Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, July 4, 2013

Phnom Penh Part 9 - S21


Tempat yang diselubungi kesedihan..
Siap ada papan tanda.. dilarang ketawa..
S21 ni adalah tempat tahanan pada zaman Pol Pot..
Asalnya tempat ni adalah sekolah..
Bila Pol Pot berkuasa..
Dia tukar tempat ni jadi tempat tahanan..

Kubur berderet spt gambar tu..
Adalah mangsa terakhir yang tak sempat di bawa ke Killing Field..
Sebab Pol Pot dah kalah time tu..
Nak simpan rahsia kekejaman dia..
Pol Pot suruh 14 yang terakhir ni..
Disembelih kat situ jugak..



Kelas-kelas diubah jadi penjara..
Untuk tahanan VIP..  satu kelas tu dibahagi dua..
Ada katil tak bertilam..
Dan akan dirantai di katil..
Siap ada peralatan untuk menyeksa..

Soalan dia cam yg dah ditulis sebelum ni..

Anda agen CIA? agen KGB?

Jawab ye pun kena seksa.. Tidak pun kena seksa..
Last2 tahanan sini main jawab semborono je..
Dengan harapan dapat lepas..


Harapan palsu je tu..
Sebab dari S21 ni mereka akan di hantar ke Killing Field..
Untuk dibunuh..

Ramai juga masa kat S21 mati diseksa..

Tahanan tak kira tua muda.. lelaki perempuan..


Yang ni pulak tempat tahanan org low class sket..
Satu kelas tu dibahagi kepada 12 sel..
Sempit sangat2..

Kalau diperati-perati..
Kat lantai tu masih boleh tengok kesan darah..
Kesukaan tentera Pol Pot ni..
Suka cabut kuku tahanan.. cilanat betulkan..


Ni peralatan yang diguna untuk menyeksa..
Kapak.. kayu tajam.. penyodok..
Pengumpil.. playar.. pisau..


Mamat nikan.. di galak sangat time kat sini..
Banyak tul gambar dia dengan tengkorak..
Last2 kan.. malam tu..
Tgk kat tangan dia cam ada kesan gigitan..

Terus jadi seram..

Tu  ler.. anak tak galak..
Pak lak lelebih galaknya :)



Ini adalah mangsa yang terselamat dari dibunuh..
Dia dan kawan2 dah on d way ke Killing Field..
Sikit lagi nak sampai..
Trak mereka ditahan oleh tentera Vietnam..
Dalam kelam kabut berperang tu..
Dia bersama 6-7 orang lagi dapat lepas..
Dalam2 tu.. 2 orang je lagi masih hidup..

Bertuahnya.. dia ni adalah seorang pelukis profesional..
Semua gambar2 yang terdapat di S21 ni dilukis oleh dia..
Tentu pedih rasa hati semasa melukis apa yg dia telah lihat dan alami..


Ini salah satu gambar yang dilukisnya..
Dan gambar ini adalah diri dia sendiri..
Masa duduk dalam sel yang sempit..

Yang tong sebelah dia tukan..
Yg cam tool box tu adalah tempat berak..
Yang tong oren tu tempat kencing..


Ini seorang lagi mangsa yang terselamat..
Dia ni lambat dibunuh Pol Pot sebab dia ada kemahiran..
Dia pandai membaiki kenderaan dan mesin2..

Malang hidup dia sebab terpaksa lihat isteri dan anaknya..
Dibunuh oleh tentera Pol Pot..



Khaleef pula bernasib baik..
On d way nak ke kereta..
Tetiba berbas2 tentera masuk ke S21..
Ingatkan askar betul..
Rupanya depa ni student yang bakal jadi tentera..
Lebih kurang cam Royal Military College kat Malaysia ni..

Muka Khaleef masam masa kat sini..
Emosi dia terganggu sket..
Sebab dia dengar semua penerangan tourist guide kami..
Jadi dia agak emotional bila dengar...
Seksaan.. kekejaman.. kesadisan Pol Pot..
.
.
.

1 comment:

gerbera said...

Ni baru baca , dah berdiri bulu roma. Kalau pegi sana mau menangis agaknya.