Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 12, 2023

Love With Flaws


Mula-mula cam tak minat nak tengok
Sebab takde pelakon yang terkemuka
Aku tau hero pun sebab dia bekas laki heroin BOF

Lepas tu tertengok klip pasal heroin dengan adik beradik dia yg kacak2 belaka
Maka tertengok laa drama komedi ringan ni


Heroin
Dalam drama ni dia digambarkan macam tak berapa lawa
Dibandingkan dengan adik-beradik dia yang kacak2 belaka

Dia kerja kontrak jadi cikgu PJK
Perwatakan dia jenis selamba & buat apa ikut suka
Jenis takde kontrol-kontrol ayu



Ni adik beradik dia
2 abang tiri yang kacak
Yang sulung kerjanya suka mengikis perempuan kaya
Yang kedua gay
Adik lelaki seibu dengan heroin masih sekolah tapi sedang dalam proses nak debut sebagai artis idol Kpop

Adik-beradik dia ni macam2 peel
Oleh sebab itu heroin bertekad untuk tidak bercinta dengan lelaki yang muka jambu




Hero
Sebenarnya heroin dengan hero ni satu sekolah
Begitu juga watak2 lain dalam drama ni banyaknya dtg dari sekolah yang sama
Tapi masa sekolah hero ni gemuk dan selalu dibuli
Dia suka sangat dengan heroin dari zaman sekolah lagi

Heroin pun suka jer hero ni time tu
Tapi sebab satu insiden, mereka terpisah
Dan hero sambung belajar kat luar negeri

Depa bertemu balik bila dah dewasa masa gathering sekolah
Tapi depa berdua ni masih dihantui kisah2 lama zaman sekolah dulu
So awal2 tu hubungan depa takde la baik sangat



Yang paling kanan tu sepupu hero merangkap 2nd hero
Dia pun suka heroin
Hero dengan 2nd hero ni chaebol syarikat perusahaan makanan
Sekolah yang heroin kerja tu milik nenek depa dua ni

Takde laa fight mana pun nak rebut heroin

Sebenarnya drama ni watak-watak lain yang banyak menjadikan drama ini lebih menarik
Abang2 heroin
Anak murid dia
Kawan2 dia semua ada karektor tersendiri


Cinta depa dua ni ada je halangan
Tapi ringan2 je halangannya
Cumanya kes yang ada kena mengena ngn parent heroin depa dok perbesarkan sangat
Padahal takde apa pun..

Kalau letih tengok drama berat
Dicadangkan, tengoklah drama ini 😍
.
.
.


 

No comments: