Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, February 14, 2014

Jiwa Kacau : Kronologi Kes Zel, Makcik Rehan dan dot dot dot...


Akhirnya selesai juga kemelut aku dengan MR..

Ramai yang tanya camne kes ni boleh bermula..

Kes ni mula minggu akhir sebelum Raya Cina..

Aku kenal akak ni takde la lama sangat..
Dalam 3-4 bulan..
Ok je memula tu.. dia pun peramah je orangnya..

Dia ada menjual barangan budak ni..
Kira kewajipanlah bagi kanak-kanak membesar..
Harga memang menjejes air liur..
Kurang rm5-rm6 dari harga pasaran..

Maka.. dengan penuh tamaknya..
Aku order 24.. bernilai RM360
MR order 24.. bernilai RM192
Membawa nilai RM552.00

Nasib baik masa closed deal tu..
Aku takde cash..
So, aku cakap nnt aku transfer jer..
Tu yang nasib baik tu sbb boleh jadi bahan bukti..

Tarikh aku bank in tu 28hb Jan 2014..
Janjinya esok dapat barang..

Esoknya aku call..
Dia jawab dia takde kat kedai.. so, hari Khamis..
Hari Khamis aku call.. dia kata Cina raya..
Barang tak leh kuar dari kilang..

Masa ni aku dah was-was..
Pasalnya takkan laa..
Produk yang cam boleh dikatakan menguasai pasaran ****
Tak boleh kuar kilang sbb nak raya..
Takkan laa sebesar-besar kilang tu takde pengurus Melayu..
So, aku tunggu smpi habis Raya Cina..

Isnin pagi2 aku dah call balik..
Alasan lain pulak..
Katanya suami cuti sampai Rabu.. so Khamis la..
Khamis aku call.. lagi alasan..
Anak masuk hospital..
Jumaat aku call.. Lori rosak..
Sabtu aku call.. Suami tak balik rumah..
Ahad aku call.. Anak buah meninggal.. balik Ipoh..

Muncul Isnin satu lagi...
Minggu ni aku cam dah hilang sabar sket..
Sebabnya.. bila aku call..
Dia takde kat rumah or kedai..
Tapi ada di tempat2 yang dia lalu je pejabat aku ni..
Tapi apsalnya tak singgah hantar..

Selasa.. Rabu...
Aku pun passing nombor dia pada MR..
Takkan aku sorang je nak sakit jiwakan..
Tapi sakit jiwa MR lain macam wooo...
Maybe sebab dia mmg ada saka singa jadian..
Dia punya angin kebakaran sangat rare :))

Khamis.. janjinya pukul 1.00..
Sampai ke pukul 4.00 aku tunggu..
Perut lapar memulas ni..
Takut kang aku kuar lunch dia datang pulak..
Tak jugak..

Last2.. aku call-call-call..
Dalam 4.45 ptg di muncul..
Masalahnya..
Barang yg dia bawak tu..
2 aku punya
4 MR punya

Aku cam meletup sopan kat situ jugak..
Sopan tu maksudnya aku tak keluarkan la ayat-ayat biadap..
Aku cuma mahukan penjelasan dia kenapa?

Aku marah dia time2 azan Asar berkumandang tu..
FYI.. pejabat aku ni belakang Masjid..
Ntah macam2 la aku bebelkan kat dia..
Pastu aku cakap.. kalau esok tak setel..
Saya dengan MR which aku refer adik..
Nak pergi balai wat police report..

Menggigil aku pastu tau..
Bukan sebab aku takut ke dia..
Sebab geram yang hamat..
Rasa ringan badan aku time tu punya marah..

Lepas tu balik rumah..
Aku terbaca pulak hamukan Tailong Bayu Permai..
Humang..
Kalau aku dapat sms camtu..
Nangis dah pi hantar duit :))

Pastu aku cuba cara lembut pulak..
Dah petang tu aku marah2 ke dia..
Aku anta SMS.. tanya apa masalah dia..
Apa yang payah sangat..
Benda simple..
Duit dah bagi.. Ambik barang... Bagi!!

Tapi dia tak mahu menceritakan apa masalah dia..

Oleh itu aku bagi kata tiga

1- Pulang duit malam ni juga
2- Bagi barang malam ni
3- Esok aku report polis

Satu hape pun dia tak pilih..

Tetiba pagi tadi belum aku buka mata..
Dia dah anta SMS..
Kata lepas sembahyang Jumaat..
Tapi aku suh awal sket.. dalam kul 12 sbb aku nak balik rumah rehat..
Dia jawab OK..

Namun..
Dalam jam 11.30 dia anta SMS..
Cakap dia ada kat KKB..

HANGENNNNNNNNN!!!!!

Aku SMS balik.. panjang dia.. 8-9 mukasurat SMS kot..
Aku takde maki ke hape..
Wpun marah.. aku masih hormat dia lebih tua dari aku..
Lepas tu dia call..
Cakap laki dia marah..
Eh-eh-eh.. apsal lak laki dia marah..
Sapa hutang sapa?

Nampaknya dah takde pilihan..
Aku dah print out semua bukti transaksi..
Siap print perbualan SMS..
MR pun dah suruh report je..

Sampai je rumah.. dia call balik..
Dia cakap nak setel la..
Aku pun bagi No. Acc
Siap dengan berapa jumlah kena bank-in..
Aku tulis RM150.00 sahaja..
Sebab bagi aku.. dia setel duit MR dulu pun jadi laa..
Barang aku tu dia nak berdikit2 anta 2 seminggu sampai habis RM360 tu pun takpe..
Pasrah dah aku..

Sekali dia SMS..
Cakap duit dah masuk..
Aku cek ada RM460.00..

Hah... LEGA NGKO!!!!!!!
Sekali dengan duit aku sekali suami dia pulangkan..
Wlupun tak cukup RM38.00
Takpe.. aku dah syukur sangat-sangat..

Betul laa bak kata kawan aku Syikin..
Bila kita dah masuk mode Redho..
Benda yang tak dijangkakan akan berlaku..



3 comments:

FARAH deeb said...

Bengong ke hape? Cer bg link ke nama penuh makcik ni manele tau takut terkena plak huhu.. (Tp mtk dijauhkan laa..)

Natrah Norlin said...

apa la masalah dia yang sebenarnya ya...kalau dia citer kita bukan kejam sangat kan...

mama maman aka yana said...

kaku gitu... nak mode redha juga la