Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, July 8, 2013

Gu Family Book


Melodrama Epic...

Lee Sung Gi tu hero :)

Sapa yang dah tengok My Girlfriend Is Gumiho..
Wajib tengok drama ni pulak..
Kali ni hero pulak half human.. half gumiho..


Dia ni pun ada jugak :)
Hero kesayangan Kak Zel.. Dalam ni pakai nama Gu Wol Ryong (GWR)
Dia pun bukan manusia..
Dia adalah penjaga hutan dan seorang Gumiho..

 


Yang perempuan atas tu..
Ayahnya dibunuh dan dia dipaksa jadi Gisaeng (GRO)
Sebab dia tak mahu.. dia telah diikat di pokok..
Masa nilah GWR nampak dia dan berniat untuk selamatkan perempuan ni..
Walaupun dihalang oleh penjaga hutan yang lain..

Namun, bila dia sampai kat pokok tu..
Perempuan tu dah dibawa masuk ke dalam..
Dia dah setuju nak jadi Gisaeng sbb tak tahan tgk adik dia kena pukul..

Pelanggan pertama yang perlu dia layan..
Ialah pembunuh ayah dia..
Adik perempuan ni telah merayu pada maid depa..
Untuk gantikan tempat kakak dia..
Dia dan kakaknya lari ke hutan..


Sampai dalam hutan.. mereka berpecah..
Masa ni laa GWR telah melindungi perempuan tersebut..
Malangnya adik dia telah dijumpai dan dibunuh..
Maid yang gantikan dia tadi.. bunuh diri selepas dirogol..

GWR berkenan sangat dengan perempuan ni dan berniat nak kahwin..
Dia berhajat nak jadi manusia..
Gumiho yang nak jadi manusia..
Perlu mematuhi syarat..
Dia tak boleh guna ilmu magik dia dalam apa keadaan sekali pun selama 100 hari..
Jika tidak.. dia akan bertukar jadi syaitan selama 1000 tahun..

Mula2 tu OK je..
Sampai laaa satu hari.. penjahat dapat cari perempuan ni..
Masa tu.. GWR telah menggunakan ilmu magik dia untuk mengalahkan mereka..
Jadinya dia pun bertukar rupa..

Isteri dia pulak naik takut..
Nak pulak askar penjahat tu bgtau yang suami dia bunuh orang tak berdosa..
Maka dia lari tinggalkan suami dia..

Yang suami dia pulak kena bunuh..

Lepas tu baru dia tahu yang dia pregnant..
Tu laaa lahir hero (lee sung gi) sebagai half human.. half gumiho..
Mak dia pulak bila tengok anak dia sempurna..
Takde pun cam rupa Gumiho.. rupa demon ke hape..
Menyesal tak sudah..

Dia tak jaga pun anaknya..
Dia hanyutkan ke sungai dengan harapan ada orang akan jumpa..



Dia dibela oleh keluarga ternama.. keluarga Park..
Dalam keluarga tu dia ada seorang abang dan seorang adik perempuan..

Nak jadi cerita..
Sejarah lama berulang balik..
Lord Park dibunuh..
Adik perempuannya di hantar ke Gibang untuk jadi Gisaeng..
Dan yang menariknya.. oleh penjahat yang sama..

Tapi, kali ni seorang ketua Gisaeng telah menolong keluarga hero..
Dia menikam mati penjahat tersebut..
Tapi.. abang angkat dia pulak salah anggap..
Dia ingatkan hero yang bunuh ayah dia..
Dan dia nekad untuk balas dendam...


Heroin pun muncul..
Dia ni master dalam martial arts..
Ayah dia perintahkan dia siasat pasal kematian yang bersangkutan dengan penjahat yg mati ditikam Gisaeng sebelum nih..
Masa ni laa dia terserempak dengan hero..
Rupanya mereka dah pernah jumpa masa kecik..
Hero pernah selamatkan dia..
Tapi hero ni pulak salah anggap..
Sebab heroin pakai macam lelaki.. dan terer martial arts..
Dia ingat heroin ni lelaki..


Macamana depa ni jatuh cinta..
Kena laa tengok sendiri..
Kalau aku review smpi habis..
4 malam baru korang habis baca :)



Lepas2 dia dah bercinta..
Banyak lagi benda muncul..
Tetiba ayah heroin adalah si jahat yang bunuh Lord Park..
Tetiba ada pulak pakatan nak selamatnya Joseon..
Pastu hero lama yang dah jadi demon tu muncul balik..
Dia dah jadi jahat..
Dan orang yang boleh hentikan dia dan bunuh dia..
Hanyalah anak dia sendiri..

Apa-apa pun.. kalau Kak Zel dah review panjang lebar tu..
Maknanya drama ni mmg best betul laa tu :)

So, apa tunggu  lagi ?
.
.
.

No comments: