, dia bagi hero sepasang dadu..

7 tahun lepas tu hero pergi Seoul untuk jumpa kawan dia..
Kat sana dia ikut kawan jadi pengutip hutang..
Satu hari dia pi satu rumah ni nak kutip hutang..
Sekali tu nampak cam ada benda berbungkus..
Dan ada sorang pompuan nangis kat situ..
Bila dia selak.. rupanya benda tu mayat mak heroin..
Pastu baru dia perasan yg pompuan tu adalah heroin..
Kawan lama dia masa kat umah anak yatim..

Lepas mak dia dah mati..
Heroin keje sebagai GRO..
Bila hero dapat tau.. dia suh benti dan dia jaga heroin..
Sampai laaa heroin tamat belajar kat universiti..

Tak semena-mena.. ayah tiri heroin yang jahat  muncul balik..
Time ni laa.. heroin pi bunuh ayah tiri dia..
Dan hero mengaku salah dan dipenjarakan..


Mamat ni laa batu loncatan heroin untuk mengubah nasib dia..
Ni anak kepada konglomerat paling berpengaruh di Korea..
Kebetulan dia berjaya kerja di syarikat tersebut..
Maka, heroin atur strategi supaya 2nd hero ni jatuh cinta pada dia..
Dan depa pun kahwin..
Mak 2nd hero lak mmg benci sangat dengan heroin nih..

Itu yang hero tambah bengang dengan heroin..
Masa 2nd hero ni ajak heroin pindah ke US dia ikut..
Pastu hero pulak yang kena tanggung kos dia kat sana..

Yang hujung sekali belah kiri..
2nd heroin.. dia suka sangat dengan hero..
Yang belah kanan.. itu laa mak 2nd hero..
Pasal dia layan heroin dengan buruk..
Lagi tambah tekad heroin untuk rampas kedudukan mak hero..

So, apa lagi selanjutnya..
Camne dia boleh jadi 1st Lady..
Apa jadi dengan anak yang dia tinggalkan dulu..
Kekal ke perkahwinan dia dengan 2nd hero tuh..
Bagaimana kejahatan dan kelicikkan dia akhirnya terbongkar..

Kena laa tengok sendiri ;)
.
.
.

No comments: