Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 10, 2013

That Winter, The Wind Blows


Drama ni sebenarnya adaptasi..
Bukan dari novel.. tapi dari drama Jepun..
Genre melodrama..
Pelakon-pelakon drama ni semua gred A..
Jo In Sung, Song Hye Kyo dan Kim Bum BOF...


Kalau dah melodrama tu..
Sedia laa tisu banyak-banyak..
Aku tengok sekadar untuk review ni pun..
Asyik jumpa scene sedih je..

Tapi.. Jo In Sung handsome banget wei dalam drama ni..
Tenggelam Kim Bum..
Kim Bum tetap cute seperti biasa..
Tapi dalam drama ni watak dia berat sket..

Supporting actress pun yang hebat2 jugak..
Ada Eun Ji Reply 1997..
Dengan Seo Hyo-Rim.. actress yang selalu jadi jahat tak pernah baik..


Hero ni.. dia hidup sebatang kara..
Parent buang dia sejak kecil..
Pastu makwe dia pulak mati..
Bermula laa hidup tanpa makna..

Dia jadi playboy dan gambler di Cheongdam.. area org kaya-kaya..

Ikutkan dia ni ada makwe dah..
Tapi makwe dia kena sambung belajar ke luar negara..
Dan dia obses sangat dengan hero..
Sampai sanggup buat perancangan supaya hero dipenjarakan setahun..
Selama mana dia sambung belajar..
Supaya hero tak tinggalkan dia..

Gile punya orang..


Ni heroin... dia ni pewaris konglomerat besar..
Malangnya dia ni buta..
Bila mak ayah dia bercerai.. dia ikut ayah, dan abang ikut mak..
Masa ni pulak ayah dia tengah sakit tenat..
Koma punya lama..
Pastu ada perancangan nak rampas harta dia..
Time ni laa dia decide nak cari abang dia

Kebetulan pulak.. abang kandung heroin ni..
Adalah kawan kepada hero..
Pastu dia pi pakai nama yang sama dengan hero..
Oh Soo.. surat menyurat pun dia pakai alamat rumah hero..

Abang dia ni sebenarnya selalu hantar surat pada heroin..
Tapi dia tak pernah dapat sebab mak tiri dia sorok..
Bila dia dapat surat abang dia.. tu yang dia pi cari..

Masa ni laa dia jumpa dengan hero..

Lepas tu..
Ada la satu insiden yang dirancang oleh makwe jahat hero..
Pasal penggelapan duit club 7 billion won..
Tengah kejar mengejar dengan polis..
Abang kandung heroin dilanggar kereta dan mati..
Dalam waktu yang sama jugak..
Ayah heroin yg tengah koma tu pun mati jugak..

SEDIH!!


Kim Bum ni kawan baik hero..
Dia sangat menyanjungi hero..
Kira 2nd man dia la..

Lepas setahun.. hero dibebaskan dari penjara..
Masa ni dia dah takde duit lansung..
Lepas tu.. ketua gangster yang hilang 7 billion tu pulak cari dia..
Suruh dia ganti duit tu dalam masa 100 hari..

Maka dia pun pergi menyorok kat rumah abang kandung heroin..

Pada satu hari..
Ada seorang peguam cari dia..
Peguam tu ingat dialah abang kandung heroin..
Kan nama depa sama..

Peguam tu bagitau laa yang heroin skang hidup sebatang kara..
Dan minta hero jaga heroin..

Hero pun rasa inilah peluang terbaik dia nak selesaikan hutang 7 billion tu..
Jadi dia pun mengaku yang dia abang heroin..

Bila depa jatuh cinta?
Dapatkah hero selamatkan harta heroin?
Apa sudahnya?

Cam biasa okay :)
.
.
.

1 comment:

geraugebang said...

memang best gileer cerita ni...hero hebat, heroin hebat...menangis kak gerau uuu..