Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 10, 2022

Eve

 


Letih drama Eve ni, boleh laa aku terlayan masa ongoing
Start kat episod 4 lak tuh

Drama ni plot dia bermula dengan kuat
Awal2 dah banyak aksi ganas dan faham dah keseluruhan drama ni pasal apa
Apa yang Lee La El (heroin) ni marahkan sangat
Kira semua tindak tanduk dia tu tau dah kenapa



Drama ni dia macam hero dengan heroin tu orang yang sama
Lee La El tu
Nak kata peguam tu hero, tak dapat pun La El
Nak kata Kang tu pun mati pulak sudahnya

Secara keseluruhannya drama ni adalah tentang La El yang nak balas dendam atas kematian keluarga dia disebabkan ketamakkan ayah kepada heroin jahat yang merampas syarikat ayah La El dan bunuh ayah dia

Selepas ayah dia mati, La El berhijrah ke luar negara dengan masalah mental yang sangat teruk

Peguam tu pulak asalnya anak angkat keluarga La El
Dia kemudiannya melibatkan diri dalam politik sebab nakkan kuasa


Selepas lama kat luar negara, La El balik ke Korea tapi dia guna nama lain
Misi dia nak balas dendam
Mula2 dia rapatkan diri dulu dengan Han So Ra (heroin jahat) anak kepada Han Pan Ro yang bunuh family dia
Lepas tu dia goda Kang Yoon Kyum, suami kepada Han So Ra
Kang ni pun takde la baik sangat
Sedikit sebanyak dia terlibat juga dalam rampasan syarikat ayah La El
Cumanya yang bunuh tu bukan dia



Kang dia dengan Han So Ra kahwin pun bukan sebab cinta tapi aturan family
Dia tak sayang pun dengan So Ra
Jadi bila jumpa dengan La El, dia terus jatuh cinta pandang pertama
Tapi si La El ni masa ni ada suami dah
Suami dia tu adalah sebagian dia perancangan balas dendam dia
Kira dia dah atur lama laaa hal2 nak balas dendam ni




Yang ada bengong sikit drama ni
Dalam nak balas dendam ni, dia betul2 jatuh cinta kat Kang Yoon Kyum
Wpun begitu misi balas dendam dia tetap juga



Mesti semua mengharapkan La El sudahnya dengan peguam ni
Tak juga
Wpun peguam tu cinta gila kat dia
Dan sanggup buat apa saja demi La El
Itu lah orang kata cinta itu buta


Seo Yi Ji ni lawa betul dalam drama ni
Wpun kurus kering sangat
Pakai laa apa pun lawa
Aku rasa kalau sarungkan dia guni beras pun lawa

Pasal ending drama ni
Sikit kuciwa laaa
Pasal dia punya jalan cerita awal2 tu dah bagus
Sampai episod 14 memang stress manjang
Tup2 masuk 15-16, eh camtu je!!

Camne tu? kena laa tengok sendiri awal sampai habis 😁

#Eve #KoreanDrama #SeoYiJi #LeeSangYeob



No comments: