Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 26, 2012

Swallow The Sun


Genre action thriller + melodrama.. based on novel..
Drama ni sangat best dan mendebarkan..
Lebih best dari Iris..

Ni hero.. dalam drama ni pakai nama Kim Jung Woo (KJW)
Dia ni anak luar nikah seorang ketua gangster..
Tapi dia tak tau sbb lepas dia lahir..
Nenek dia terus anta dia masuk ke rumah anak yatim..
Ayah dia pun tak tau yg dia ni wujud..

Dia membesar dalam keadaan tak tentu arah..
Menjadikan dia seorang yang kasar..

Sampai la pada satu hari..
Dia masuk dalam satu estet orang kaya..
Sbb nak intai anak pompuan orang tu..
Tapi kantoi dan nyaris kena tembak dengan ayah awek tu..

Orang kaya tu ambik dia jadi bodyguard..
Tapi bukan untuk anak pompuan dia..
Untuk anak lelaki dia yg tinggal kat Seoul..



Ni 2nd hero.. anak orang kaya tu laa..
Sejak ikut mamat ni..
Hidup hero jadi berubah..
Dari selekeh yang amat.. dah jadi inkem :)

2nd hero ni pun hidup tak ketahuan gak asalnya..
Asalnya dia tak tau pun sapa ayah dia..
Tup2 org kaya tu muncul dan kata dia adalah ayah dia..
Dia pun layan jelah kan.. dah apak org kaya giler..

Tapi hidup dia jadi bertambah liar..
Tu yang orang kaya tu upah hero jadi bodyguard dia..

Pastu 2nd hero ni suka lak awek yang sama dengan hero..
Iaitu heroin...


Awek yang hero dok usha ni..
Dia adalah organizer kepada satu group world class performer..
Kiranya dia ni dari golongan atasan gak laaa..

Ikutkan depa ni masa kecik dah pernah jumpa..
Hero nampak heroin ni main celo..
Lepas tu dia nekad yang dia akan cari awek ni smpi jumpa semula..
Lebih kurang cam heroin ni sumber inspirasi dia la utk berjaya dalam hidup..

Ada sorang lagi heroin..
Dia ni tergila-gila sangat pada hero ni..
Tapi hero anggap dia cam adik je..

2nd hero ni mmg jahat..
Apa je jenayah ke benda jahat dia buat..
Dia suh hero lak take over salah dia..
Sampai hero kena masuk penjara..

Lama-lama hero jadi dendam dengan 2nd hero dan ayah dia..
Dah dia ada plan untuk menjatuhkan depa dua..
Dengan bantuan org kanan ayah 2nd hero..

Drama ni memang best..
Cuma agak panjang smpi 25 episod..
Drama ni ada gak berlakon kat Africa ngn Las Vegas..
Yang banyaknya kat Jeju Island..

.
.
.

No comments: