Baru ni balik kampung sekejap..
Memang sekejap sangat..Sampai dalam kul 1.00 tgh hari..
Kul 4.30 ptg dah bertolak balik Tg Malim..
Lama tak pergi Parit Buntar..
Jalan pun dah berubah..
Aku pi Pekan Lama pun sampai sesat2..
Khaleef ngn Hasya kemain suka tgk sungai besar ni..
Sungai Kerian ni pemisah antara Perak dengan Kedah..Belah sini Parit Buntar, Perak..
Belah sanun Bandar Baharu, Kedah..
Sebelah satu lagi.. Nibong Tebal, Pulau Pinang..
Cam aku kat sini la...
Tg Malim, Perak..
Seberang Sg Bernam.. dah masuk Hulu Selangor, Selangor..
Sungai ni ada kisah sedih gak disebaliknya..
Dulu-dulu jambatan yang menghubungkan dua sungai ni takde..
Kena naik feri..
Feri ni pulak.. pakai kabel yang akan tarik dari sebelah sini ke sebelah sana..
40 tahun sudah.. ada tragedi feri karam kat Sg Kerian ni..
Hari kejadian hujan lebat.. arus kuat..
Menyebabkan kabel putus..
Dalam feri time tu ramai budak sekolah dalam bas..
Tragedi Sg Kerian ni mengorbankan 27 orang..
Kebanyakkannya murid sekolah SJK(C) Kerian..
Feri ni yang besar cam Feri Pulau Pinang tu..
Kereta.. bas.. motor semua boleh masuk..Pemandu feri tersebut merupakan wira dalam tragedi ni..
Dia berjaya menyelamatkan 7 orang murid..
Malangnya.. dia sendiri akhirnya lemas kerana kepenatan..
Lepas tragedi ni.. perkhidmatan feri diberhentikan serta merta..
Dan Jambatan Sultan Idris dibina..
Kalau dulu.. dalam penghujung 90-an..
Masih ada lagi bot-bot kecil yang angkut penumpang menyeberang..
Skang dah takde dah..
1 comment:
nak tahu lebih tentang tragedi ini....sya nak buat kajian mengenai peristiwa tersebut ...harap madam boleh tolong sya kut... blh sya dapat ape2 sumber mengenai peristiwa ini??? tq
Post a Comment