Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, July 27, 2013

Phnom Penh Part 16 - Kg Cham, Phnom Penh



Ni bukan Kg Cham yang jauh tu..
Ni masih dalam area Phnom Penh..
Kat sini ialah perkampungan Islam..
Jalan nak pergi tu..
Akan menyusuri Sg Mekong..

Rasanya namanya bukan Kg Cham..
Aku pun lupa nak tanya..


Hari kedua aku kat sana..
Merupakan hari pertama kempen pilihanraya..
Lain sket cara kempen sini dengan sana..

Kat sana.. parti kerajaan memerintah..
Akan mendirikan pentas di seluruh Kemboja..
Pentas tersebut akan menyajikan persembahan artis-artis..
Lagi ada karaoke..
Lagi ada tarian.. ranggi-ranggi..
Pastu malam2 akan pesta smpi pagi..

Yang aku bergambar tu..
Adalah tempat parti pemerintah..


Yang parti pembangkang pulak..
Lain caranya..
Disebabkan kekangan kewangan..
Depa guna cara mudah..
Buh penyokong dalam lori..
Dan round seluruh Phnom Penh..

Kat sana dah lama pakai dakwat kekal..
Menurut tourist guide kami..
Depa punya dakwat kekal..
Kalau nak hilangkan..
Hanya ada satu cara..

KIKIS KULIT DENGAN PISAU!!

Memang takkan hilang dalam masa 3-4 hari..


Ni pasar pagi..
Ada macam2 jual kat sini..
Tapi agak mahal banding dengan bandar Phnom Penh..

Bangsa Cham kat sini agak berada sket la..
Banding dengan perkampungan yg jauh2 di pedalaman..
Rumah pun besar-besar...
Kebanyakkan mereka berniaga..


Terer tak motor kat sana :)

Bas tak boleh cari makan laa kalau kat sana..

Orang Islam kat sana..
Islamnya lebih sket dari kita kat Malaysia nih..
Susah nak jumpa perempuan yang tidak bertudung..

Lepas tu depa ni sesama depa..
Sangat tolong menolong..
Nak2 kalau sedara mara..

Contoh kalau nak bina masjid ke.. sekolah ke..
Depa yang berada sket akan menyumbang..
Bukan yang kat sana sahaja..
Yang duduk di Malaysia.. Vietnam.. Thailand..
Semua akan sama2 menyumbang..
Camtu laa kuatnya ikatan antara depa..
.
.
.




1 comment:

ibh_sue said...

Dah ketinggalan ketapi dah aku..Part 16 dah ko..Huhuhuuu