Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, July 24, 2017

Suspicious Partner


Dalam kesibukkan kerja (tkde laa sibuk pun)
Check up tak henti-henti
Uruskan order2 tudung
Sempat gak aku tengok 1 drama korea
40 episod lak tu (1/2 jam 1 episod)

Drama best!!
Akak bagi 4 1/2 bintang
Lagi 1/2 simpan sebab ada beberapa perkara tak settle smpi habis :)


Hero Suspicious Partner ni Ji Chang Wook
Banyak dah drama dia sebelum ni, tapi aku belum pernah tgk
Empress Ki, Healer, K2.. satu pun x tengok

Yang ni pulak rasa nak tengok.

TAK NYESAL HOKAY!!

Drama ni best!

Genre sweet romantic comedy law (carca marba tul)


Ni hero.
Awal2 dia peguamcara (prosecutor)
Tengah2 jadi peguambela (Attorney)
Last2 jadi peguamcara balik

Best laa dia ni berlakon
Cumanya aku tak minat bila dia buat cute
Dia ni patut menten handsome & classy
Tak yah nak cute mute.. tak sajak ;)


Heroin
Masa mula2 dia kenal hero, time tu dia student lagi.
Kemudian dia dapat praktikal kat pejabat hero
Nasib buruk, tetiba dia dituduh membunuh bekas kekasih yang mati kat rumah dia
Terkena pulak yg mati tu anak orang berpengaruh


Start kes ni la hero ngn heroin start rapat.
Tapi hero masih lagi peguam dari pihak kerajaan.
Peguambela heroin time tu kawan tapi musuh hero (2nd hero)

Atas sebab ada percanggahan berkenaan bahan bukti
Hero telah dapat selamatkan heroin
Tapi atas sebab itu dia dipecat daripada menjadi prosecutor

Akhirnya dia jadi lawyer kat kompeni ayah angkat dia


2nd hero, kawan baik hero asalnya.
Tapi awek hero berselingkuh dengan 2nd hero
Menjadikan depa musuh

2nd hero ni tak berebut heroin pun dengan hero
Tengok jelah camna depa punya hubungan

Citer selingkuh ni tergantung!
Sampai habis tak tau apsal sebenarnya.

2nd heroin
Bila dia habis study, dia balik Korea & nak berbalik semula pada hero
Tapi hero dah ada heroin
Nasib la kan..


Lepas heroin lepas dari pertuduhan bunuh tu, keluarga ex-bf dia yg mati tu masih tak puas hati.
Heroin bertekad untuk cari pembunuh sebenar.
Sapa nak sangka rupanya pembunuh tu dekat je dengan dia

Pembunuh ni yang jadikan jalan citer drama ni best
Wpun sakit hati dia asyik membunuh sesuka hati




Depa dua ni jatuh cinta awal sebenarnya.
Tapi ada banyak halangan & tragedi antara-antara tu
Paling dahsyat bila ayah heroin, ada kena mengena dengan kematian parent hero

Ni nanti korang tengok jelah sendiri ye



Bong-Hee (Heroin) is a judicial apprentice at the Judicial Research and Training Institute. One day, on the subway, she mistakes Ji-Wook (Hero) for a molester. Ji-Wook is a prosecutor and denies being a molester, but Bong-Hee doesn't believe him. Later, she catches her boyfriend Hee-Joon (x-bf heroin) in a hotel lobby with another woman. Her boyfriend is also a judicial apprentice at the same institute. Bong-Hee is hurt by her boyfriend's apparent infidelity and tells him that she will sleep with the next man she bumps into.
Bong-Hee indeeds propositions the next man she bumps into. When she looks at the man, Bong-Hee realizes the man is the same man she saw on the subway ... Ji-Wook. They decide to have drinks and Bong-Hee later passes out. When she wakes up, Bong-Hee finds herself at Ji-Wook's place.
3 months later, Bong-Hee is assigned to work in Ji-Wook’s office. She works hard there. During this time, she runs into Hee-Joon and tells him to take his things from her apartment. Later that night, Bong-Hee goes to a nearby convenience store and when she returns to her apartment, she finds Hee-Joon stabbed to death. Bong-Hee is arrested for his murder and Ji-Wook becomes the prosecutor in her murder case. Even through heavy pressure from Hee-Joon's father (who is the chief of the district prosecutor's office), Ji-Wook finds evidences to proves Bong-Hee's innocence and sets her free. Due to this incident, Ji-Wook quits his job as a prosecutor and becomes a lawyer. Bong-Hee attempts to find the person who murdered her ex-boyfriend.
2 years later, Bong-Hee and Ji-Wook meet again, but on opposing sides. Bong-Hee is representing the plaintiff and Ji-Wook is representing the defendant in a court case.
.
.
.

Tuesday, April 18, 2017

Strong Woman Do Bong Soon


Drama genre kesukaan aku
Romantic Fantasy Comedy


Kalau yang tak biasa tgk drama & filem Korea
Akan terasa yang pelakon2 drama ni cam pelakon baru..
Tak sebenarnya..
Depa ni semua pelakon lama..
Cumanya sebelum ni bukan pelakon utama..



Bong Soon tu heroin..
Dia ada kuasa sakti yg diwarisi dari family belah mak dia..
Setiap anak perempuan..
Akan dapat kuasa KUAT luar biasa..
Ni betul2 kuat.. Cam lori tu dia boleh angkat alih..
Tapi kuasa ni ada kelemahannya..
Tak boleh di salah guna..
Dan tak boleh cederakan orang yang baik..
Jika tidak, kuasa tu akan hilang..


Kuasa Bong Soon ni takde sapa tahu..
Dia kalau tolong orang pun senyap2..

Satu hari, dia bantu seorang pemandu bas yang kena buli dengan samseng..
Dia belasah samseng2 tu guna kuasa dia..
Kebetulan, hero Ahn Min Nyuk ada kat situ dan jadi saksi..


Oleh kerana terlalu kagum dengan kuasa heroin..
Hero ambik heroin jadi bodyguard dia..
Kebetulan dia sedang diekori dan asyik menerima panggilan ugutan..

Hero ni anak orang kaya..
Tapi dia bukan anak bini pertama..
Adalah sikit konflik dengan family dia..
Tapi itu bukan plot utama drama ni..
Adalah selit sikit-sikit..

Hero juga adalah pemilik AnhSoft Company..
Syarikat yang mempelopori online game & apps di Korea..
Kiranya dia ni seorang yg berjaya wpun tanpa bantuan keluarga..



Mula-mula Bong Soon ni tak nak..
Sebab dia ada cita-cita lain..
Tapi disebabkan gaji mahal..
Dia terima juga kerja bodyguard tu..

Lagi pun, hero janji kalau prestasi dia okay..
Dia akan jadikan heroin permanent staff...
Dan letakkan dia di bahagian Strategic Department..
Untuk membolehkan heroin mencipta online game spt yg dicita-citakan.



Ni pulak 2nd hero... Gook Doo
Kawan dari zaman sekolah heroin..
Heroin ni suka sangat ke dia..
Malangnya dia tak perasan..

Sampailah nanti bila heroin dan suka hero..
Baru nak sedar..
Malangnya dah terlambat!!!


Gook Doo ni pegawai polis..

Dalam drama ni, ada satu kes penculikkan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan tempat tinggal heroin..

Ini yang menyedap dan menjadikan drama ni agak thriller sket..

Pasal apa?!! Itu kena tengok sendiri,,




Secara keseluruhannya..
Drama ni best dan lain sket dari yang biasa..

Tau dak...
Drama ni takde 2nd heroin yang biasanya jahat dan tergila-gilakan hero..
Takde juga cinta terhalang sbb herokan anak orang kaya..

Yang ada 2nd hero yang juga suka pada heroin..
Dan dia bukan hero jahat :)

Berbaloi untuk ditonton..

Oleh itu, silalah!!
.
.
.
.

Monday, February 27, 2017

Gold Coast Morib


Selalu akak pakai Agoda...
Kali ni guna baucer pulak..
Baucer murah ni beli daripada Nur Hazwani..
Boleh tengok kat FB dia nak tgk baucer2 apa yang ada..
No whatsapp dia pun ada dalam iklan atas nun..


WASAP : 0105104121

Sebab aku ambik yg paling murah RM108..
Kena laa pergi hari sekolah..
Minggu lepas kena pulak seminggu depa tak belajar..
Latihan sukan..
Maka, marilah kita holiday memandangkan Kalep pun takde masuk acara..

Baucer ni wpun rm108..
Siap dapat 4 gelang masuk theme park..
Kalau uruskan sndr kat Agoda..
Biasanya bilik Studio dpt 2 je..
Nak tambah kena beli..

Lagi free 2 kupon untuk flying fox & High Rope
Ini je dah jimat rm40

Pasal aku ada 2 baucer..
Dapatlah 8 gelang theme park + 4 kupon flying fox
Jimat mak datokkan..
Sebab kami pergi 3 dewasa + 5 kanak-kanak + 1 bayi


Wpun baucer murahan...
Dapat bilik menghadap kolam hokay..
Kalau Agoda.. ko hadaplah jalan raya..
Nak hadap kolam kena bayar mahal sket..
WPun biliknya saiz yg sama..


Tujuan utama pergi sini..
Nak kasi bebudak ni berenang...
Pasal apa pilih Gold Coast Morib...

Taman temanya tidak berapa besar..
So boleh monitor 5 kanak-kanak dengan senang..
Sambil omak pun duduk dalam air dalam Lazy River..
Boleh tengok semua sekali..

Banding Gold Coast Melaka..
Kolam dewasa dengan kolam kanak-kanak jauh..
Memang tak boleh nmpk..
& slidenya tinggi-tinggi..
Yang ni bolehlah rendah2 sesuai untuk Mek Cha..

Kalau Bayou Lagoon..
Lagi pening nak kawal..
Sorang kat kolam ni.. sorang kat kolam sanun..
Apak dia tenang2 kat kolam biasa..


Lepas layan kolam..
Naik bilik layan jacuzzi pulak...
RIuh rendah bilik dengan bebudak ni..


Kolam kat Gold Coast ni buka smpi 11 malam..
Tapi nak masuk malam kena purchase tiket lain..
Kalau tak nak  mandi kolam pun banyak aktiviti lain..
Leh ronda2 tepi laut..
Makan ikan bakar rm1.90..
Main mesin token..
Karaoke..

Sedia jelah duit..

Disebabkan bebudak ni kepenatan berenang..
Pukul 9.00 malam semua dah tido..












Sebelum balik...
Layankan bebudak ni main flying fox..
Naik kuda..
Main boyan..
Mandi laut je tak boleh..
Pasal air laut dah jauh kedepan..
Main pasir laut jadilah...

Kesimpulannya...

Seronoklah juga ;)

.
.
.
.

Sunday, February 26, 2017

Goblin


Jangan marah kalau aku kata drama ni tak best mana pun...
Rasanya lepas episod 5 kot..
Baru cam dapat rentak..
Pastu takde konflik sangat pun..
And of course happy ending...
Satu hal lagi drama ni terlalu lembab perjalanannya..
Dah tu asyik ulang balik masalah yg sama..
Kim Bok Joo jauh lagi best dari Goblin...

NAMUN!!!

Ada namun ye...
Drama ni jadi best sebab ada Gong Yoo dengan Lee Dong Wook..
Memang puas mencuci mata tau...
Hensem awal smpi habis :)


Drama ni bermula dengan hero dari zaman asalnya 900 tahun dulu..
Dia ni dibunuh atas sebab yang tak munasabah..
Padahal ikutkan dia ni abang ipar raja..
Tapi, raja pun bengong dok ikut cakap penasihat dia..

Atas sebab itu...
Dia mati tapi tidak naik ke langit...
Tinggal di dunia menjadi GOBLIN...

Goblin betul..
Patutnya kaler hijau..
Telinga panjang..
Katik dan hodoh..

Yang ni..
Huhuhu... bersyukur sangat drama ni lembab..
Dapat tengok lama-lama-lama-lama...

Bila dah jadi Goblin tu..
Dia dapat immortal life..
Maksudnya hidup selama-lamanya..



Ini heroin...
Dia ni sepatutnya awal2 dah mati..
Bila mana mak dia masa tengah pregnant dia kena langgar...
Kebetulan Goblin ada time tu..
Dia guna kuasa dia dan hidupkan semua perempuan tengah pregnant tu..
Sampai la dia berjaya melahirkan anak..
Anak tu laaa heroin..

Oleh kerana Goblin hidupkan kembali anak beranak ni..
Telah mencelarukan kerja Grim Reaper..
Grim  reaper ni ala2 malaikat maut la..



Ini dia Grim Reaper..
Tak padan rupa hoi!!!!!
Dia tau celaru dia je..
Celaru aku nak pilih Goblin ke Grim Reaper dia tak tau :))

Itu laaa Lee Dong Wook punya watak...
Dia membantu roh yang mati untuk naik ke langit..
Dan dia memang tengah mencari heroin sebab sepatutnya heroin dah mati dari dia bayi lagi..


Dalam citer ni... Pengenalan Grim Reaper adalah topi hitam..
Tapi aku rasa kalau dia bawa sabit lagi padan..


Rupanya heroin ni..
Lepas hero hidupkan dia dulu..
Dia ada kuasa melihat dan berkomunikasi dengan hantu..
Dia juga sangat dicari oleh goblin..
Sebab dia adalah Goblin Bride..


Pentingnya goblin bride ini adalah untuk menamatkan sumpahan immortal life dia..
Supaya dia dapat mati dan pergi ke alam lain..
Hanya Goblin Bride yang boleh nampak pedang di dada Goblin..
Dan heroin hanya perlu cabut pedang tersebut..
Dan Goblin boleh mati menjadi debu..




Tapi...
Lama-lama...
Goblin jatuh cinta laa pulak pada Goblin Bride..
Dah jadi dilemma..
Nak mati ke nak hidup..
Masalahnya.. kalau dia nak hidup..
Goblin Bride akan mati sebagai tukarannya..


Ini pulak...
Grim Reaper berkenan pada dia..
Rupanya dia ni adalah kelahiran semula adik Goblin..
Yang merupakan isteri kepada raja..

Dan Grim Reaper pulak....

Korang tengok la sendiri kalau nak tahu..


Depa ni sempatlah bercinta seketika...
Lepas tu cam2 hal laaaa..
Sampai la pedang tu tercabut juga..

Apa jadi pastu..
Kena laaa tengok sendiri hokay ;)


Kalau ditanya..
Dalam drama ni sapa lagi hensem?

Tentu laaa GONG YOO!!!!!

Seriyes wei....

Sangat hokay!!!!

Sorry LDW ;)


.
.
.


Tuesday, January 31, 2017

Sudah sebulan sekolah...


Semalam cikgu kelas Hasya bagi jadual kelas..
Aku pun tanya ke dia..

Adik kelas mana?

Jawapan dia.. 1 MUSYKHORI...

Aiseh!!! terpaksa laa omak whatsapp cikgu dia tanya..
Muslim ke Bukhari?
Ikutkan aku tak suka kacau cikgu time2 cuti..
Tapi ni kang salah ikut jadual lagi susah..

Sebulan dah berlalu...
Bulan ni Hasya akan start belajar sepertinya Darjah 1..
Jadualnya macam sekolah biasa juga..
Cuma ada tambahan kelas Hafazan, 6 kelas Fiqh...

Dia suka sekolah.. syukur sangat...
Lagi dia suka ulangkaji pelajaran..
Sekali je Mualimah dia tegur sebab dia tak igt Alif Ba Ta..
Balik tu memang dia pulun habis Muqadam tu..
Alhamdulillah.. dah pass sampai Ya..
Iqra' pun dah smpi huruf Dal..

Ikutkan masa kat PASTI.. dah jauh juga dia mengaji Iqra'
Disebabkan omak bagi betul2 kasi dia cuti masa bulan Disember hari tu...
Habis semua lupa.. ABC pun dah tunggang langgang..
Bacaan pun dah kelaut dalam..

Mukolip.....
Ni susah betul laaaaaa...
Kalau adik suka ulangkaji..
Dia masih berada di alam khayalan dia..

Dah Darjah Lima..
Gelaran Khaleef In Wonderland tu belum hilang lagi...
Cikgu pun dah pening agaknya dengan Mukolip ni..
Sama je komennya..
Anak Puan ni suka berkhayal!!

Kegemaran dia main dengan rotan..
Rotan tu laa pedang... rotan tu laaa senapang..
Cam2 imaginasi dia dengan rotan tu..
Main bukan kejap2 tau..
Kadang2 sampai sejam lebih dia berimaginasi sorang2...

Omak cam dah tak larat nak berleter ke dia..
Bukan apa..
Kadang2 aku pun tak tau apa yang keluar dari mulut aku tuh..
Dia stress... Aku pun stress sama!!

Tu baru dua anak!!

Apa pun.. doa yang terbaik jelah untuk kedua-duanya..

-OMAK ANAK DUA-
.
.
.

Thursday, January 26, 2017

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo


Asyik lupa je nak review..
Padahal dah habis tengok 2 minggu yang lalu..
Drama ni inspired daripada kisah Jang Mi Ran..
Gold Medalist angkat berat Korea..

Drama ni genre sport comedy romance..
Memula aku underrated gak drama ni..
Pasalnya pelakonnya baru-baru..
Nak pulak heroin masa Cheese In Trap watak jahat..

Tapi aku suka hero..
So, gagahkan tengok drama ni dulu dari Goblin..
Rupanya drama ni best wei!!

Drama ni berkisar dalam satu Pusat Sukan di University HanEul


Ni heroin.. Kim Bok Joo..
Sukan pilihan dia.. ANGKAT BERAT!!
Dalam drama ni dia mmg pakai baju baggy-baggy..
Supaya badan dia nampak besar sikit..

Kat U.. pasukan angkat berat perempuan ni kurang popular..
Angkat berat laa pulakkan..
Musuh utama depa..
Pasukan gimrama..


Ni hero...
Tak payah nak photoshop gambar dia..
Badan dia memang gitu...
Lazat sehingga menjilat jari kan ;))
Ni first time dia jadi hero..
Masa Cheese In Trap.. dia jadi pelakon sipi-sipi je..

Hero ni dalam drama ni nama dia Jung Joon Hyung..
Dia dari pasukan renang..
Dia ni berenang memang hebat..
Tapi dia ada masalah starting..
Sama ada terlalu cepat.. atau terlalu lambat..



Awal dia jumpa Kim Bok Joo..
Bila dia terlanggar KBJ dengan beskal...
Rupanya dulu depa satu sekolah rendah..
Dan KBJ pernah selamatkan nyawa hero ni..

Sejak dari jumpa tu..
Hero selalulah kacau hidup KBJ ni..
Masa ni dia belum suka pun KBJ..
KBJ pulak suka pada orang lain..
Hero ni..
Dari Cheese In The Trap...
Dah menarik perhatian Kak Punjel..
Dia berlakon sangat natural..
And orang sekeliling dia cepat dapat chemistry dengan dia..
Berlakon selamber je.. Tapi menjadi sangat!!

Hopefully lepas ni akan ada banyak lagi drama dia jadi hero..


KBJ suka doktor diet ni..
Nak jadi citer.. doktor ni abang sepupu hero..
Hero lak awal2 dah tau KBJ suka abang dia..
Dia pun bantulah KBJ..
Masalahnya bantuan dia tu selalunya tak menjadi pun :)

Oleh kerana itu, KBJ sign up program menguruskan badan...
Yang mana bertentangan dengan program angkat berat dia..
Yang perlukan dia naikkan berat untuk tukar kategori..


Akhirnya dia kantoi juga...
Time tu ramai yang marah pada dia..
Hero laa yang bagi dia semangat..


Hero ni pun ada masalah juga..
Awek lama dia datang semula ke U depa..
Setelah gagal masuk pasukan kebangsaan..

Sistem depa ni camni..
Depa akan berlatih di universiti masing-masing..
Lepas tu akan ada competition...
Setiap yang menang atau berpotensi besar..
Akan pindah ke Kem Sukan Kebangsaan untuk mewakili Korea dalam sukan antarabangsa
Kiranya semua atlit memang bercita-cita untuk ke sana..


Lama-lama-lama....
Hero pun suka heroin..
Tapi heroin ni lambat sedar la pulak...

Bila dah sedar...
Amboi suwit muwwittt lagi depa dua ni..

Senyum sepanjang masa tau kak punjel tengok drama ni..


Dia ni huhuhuhu sangat...
Aku igtkan dia hero!!
Nak lompat bintang dah Kak Punjel..
Rupanya cameo je..
Comel laaa ko beb...
Lepas W mmg akak tergila-gilakan ko sangat!!!


Apa pun.. drama ni sangat berbaloi ditonton..
So apa tunggu lagi...
Cepat order.. cepat boleh tonton ;)
.
.
.