Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, July 12, 2023

Celebrity

 

Drama ni sangat direkomendasi untuk tengok
Boleh tengok di Netflix
Berkisar tentang kehidupan influencer di Korea
Dari takde apa-apa
Dapat jadi pempengaruh
Lepas tu banyaklah sisi gelap yang terbongkar


Heroin nama Seo A Ri
Asalnya dia ni orang tak penting level biasa-biasa sangat
Cumanya masa dia sekolah, pernah laa jadi anak orang kaya
Ayah dia salah langkah, mati dan family dia terus jadi miskin
Mak dia sekarang hanyalah tukang jahit
Dan dia sendiri menjual kosmetik secara jualan lansung

Sampailah satu hari dia terserempak dengan kawan zaman sekolah, Oh Min Hye
Dia agak terkejut sebab Min Hye tak macam yang dia kenal zaman sekolah
Rupanya Min Hye ni merupakan seorang influencer level A+
Bergaul dengan socialite dan influencer2 kaya

Satu hari Min Hye  ni jemput A Ri datang ke satu majlis
Kat sini laa dia jumpa hero
Hero, Han Ju Kyung merupakan CEO sebuah syarikat terkemuka yang banyak terlibat dengan para influencer dalam mempromosikan produk syarikat dia

Kacakkan drummer CN Blue ni sekarang
Watak dia dalam drama ni takde laa menyerlah sangat
Tapi boleh laa untuk membantu-bantu heroin bila dalam kesusahan


Ini pulak cinta 3 segi sebelum hero jumpa heroin
Jun Kyung ni asalnya bercinta dengan Shi Hyun
Tapi disebabkan keluarga hero jahat banyak membantu kerjaya ayah Shi Hyun, maka dia pun berkahwinlah dengan hero jahat.

Tengah2 drama cam rasa nanti Shi Hyun ni akan jadi jahat nak rampas hero
Tapi takde pun


Hero jahat ni ada adik
Adik dia pun sama jahat
Suka membuli dan buat benda semberono
Tapi sebab dia dari keluarga berpengaruh & family ada syarikat guaman terkemuka
Banyaklah kes dia yang tutup camtu je

Selain itu, adik hero jahat ni juga terlibat dengan dadah
Yang akhirnya menyebabkan kematian
Kejadian ni pulak berlaku depan A Ri
Walaupun dia dah report polis, tapi polis semua makan rasuah
Yang nak jalankan siasatan telus akan kena tukar ke daerah lain

Ni semua influencer fake yang depan-depan cam bidadari
Tapi kat Korea tu konon depa ni paling berpengaruh
Padahal saling dengki mendengki
Terutamanya kawan sekolah A Ri
Dia sanggup buat apa saja untuk naikkan follower


A Ri ni awal-awal nampak cam dia tak kisah sangat bab-bab follower ni
Tapi bila dia asyik kena keji & kena hina
Dia bertekad untuk ubah nasib dia
Dia pun nak jadi celebrity media sosial

Cumanya camne terkenal sekali pun dia
Masih tidak dapat diterima masuk ke dalam circle sedia ada
Sikap dia yang selalu melawan arus, membuatkan depa benci kat dia
Nak pulak dia bukan kaya raya

A Ri juga guna cara tikam belakang untuk naik
Ada seseorang tak dikenali yang membantu dia
Tapi akhirnya dia balik kena tikam juga sudahnya


Sempatlah dia menikmati dia rich and famous sebelum dia jatuh teruk
Jatuh pun sebab sabotaj dari influencer lain
Selain dari terpalit dengan kes pembunuhan dadah
Akhirnya A Ri ni tak tahan dengan tekanan, dia ambil keputusan untuk bunuh diri

Lepas dia mati 
Amanlah sekejap dunia tipu-tipu celebrity media sosial ni
Sampailah tiba-tiba muncul LIVE STREAM

Tak boleh lah nak tulis sini live stream ni pasal apa
Kenalah menonton sendiri

Apa pun Kak Zel suka drama ni
Takde cintan cintun sangat
Dan memaparkan realiti kehidupan pempengaruh media sosial ni
.
.
.














No comments: