Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, October 29, 2013

Good Doctor

Drama ni baru habis kat Korea..
Kat Malaysia masih tayang lagi kot..

Genre kegemaran aku..
Medical drama television series..
Tapi ni lain sket..

Citernya pasal seorang doktor yg cemerlang..
Tapi dia ada masalah autisme..


Hero yang kedua dari kanan.. Park Shi On (PSO)..
Dia ni mmg ada masalah perkembangan dari kecik..
Kena pulak ayah dia benci dengan dia..
Dan dia menjadi mangsa dera ayah dia..

Disebabkan masalah autism ni..
Dia tak masuk sekolah biasa.. tapi masuk sekolah khas..
Kat situ.. barulah terserlah yang dia ni sebenarnya seorang genius..

Walaupun mental dia baru tahap budak umur 10 tahun..
Dia ada memori yang sangat bagus..
Untuk anatomi badan manusia..
Sehinggakan part2 yang manusia biasa tak tahu..
Tapi dia tahu..
Apa yang dia baca.. semua dia ingat wpun secara praktikal..

Masa dia kecik.. dia pernah kemalangan kat lombong dengan abang dia..
Dia diselamatkan oleh seorang doktor..
Lepas kejadian tu dia selalu jumpa doktor tersebut..
Dalam masa tu laa doktor tu sedar yang hero ni ada kebolehan luar biasa..
Dengan bantuan doktor tersebut..
Dia berjaya jadi Pediatric Surgeon..



Heroin pulak.. Cha Yeon Seo.. CYS..
Dia seorang yang gila kerja..
Dia minat nak jadi doktor selepas jadi sukarelawan kat hospital..
Selepas tu dia masuk Medical School terbaik di Korea..
Dan grad sebagai 2nd best student..

Dekat hospital tu..
Dia baik dengan hero..
Dia selalu bagi semangat kat hero bila hero kena marah atau buat silap..


Ada satu lagi hero..
Tapi dia ni bukan doktor biasa..
Dia dah tahap professor..
Dia dah ada tunang..
Tunang dia adalah anak kepada hospital owner..

Dia seorang yang cold hearted perfectionist..
Ada sejarah kenapa dia jadi camtu..
Dia salahkan dirinya atas kematian adik dia yang ada masalah autism juga..

Pasal tu juga.. dia layan hero dengan teruk..


Aku suka drama ni..
Ada masa lawak..
Ada masa suka..
Ada masa marah..

Tapi bila tiba part sedih..
Sampai kuar air hidung punya sedih..

Oleh itu...

Sila tengok drama yang best ni :)
.
.
.





1 comment:

Anonymous said...

sy ingtkn heroin dia jang nara hehe