Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 14, 2023

Move To Heaven


Drama ni 1st episod dah mengundang air mata
Bukan melodrama, tapi genre family
Tapi sebab kisahnya Geu Roo yang menghidap Sindrom Asperger kematian ayahnya secara tiba-tiba. Itu yang buat sedih.
Tapi nasib baiklah ayahnya mmg dah latih dia untuk berdikari


Ayah Geu Roo ni ada tinggalkan syarikat untuk anak dia ambil alih
Bagi budak ni takde apa sangat sebab sebelum ni pun dia biasa tolong ayah dia
Yang bestnya syarikat ni memberi perkhidmatan menguruskan barang-barang peninggalan orang mati.
Jadi dapat pengetahuan baru yang rupa-rupanya wujud syarikat macam ni
Barang peninggalan orang mati ni sebenarnya ada 1001 kisah disebaliknya
Hingga kadang2 boleh bongkar rahsia si mati


Ini pulak pakcik Geu Roo
Dia ni ahli seni bina diri yang banyak bertanding secara haram
Oleh sebab itu juga dia pernah masuk penjara
Lepas ayah Geu Roo mati, dia muncul dan menjadi penjaga sah Geu Roo
Mula-mula depa ni tak berapa ngam
Sebab Geu Roo ni hidup dia jenis teratur, tersusun seperti mana yang ayah dia ajar
Pakcik dia pulak hidup semborono.. suka hati


Tapi, akhirnya depa sama-sama menguruskan bisnes Move To Heaven
Kes-kes yang depa uruskan buat drama ni best
Bersihkan barang si mati dan serahkan kepada ahli keluarga
Part ni yang main hati dan perasaan



Drama ni ringan sahaja
10 episod, tapi rasa tak puas
Patut buat sampai 16 episod

Lupa nak claim, Geu Roo tu orang sebenarnya half Malaysian tau
Ayah dia Cina Malaysia kahwin dengan orang Korea
Kalau perasan, dia ada dalam drama CLOY jadi askar sama dengan Ri
.
.
.






 

No comments: