Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, February 27, 2014

Resepi ikan bilis goreng berlada


Member request.. so aku bubuh sini..
Ada gak entry hari ni :)

Senang je resepi goreng berlada ni..
10 minit siap!!

1- Panaskan kuali + minyak
2- Masukkan ikan bilis (sementara nak garing... pi tumbuk cili)
3- Tumbuk cili api 5-6 biji smpi lumat
4- Tambah bawang hiris 2-3 biji (saiz sederhana) dan sambung tumbuk tapi bukan sampai lumat.. tumbuk-tumbuk manja je..
5- Tambah 1 sudu teh serbuk kunyit + garam (kalau mahu) dan tumbuk manja lagi
6- Kuarkan ikan bilis dan letak tepi kejap
7- Masukkan bahan tumbuk tadi dan kuatkan api. JANGAN TINGGAL!! nnt cili hangus
8- Agak-agak cili ngn bawang dan garing.. masukkan ikan bilis tadi
9- Tutup api dan gaul sebati

SIAP!!

Nak tau dak.. selain dari makan dengan nasi panas + kicap..
Goreng berlada ni jugak sedap buat sarapan..
Ambik roti gardenier putih tu..
Cicah!! masuk mulut..

Sodap wei.. nak2 ada pulak Teh O panas :)

Selamat mencuba!!!
.
.
.


No comments: