Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, February 13, 2014

Dugaan...

Dulu.. dugaan selalunya datang tengah-tengah tahun..
Awal2 tahun ni selalunya happy je..
Kurang masalah muncul..

BUBLY BOO!!!!
Meloyakan..
(tetiba masuk Arianna Rose)

January ok lagi..
Masuk Feb.. lepas je birthday aku..
Satu-satu masalah muncul..

Memula aircond tora terbang rosak..
Nak baiki.. pomen tu pulak nak balik kampung..
5-6 hari laa aku bakal berkuap dalam suhu atas 35 darjah celcius..
Tiap kali benti kat traffic light.. cam nak pitam tau aku rasa..

Lepas tu masalah barang yg aku ngn rehan beli tu..
Akak tu memang gila kebal betul..
Mungkin esok aku terpaksa gak wat police report..
Dia main kasar.. kena laa aku main kasar gak..
Ikutkan aku tak suka nak niaya-niaya orang ni..
Tapi sayangnya.. kebaikkan aku dianiayai pulak..

Barang bernilai rm550.00..
Skang ni yang baru tiba di tangan aku...
RM60.00 sahaja..
Ada lagi RM490.00 untuk dituntut...

Aku pun tak tau apa masalah akak ni..
Kalau barang takde.. cakap takde..
Pulang je duit.. abih citer..

Tapi.. barang pun susah nak dapat..
Duit suh return pun payah jugak..

Nasib.. nasib....

Pastu tadi kereta aku rosak tengah jalan..
Plug point ngn plug cable rosak..
Nasib la.. dalam 5-6 kali mati enjin tu..
Sampai gak aku kedai pomen..
Jahanam la seratus ringgit..
Padahal duit tu aku dah lipat masuk buku ASB Hasya..

Takpe la...
Tabah dan usaha jelah..
Ada rezeki.. ada la...
Kalau dah tersurat duit dan barang tu bukan milik aku..
Apa nak buat..
Tapi.. takkan sekali2 aku halalkan duit tu..
.
.
.

3 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Kak,baca La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin

Min Aina Ila Aina said...

Kak,baca La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin

Azie said...

Salam. Baca tu Untuk org tu pulangkan duit ke?