Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, July 30, 2013

Phnom Penh Part 18 - Bye-bye Phnom Penh



Tak payah jalan kaki jauh2..
Kalau international airport..
Terus masuk flight..

Kalau kat LCCT..
Harap maklum jelah..
Kalau boleh parking kapal terbang tu luar pagar..
Dah lama depa park sana..
Pastu suh kira menapak beratus-ratus meter baru smpi :)


Flight balik bertolak tepat pada masanya..
Jam 4.40 petang waktu sana..
Sampai Malaysia lebih kurang 7.30 malam..

Kalau pergi kemain bersungguh aku pakai seat belt..
Balik tu malas dah..
Aku letak gitu je kat perut..
Kena lak aku duduk tepi tingkap..
Takde sapa perasan pun aku tak pakai :)


Puas hati dengan holiday kali ini..
Anak-anak tak buat perangai..
Duit pun tak banyak habis..
Semua tempat yang aku plan nak pergi..
Dapat pergi.. kalau tak singgah pun..
Tapi dapat tengok dari dalam kereta..

Untuk tahun depan..
Kami merancang nak ke Thailand pulak..
Tak naik flight.. tapi drive..
Pastu.. ada rezeki nak ke Seam Riep atau Boracay atau Hanoi..

Harap2 impian jadi kenyataan.. :)
.
.
.

No comments: