Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Emotion. Show all posts
Showing posts with label Emotion. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

DONE



Status-status yang akan lalu lalang di FB..
Sampai laaa 1 Syawal kang...
Juga akan berserakkan di IG juga...

Itu takpe..

Yang aku pelik..
Kenapa banyak pulak status yang MENYINDIR insan2 yang letak status gini..

Apa masalah anda?

Buat baik kot!!

Ada yang berpendapat..
Itu biar la jadi rahsia dengan Allah swt
Apsal nak heboh2 kat alam media sosial...

Hello...

Boleh tak kesakitan hati kau tu..
Menjadi rahsia diri sendiri..

Selalunya orang yang sakit hati dengan status2 orang lain..
Adalah sebab dia tak buat.. dia tak dapat..

Contoh cam aku kan..

Aku benci betul status orang yang dulu gemuk gedempol..
Skang dah kurus selim melim..

Pastu wat status

SERONOKNYA HARI NI DAH TUKAR SAIZ DARI XXXXXXL ke XS

Sakit hati aku ni tau..

Pasal apa?!!

Pasal aku tak dapat kurus.. tak boleh nak kurus...

Tapi takde laa aku nak merempan meroyan nak sindir2 pulak insan berjaya tersebut..

Berbalik pada status DONE di bulan puasa..

Benda baik gini ada manfaatnya..

Contoh kalau baca artis polan yang terkenal dengan seksinya up status

DoneTerawikh + DoneWitir

Pada mengata dia.. NAK MENUNJUKLAH TU..

Apa kata ubah kepada..

KALAU DIA BUAT.. KENAPA AKU TAK BOLEH BUAT...

Pastu ada pulak yang tulis.. ENTAH-ENTAH SAJA UP JE..

Ok.. yang ni baru laa betul2 antara dia dengan Allah swt..
Dia buat ke tidak.. itu rahsia dia..

Apa-apa pun..

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca LWC..
Semoga ibadah kita diterima..
Ampun dan maaf atas semua kesalahan..
Halal semua makan minum..

Lastly...

Kalau tak suka.. UNFRIEND :)

-peace-
.
.
.



Tuesday, February 24, 2015

Musim keBENTOan


Untuk yang tak tahu menahu..
Mukolip Aisy dah pindah sekolah..
Dia dah tukar ke SK Kalumpang..
Sekolah lama aku dulu..
Lebih dekat dengan rumah nenek dia..

Hari pertama pergi sekolah..
Dia dah komplen..
Makanan kat kantin tak boleh masuk dengan selera dia..
Lagi katanya kena berebut-rebut nak beli..

Maka.. kena laaaa aku sediakan bekal..

Pastu mami yang bersemangat la konon ni..
Join ke Kelab Bento Malaysia kat FB nun..

Dahsyat wooo situ....


Mula-mula aku tak faham sangat konsep bento ni..
Cam rasa membazir pun ada..
Roti tu elok boleh makan semua..
Dah dikerat dengan mould jd bentuk love..
Habis tu keliling roti tu kan membazir..
Kecuali laa kalau mak nyer sediakan bento time dia pun tengah lapar..
Mungkin baki-baki bento tu terus masuk mulut mak..
Itu kalau aku ler :))

Lepas tu..
Rehat 20 minit..
Jalan ke kantin.. balik ke kelas... ambik 5-6 minit
Mak nyer pulak bekalkan roti.. sayur.. nasi... lauk.. sphagetti.. buah.. telur.. coklat..
Celah mana anak nak makan banyak-banyak tu...


Pastu nak kena berhias-hias bagai..
Dah macam nasi beradap pengantin pulak..

Lama-lama dok mengkaji..
Baru ler aku faham..
Bento ni mmg banyak makanannya..
Tapi portion kecik-kecik..

Berbalik kisah anak aku tadi..
Kalau dia dari rumah aku ke sekolah..
Memang bawa bekal..

Tapi bekal dia serupa abam bangla g keje kilang..
Nasi + lauk 1 jenis + air kotak..
Buh dalam polisterin je pun..
Sebabnya.. kalau bagi dia bekas..
Mmg aku akan sakit jiwa..
Sebab balik dari sekolah..
Dia akan cakap..

"TAK TAU LA KALEP TINGGAL KAT MANA..."


Minggu lepas2 pergi kedai Mr DIY..
Tetiba terbuka laaa hati nak beli mould bentuk2 cam gambar tu..
Aku beli bentuk bintang..

Semangat ni..


Maka Kalep dapat laa nasi bentuk bintang 2 cekup..
Ayam kicap dalam plastik..
Masih guna polisterin..
Suprise laa konon...


Lepas tu aku tanya dia..

SUKA TAK?

Jawapan anak syurga aku tu...
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MAMI INGAT KALEP NI PONDAN KE?!!!!!
.
.
.

*Terus semangat aku yang melebar jadi asam kecut!!

**Gambar cilok google semata-mata


Wednesday, August 6, 2014

Libang Libu

Boleh agak dah kot...
Pasal MIJ nak kena pindah tu ler..
Bukan dekat oiii...

Alor Setar!!


Tak igt laa dalam bulan berapa..
Tapi MIJ ada ke GPO Ipoh untuk interview..
Untuk kekosongan jawatan kat Ipoh..

Time interview tu..
Dah ditanya.. nak tak ke Alor Setar?
Sebab jawatan pen. exec tu dah kosong lebih setahun..

MIJ jawab.. dia fikir dulu..

Tup-tup..
Raya ke-3..
MIJ whatapps pada aku surat tawaran..
Lapor diri 1hb ogos.. GPO Alor Setar, Kedah...

Kami berdua agak panik!!..

Oleh kerana itu hanya surat tawaran..
Maka pada surat akuan tawaran..
MIJ pilih untuk MENOLAK kenaikan pangkat tersebut..


Walaupun sudah di tolak..
Dengar pulak desas desus yang ada post master baru akan ke Slim River mulai 12 Ogos 2014..
Abih tu.. kalau ada PM baru..
MIJ nak ke mana pulak?!
Silap2 kena tukar pulak ntah ke hulu banat mana...

Rupa-rupanya...
Ada beberapa pertukaran yang akan berlaku..
Semua kena hold sbb MIJ tolak tawaran...

Tak ke serba salah jadinya..
Dah macam menyusahkan orang pulak..
Orang cakap senang la..
Pergi.. pergi.. pergi..

Ingat laki aku tu bujang senang ke..
Ni anak-anak.. bini... apa kes?!


Kami berdua berfikir asing-asing..
Tak pernah bincang lansung kat rumah..

Aku tau yang MIJ tak berapa gemar keje PM..
Nak-nak kat opis dia tu ada banyak masalah..
Ini laa peluang dia untuk tinggalkan keje-keje kaunter..
Sebabnya kalau tak rebut peluang ni..
Memang selamanya laaa jadi post master..
Selamanya laaaa kuar keje pukul 7.15 pagi..
Balik.. nun kang dekat2 9.00 malam...

Tetiba rasa..
Peluang ni tak boleh dilepaskan..
Tapi.. masalahnya, tawaran sudah ditolak..


Esok nak kena hantar lak surat pembatalan penolakan..
Tak tau laa boleh divalidkan balik ke tidak..
Kalau tak boleh..
Kat mana dihumban nanti..
Terpaksa laa pasrah..

Siannya anak-anak aku wei..
Kalep dulu terpisah dengan Papa dia..
Masa baya-baya Hasya ni laa..
Dari umur 2 tahun.. smpi umur 5 tahun..
Kali ni giliran Hasya pulak..
Tak tau la bila pulak nak serumah balik dengan Papa..

.
.
.

Tuesday, June 3, 2014

JIWA KACAU - EPISOD TORA TERBANG "NO MORE"


Malam tadi aku tido..
Sampai termimpi-mimpi Tora Terbang ni tau..
Kejap aku mimpi pergi laut..
Tetiba nampak tora terbang lalu dalam laut..
Terjaga!!
Terus ingat balik... Tora Terbang DAH JUAL!!

Lepas tu tido balik..
Aku mimpi perompak..
Tiba-tiba Tora Terbang lalu lagi..

Huhuhuhu sedih pulak..

Semlm..  bila orang kedai tu kata nak dtg ambik..
Aku terus pi kemas..
Penuh korang... satu tong sampah kecik tu..
Macam2 khazanah ada..

Lepas dah kemas..
Aku start enjin..
On aircond... duduk berteleku dalam tu..
Nak hirup udara tora terbang buat kali terakhir..

Sejarahnya Tora Terbang ni..
Aku beli masa Pak Lah naikkan harga minyak tahun 2008..
Beli cash.. RM8000.00

Time tu orang sumer bersungut.. tumbuh sungut...
Merungut pasal minyak..
Aku steady hokay...
Honjah RM40.00 = Full Tank

Full Tank cc 660..
Bersamaan 2 kali pergi balik Tg Malim - Kuala Lumpur..
+ boleh ulang alik gi keje - rumah dalam seminggu
Baru laa habis RM40.00 itu..

Zaman tu.. aku tengah sibuk meniaga brooch..
Seminggu memang 2-3 kali turun KL..
Tak berkudis pun :)

Tup2... MIJ kena pindah ke Mambang di Awan...
Syukur sangat-sangat...
Sebab time tu mmg dah pakai 2 biji kereta..
Kalau tidak.. kan dah pening..
MIJ tentu kena bawa kereta Wira balik ke Mambang..
Abih tu.. takkan aku dok Tg Malim ni naik bas...

Wpun hanya 660...
Sebulan sekali dua..
Lepas juga Kancil tu sampai ke Mambang di Awan kat Kampar nun..
Terer tak terer nyer..
Wpun kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 90km/j...
Itu pun jenuh bergegar stereng...

Tak pernah wat masalah..
Sikit-sikit tu biasa la..
Tukar timing belt... tukar drive shaft..
Padan laa dengan umur dia pun..
Kancil tahun 1997 tu...

Namun, masuk 2014...
Makin banyak masalah muncul..
Bermula dengan aircond rosak..
2 kali pulak tu... jahanam duit aku rm647.00...
Lepas tu cable plug rosak.. kena lagi rm250.00..
Lepas tu battery kong pulak..
Lagi air dalam radiator asyik kering... 2-3 hari kena isi air..
Pastu kalau bawak.. dari gear 1... terus kena masuk gear 3..
Tak boleh masuk gear 2.. keras..
Dah hantar tukar minyak gear.. servis.. tetap masalah yang sama..

Awal bulan Mei..
Muncul pulak masalah handbrake lekat..
Bila nak jalan.. kena tekan minyak kuat sket..
Baru lepas dari brek tu..

Kemuncaknya.. hari Isnin..
Aku tak boleh reverse kereta..
Masuk gear reverse boleh... tapi kete tak mengundur..
Tayar pusing.. mmg berasap laa tayar belakang..

Jammed terus gear kat posisi reverse..

*bab beli kereta baru nnt citer bila kereta dah smpi

Tapikan... lepas aku order kereta baru..
Dan jual Tora Terbang..
Petang Isnin tu mekanik kedai aku trade in tu dtg cek kereta..
Tetiba elok je dia boleh ke depan.. boleh kebelakang..

Goyang dah aku..
Nak jual ke tidak..

Tapi mak aku cakap..
Jangan mengada-ngada..

Aku pun bagi ucapan 2nd last pada dia..

"TAK PAYAH NAK TUNJUK MENYESAL.. DAH TERLAMBAT"

Cam ternampak-nampak lak aku Tora Terbang mengalirkan airmata dengan kata-kata aku tu..
Tapi apa nak buat..
Minyak jernih dah jadi minyak hitam...

Ucapan last aku..

"TERIMA KASIH SAYANG... BYE-BYE BABY"
.
.
.

Wednesday, April 30, 2014

Poniang Mak nak....


Ini budak.. sejak nenek dia dah pencen..
Cam-cam hal..

Awal2 dulu aku nak tukarkan sekolah..
Bagi dekat sket dengan rumah..
Kejap nak.. kejap tak nak..

Last2 dia cakap TAK NAK!!

Ok takpe.. teruskan je kat SKLB tu..


Nenek dia kata..
Maybe dia ada inferiority complex..
Masalah dalaman..
Sebab dari cucu guru besar..
Skang dia dah jadi murid biasa..

Tapi dengan sikap dia yg acuh tak acuh..
Aku tak rasa itu adalah masalahnya..


Minggu lepas..
Tak tau la.. sama ada kena buli..
Atau bergaduh..
Kena ejek katanya..

Kawan dia ejek MAMI GEMS...

Aku cakap ngn dia..
Abih tu ko nak sentap apa..
Bukannya perkara tipu.. bukannya fitnoh..
So... abaikan je..

Tapi.. katanya dia sedih!!

Ko saja nak psiko mami suh diet kan... :))


Aku ni kalau ikut perangai pailang aku sekolah dulu..
Memang aku ajar dia balik..
Macamana nak EJEK mak orang lain pulak..

Setakat perkataan berunsur makhluk kejahatan..
Aku boleh je nak ajar dalam 3-4 perkataan..

Tapi.. aku tau itu bukan jalan penyelesaiannya..
Perkara akan bertambah buruk..


Jumaat lepas...
Balik sekolah.. kemain mengaruk dia lagi nak tukar sekolah..
Aku bolayan.. dia mengaruk kat nenek pulak..

Nenek dia.. kepantangan tau cucu dia tak happy..
Aku just cakap relax dulu..
Jangan ikut sangat cakap dia..

Tapi neneknya kata..
Isnin dia akan uruskan pertukaran sekolah..
Aku pun pasrah jelah..
Nekad betul dia nak tukar sekolah ni..

Aku cakap gak dengan dia..
Ko lari sekolah pagi..
Budak tu ko akan jumpa juga sekolah petang..
Takkan sekolah petang nak tukar juga..

Takkan setiap kali kena ejek..
Kena buli.. bergaduh..
Tiap kali tu nak tukar sekolah..



Ahad malam dia tunjuk satu surat kat Papa..
Papa dia sain..
Surat kebenaran rombongan nak pergi Kidzania hujung bulan Jun..

Isnin aku hantar dia sekolah macam biasa..
Mak aku suh ambik borang pertukaran..
Sebabnya dia ada nak pergi PPD..

Aku tanya dia sekali lagi..
Nak tukar ke?

TUKAR LEPAS ROMBONGAN!!



-mami pening-
.
.
.


Tuesday, March 11, 2014

Suram... MH370




Wpun matahari bersinar kuat..
Bumi disimbahi cahaya terang smpi ke Maghrib..
Tapi suasana tetap diselubungi kesuraman..
Hati yang suram..

Sejak kapal terbang hilang..

Hati ni sayu je..
Nak-nak sekarang TV dah mula interview keluarga mangsa..
Tiap kali mak pasangan yang honeymoon tu menangis..
Aku pun ikut la menangis sekali..

Dah masuk hari ke-5..
Sikit clue pun takde lagi..
Clue yang direka-reka.. ditambah-tambah banyak..
Sampai mual nak baca..

Skang ni sibuk pulak dikaji perihal FA dan pembantu juruterbang..
Hal-hal peribadi dia pulak tu..
Hormat laa sikit keluarga dia..
Dahlah anak depa hilang..
Tak tau hidup ke tidak lagi..
Orang pulak seronok dok korek hal2 dia..
Publish kat internet..

Sebelum post atau share apa-apa..
Cuba tukar nama si polan tu..
Jadi nama sendiri..

ZALIA HEZLIN BERPOYA-POYA SEBELUM HILANG DITELAN AWAN!!

Suka?!! Bangga?!!!

Life is tough, but it's tougher when you're stupid
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/j/johnwayne109679.html#FF4CjkapGCC7VDo2.99
LIFE IS TOUGH.. BUT IT'S TOUGHER WHEN YOU'RE STUPID
.
.
.

Thursday, February 13, 2014

Dugaan...

Dulu.. dugaan selalunya datang tengah-tengah tahun..
Awal2 tahun ni selalunya happy je..
Kurang masalah muncul..

BUBLY BOO!!!!
Meloyakan..
(tetiba masuk Arianna Rose)

January ok lagi..
Masuk Feb.. lepas je birthday aku..
Satu-satu masalah muncul..

Memula aircond tora terbang rosak..
Nak baiki.. pomen tu pulak nak balik kampung..
5-6 hari laa aku bakal berkuap dalam suhu atas 35 darjah celcius..
Tiap kali benti kat traffic light.. cam nak pitam tau aku rasa..

Lepas tu masalah barang yg aku ngn rehan beli tu..
Akak tu memang gila kebal betul..
Mungkin esok aku terpaksa gak wat police report..
Dia main kasar.. kena laa aku main kasar gak..
Ikutkan aku tak suka nak niaya-niaya orang ni..
Tapi sayangnya.. kebaikkan aku dianiayai pulak..

Barang bernilai rm550.00..
Skang ni yang baru tiba di tangan aku...
RM60.00 sahaja..
Ada lagi RM490.00 untuk dituntut...

Aku pun tak tau apa masalah akak ni..
Kalau barang takde.. cakap takde..
Pulang je duit.. abih citer..

Tapi.. barang pun susah nak dapat..
Duit suh return pun payah jugak..

Nasib.. nasib....

Pastu tadi kereta aku rosak tengah jalan..
Plug point ngn plug cable rosak..
Nasib la.. dalam 5-6 kali mati enjin tu..
Sampai gak aku kedai pomen..
Jahanam la seratus ringgit..
Padahal duit tu aku dah lipat masuk buku ASB Hasya..

Takpe la...
Tabah dan usaha jelah..
Ada rezeki.. ada la...
Kalau dah tersurat duit dan barang tu bukan milik aku..
Apa nak buat..
Tapi.. takkan sekali2 aku halalkan duit tu..
.
.
.

Saturday, December 21, 2013

Jiwa Kacau : EDISI MEMBELI BARANG SEKOLAH


Sebelum ni hanya bila pakai baju je..
Nak t-shirt & jeans cam abang..
Skang ni..
Bila beli baju pun nak sama..

Semlm g baju sekolah..
Menjerit2 nak baju sekolah cam abang..
Nak kasut sekolah cam abang..
Nak beg cam abang..

Jerit.. jerit.. jerit..

PANG!! kena sekali..

Stress tau dak..

Yang nak beli bajunya.. lari sana sini..
Sampai nak try baju.. kasut pun susah..
Lain orang suh tengok..
Lain benda dia pi tengok..

Aku debik sekali baru patuh arahan..

Itu dalam ada Papa ikut..
Kalau tak ikut tak tau la..

Namun.. kesudahannya..
Papa pun ikut hilang..
Troli dah penuh barang..
Nak bayar Papa lak dah hilang..
Duit dalam purse aku ada dalam rm100..

So, aku tinggal troli tu.. keluar kejap pi cucuk duit..

Sekali aku balik semula..

TROLI DAH HILANG!!

Tanya guard @ pekerja situ..
Katanya ada orang dah pi kemas.. igtkan barang2 tu takde tuan..

OK.. CARUTAN MACAM-MACAM DAH KELUAR DARI MULUT AKU!!
(bukan laa depan orang tu pun..)

Aku minta gak guard myanmar tu dengan pekerja situ tolong carikan..
Jenuh la depa pusing2 cari..
Sampai dalam fitting room pun depa tengok kot ada..

Last2..

AKAK PERGI AMBIK SEKALI LAGI JELAH...

Ok.. mencarut lagi!!!

Papa depa mana?

Ada rehat2 kat kerusi dengan Pejabat Pos Tesco..

Nak mencarut ke tak nak?!!

:))
.
.
.

Wednesday, November 20, 2013

Semua STRESS!!



November mmg bulan stress kot..
Kalau kat FB tu..
Sana sini status stress..
MakcikRehan sorang je kot..
Buh status SWEET giler :)
Yang lain2 stress medang..

Ada yang stress pasal diet ke bulan bintang..
Aku stress tak?
Jawabnya tak..
Pasal?
Pasal aku tak diet..
So, mana datang stress :))

Ada yang stress pasal cuti sekolah..
Aku stress tak?
Jawabnya.. stress sikit..
Pasal?
Pasal aku hadap budak ni malam & sabtu ahad..
Kan aku kerja...

Ada yang stress pasal boss..
Aku stress tak?
Jawabnya tak..
Pasal?
Pasal kat opis serba kecik tu aku boss :))
Kah Kah Kah!!

Ada yang stress pasal kerja..
Aku stress tak?

OK JUMPA DAH PUNCA AKU STRESS!!

Kerja rupanya..

Apa impak PID pada komuniti?
Relevankan PID pada komuniti?
Bolehkah PID lestari?

PID = PUBLIC PHONE

Setujukah semua dengan persamaan ini..

Public phone semakin dilupakan di zaman serba canggih  ni..
PID pun dah sampai penghujung nyawa..
Lepas ni takde orang nak pakai PID..
Maklum laa semua dah di hujung jari smart phone..

Ye ke?

Tau tak..

Ada ramai orang datang PID..
Bertanyakan soalan..

BAGAIMANA NAK TOP UP HANDPHONE SAYA NI?

Tu yang canggih sangat konon!

Poodah!!
.
.
.

Monday, October 7, 2013

Nenek pun surrender...


Memang sengaja cari gambar dia yang cumel2..
Kalau Khaleef ni tak besar-besar..
Comel montel camni selama-lamanya kan bagus :)

Makin besar..
Makin menguji kesabaran..
Dah laa mami dia ni saka rimau dok stand by je nak muncul..


Tak tau la apsal dengan dia dua tiga bulan ni..
Lansung.. lansung.. lansung..
Tak mau buat kerja sekolah..

Kat buku latihan dia melambak2 cikgu tanda..
SIAPKAN.. SILA BUAT..

Ni cucu GB ni!!

Cucu gurubesar sekolah cluster..

Wat malu nenek dia je..


Stress laa tau dak!!

Nenek yang berpengalaman jadi cikgu hampir 40 tahun..
Pun naik histeria dibuat dek Khaleef..

Nenek dok pesan..
Jangan marah2 dia..
Nanti dia tension.. lagi dia buat perangai..

So, nenek ambik pendekatan psikologi laa sangat..
Pujuk dia baik2 suh buat keje sekolah..
Yang bertimbun2 sbb dia tak nak buat..

Heheheh..

Last2 ibu dia cerita..

Nenek menjerit2 hilang sabar dengan Khaleef..

Dah kata dah.. dia ni psiko2 semua mmg tak jalan..

Kalau nak psiko dia..
Heret masuk dalam kereta..
Start enjin.. bawak pi BALAI POLIS..

Tu baru betul SAKA RIMAU STYLE!!


Minggu ni peperiksaan akhir..
Dia laa murid paling confident sekali...
Anak2 orang lain tunggang langgang menelaah buku..
Dia tungging terbalik main PS2..
Boring PS.. layan internet pulak..
Game online bosan.. dia alih tengok tibi pulak...

KO TAK YAH SELAK-SELAK BUKU KE KHALEEF?

TAK PAYAH MAMI, KALEP DAH PANDAI!!

Ok!! tanda seruan!!!

Apa aku selaku mami nak balas.. bila anak dia kata DIA PANDAI!!

Takkan nak balas.. MANA ADA PANDAI!!

Lebih teruk.. kalau mami TERSEBUT benda bukan-bukan..
Cakap mak tukan doa..

Lebih baik aku lapangkan dada...

Ambik pendekatan... LANTAK KO LAH..



Papa dia ada juga bising-bising.. bebelkan dia...
Ugut nak rotan dia sebab takmo buat keje sekolah..
Tapi belakang2 aku cakap kat Papa dia..

SIMPAN JELAH TENAGA DAN SUARA TU..
CAKAP DENGAN KALEP...
UMPAMA CURAH KENCING KE DAUN KELADI..





Harap-harap.. bila umur dia makin meningkat..
Perangai pun akan berubah jadi lebih baik..


Arrrgghhhhh

AKU STRESS!!!!


Tuesday, September 17, 2013

Lemau akibat jangkitan..


Bukan kena jangkitan penyakit berjangkit la..
Tapi kena jangkitan penyakit malas update blog..

:)

Menular betul sakit ni skang..
Tgk kat blog list..
2-3 orang je yg masih komited hapdet blog..

Termasuk beautifulnara :))

Yang lain.. semua mandom semacam..

Aku pun rasa mendung je..
Kekadang sehari 3-4 kali klik Compose..
Pastu kekeringan idea..
Terus tak update..

Kalau ada bahan bakar baru..
Baru laa ada update..

Sebenarnya..
Ada 4-5 Korean Movie yg aku tak hapdet...

1- Miracle in Cell No.7
2- The Tower
3- Psychometry
4- Secretly Greatly

Tapi tu ler... malas nak review..
Padahal filem2 tu semua best sangat!!!

Hari tu aku citer pasal azam nak jimat cermatkan..
Harommm kot berjaya...
Melingkup lagi ada laa..

Anak2 aku berjaya hangkut menan sorang dua last week..
Khaleef dapat Bidaman nate menda ntah..
Hasya dapat jam zapp ada kumbang atasnya..
Lepas tu g TF.. dapat lagi sorang satu menan...

Pastu aku masih pergi kedai tanpa arah tujuan..

Satu benda je aku benar2 berjaya..

Last weekend.. Pasaraya Billion jual Dynamo RM18.90 sebotol 4.4 L.
Dan.. aku berjaya tak pergi hangkut bawa balik umah..

:)

Diet pulak tengah kelautan dalam skang ni...
Berpunca dari aku makan durian start Jumaat - Isnin..
Sedap nyer wei..
Aku lansung tak boleh nak berpada-pada..

So, PADAN MUKA!!

Pagi tadi aku timbang berat...
Naik 3kg ngkooooooo...

Terus tekad nak puasa 10 hari berturut2..

Namun...

MINGGU DEPAN JELAH MULA!!

-sekian-
.
.
.


Tuesday, September 3, 2013

Sabar dan terus sabar...


Dah lebih 12 hari tak bergaji...
Dah la lepas raya..
Hati ni berkecamuk je tau..

Minggu lepas dalam sangap2 tu...
Lepas jugak kumpul duit dvd rm210.00 untuk duit insuran..
Potong 2hb..

Ni esok.. kete pulak dah smpi masa..
rm600.00 mana nak cekau..
MIJ dah bagi green light..
Suh transfer je duit dia sebagai loan..

Tapi.. cam segan ler pulak aku ni..
Loan yang buat sebelum raya hari tu tak abih bayar lagi..
Kot ye pun laki sendiri..
Lain laa kalau dia sndr pi bayar rm600 tu kat bank..

Malas nak citer sapa yang salah..
Sapa yang betul dalam hal gaji tu..
Yang di sanun mmg sentiasa betul..
Aku yang kat banat ni mmg sentiasa salah..

Bhgn ni tuduh bhgn tu..
Bhgn tu kata tak tau apa-apa..
Bhgn ni kata dah anta..
Bhgn ni lak bgtau mana ada..

Takpe laa..

Hari korangkan..

Orang kalau tak kena mmg tak merasa..
Cam orang yg dah kena ni..
Dia takkan buat orang lain camni..
Cuba depa yang kena gaji postpone camni..
Tgk meroyan tahap mana..

Moody laaa wei!!!!!
.
.
.




Monday, September 2, 2013

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula 3 September


Aku call MIJ suh full tank kan kete dia..
Sebab aku pasti..
Dia dan pejabat pos memang tak tau apa-apa..

Dia sampai2 je..
Terus tanya..

"Kete mami dah full tank?"

"Tak.. mami malas nak pi petrol pump.."

Tu dia..

Balasan santai seorang pemakai tora terbang :)

Memang malas pun..
Kena pulak aku tak gaji lagi..
Tak dapat bonus lagi..
Tunggakkan pun tak nmpk bayang lagi..
Kenaikkan gaji ntah hade ntah hidak..
Ganjaran agaknya 10 tahun depan kang baru dapat..

Maka..

Aku skang dalam MODE PASRAH!!


.

.
.

Sunday, July 14, 2013

Elak makan ayam kalau harga naik

\

Suka ler hati si ayam..
Lepas ni semua orang akan beralih ke daging dan ikan..
Masalahnya daging, ikan, seafood harganya lagi mahal..





Patutnya suruh semua rakyat malaysia ni beralih kepada telur ayam..

APA MENU KO BUKA KANG?!!

Telur masak sweet sour..
Telur tempoyak petai..
Telur masak ungkep...
Telur masak kicap pedas...
Telur paprik..
Telur bakar mayonis..
Telur golek..
Telur masak halia...
Telur soploh rasa..

APA MENU RAYA NI MAK?!!

Rendang telur..
Gulai telur..
Lontong telur..
Serunding telur..

APAKAH MAKANAN KEGEMARAN KAK ZEL?

.
.
.
.

Sunday, June 2, 2013

Kalau dah jodoh...


Kalau pi khatam Forum Cari..
Edisi banjir kilat..
Ramai dok suarakan..
Tidak puas hati dengan pasangan mempelai ini..

Tak puas hati Izzue kahwin cepat sangat..
Tak puas hati sebab depa tak sama cantik sama padan..
Tak puas hati isteri Izzue jauh lebih tua dari dia..

Hellooooo...

Dah jodoh..

Biarlah dia tua melangut pun..
Kalau dah jodoh tentuan yang Maha Mengetahui..
Itulah jodoh dia tak boleh disangkal-sangkal lagi..

Teringat petikan ucapan kawan aku masa kat ATPN dan UPM..

Dr Azzah Isa

"KALAU CANTIK NAK SAMA HENSEM JE.. YANG BURUK PI LA PINDAH MASUK DUDUK HUTAN"

Hehehehe..

Motif entry ini?!!!!

Akak terasa sebab Kak Zel ngn MIJ pun bagai buah pinang SALAH KERAT!!

Lain motif?!!!

Akak JELES!!

OK BAI!
.
.
.

Monday, May 13, 2013

Jangan nak LANTAK!!!



Orang yang keje streamyx leh bagi jawapan yg meyakinkan tak..

Jangan jawab..

Pn surf local website laju.. website luar mmg lambat..
Apa je content2 local website di Malaysia ni?!!

Pn jangan download video..
Abih tu takkan aku nak download e-book pstu membaca smpi pitam!!

Pn cuba off & on balik modem..
WAK LU!!!

Pn cuba PING..
aku PANG kang!!!

DAN..

Jangan sesekali suh aku wat direct connection apa bagai..
Sebab streamyx lembab ni bukan kat rumah sahaja..
Kat pejabat pun.. kat umah mak aku jugak..

LAGI SATU..

Jangan cuba suh aku upgrade 1Mbps ke 2-4-8 Mbps..
Kalau bagi 8Mbps.. pastu bayar sama takpe jugak..
Adakah ini strategi TM nak suh upgrade?!

WHY?!!!!!!!

Bila internet slow..
Keje2 muat turun aku jadi pending.. bertimpa-timpa..
Menyebabkan dah 3 minggu aku tak off laptop..
3 minggu jugak modem ON tak pernah OFF..
3 minggu jugak kipas rumah aku asal aku g keje terpaksa ON..
Sebab nnt kang laptop dengan modem panas..

Bil tetap gak kena bayar RM110.00 sebulan tak masuk tax..
Bil letrik dari purata RM30.00 sebulan.. dan jadi RM45.00 sebulan..
Laptop aku tu jadi bertambah pendek laa jangka hayat dia..
Abih tu dah tak tutup-tutup..

Tuesday, March 5, 2013

Jiwa Kacau edisi SMS



Alaaaaaa....

Alaalalalalalalalallaaaaaaaaaa......

Takde angin.. takde ribut...

Tetiba je!!!

Huwaaaaaaa.....

Terus hilang mood aku nak makan Pizza lagi petang ni...

Tau laaa duit dia..
Suka dia laaa kan nak beli apa pun..
Aku pun beli apa ikut suka aku..

Tapi... tapi.. tapi...

Benda paling mahal aku beli..
Adalah Laptop rege RM2.6K..
Dan Galaxy Tab 10.1  rege RM1.5K...

Harley Davidson ek..
Bape rege dia ek?
Mana lagi mahal dengan Toyota Vios?

Uwaaaaaaa......

Aku telek2 kat mudah.my tadi..
Bodo2 2nd hand dengan paras rupa baru kuar gua pun..
Nak 60K ke atas..

Ni tempah kat Naza Bikes...
Mau 80K-100K...

Uwaaaaaaa.....

Aku tau laa kan laki aku ni penjimat yang hamat...
Kasut keje dia.. tapak dah licin licau pun..
Sanggup tak beli..
Suar keje poket dah berbulu-bulu pun..
Boleh pakai lagi dengan alasan.. belah dalam.. sapa nmpk..

So, mesti laaa dia nak usaha dia berjimat cermat tu berbaloi...

Huwaaaaaaaa.....

Yang lagi penting...

Berkubur laaa hasrat aku nak suh MIJ tukar..

Tora Terbang jadi Viva Forever !!!!

Huhuhuhuhuhuhuu :(
.
.
.

Wednesday, February 6, 2013

Jiwa Kacau - Edisi Happy Birthday To Me :)


:))

Mesti ada yg speku..
Gaduh ngn MIJ ke malam besday..

Tidak...

Aku ngn MIJ..
Kalau weekdays mmg baik sentiasa..
Masing2 buat hal sndr.. PENAT KEJE.!!!
Tak payah cakap banyak..
Tak payah sembang2 ke hape..
U.. you... I... ai...

Pasal malam tadi special sket..
Ada laa sembang 20-30 patah perkataan.. :)

Ayat pertama MIJ..

PAPA TAK DAPAT CUTI BESDAY MAMI, DAPAT CUTI JUMAAT..

Ayat pertama bini MIJ..

"Mami tak apply cuti pun sampai Raya Cina"

Ayat kedua MIJ..

MAMI NAK HADIAH APA?

Jawapan bini MIJ..

"Hari tu mami nak beg JURULATIH Papa tak nak beli.."

Ada sambungan ayat lagi... ayat jiwa kacau bini MIJ..

"RASA tak best laa nak masuk 34 tahun ni..
Bie tau tak..
Mami ni lansung takde pencapaian dalam hidup..
Kerja kontrak..
Kereta dok hadap laa tora terbang tu..
Rumah pun takde..
Perancangan masa depan pun takde.."

Tiba-tiba kuar ayat dari mulut MIJ yang menjadikan jiwa aku tambah kacau...

"Satu lagi... BADAN PUN TAK KURUS-KURUS.. "

HUWAAAA!!!!!!!

Takpe Bie...
Awak ready jelah RM300.00 dalam tangan..
Tetiba dalam jiwa kacau ni..
Mami dah terfikir apa hadiah diperlukan..

Esok awak tahu la apa benda :))
.
.
.

p/s : bersuara lagi... elok tak payah beli hadiah.. kan dah kena beli ;) -love u-

Tuesday, August 14, 2012

Rancangan perjalanan kami


Petang Sabtu... lepas MIJ balik keje..
Terus memulakan perjalanan balik ke kampung...
Balik kampung belah dia dulu untuk buka puasa..

Kota Malim Prima, Tg Malim - Kg Lambak, Tg Malim
Anggaran perjalanan 8.1km..
Anggaran masa 14 minit..
Melalui Jalan Proton City..
Ke Jalan Utama UPSI..
Masuk Jalan Ketoyong..
Ambik short cut kat sekolah Tamil..
Teruskan smpi ke Kg Lambak...

Selepas gitu gini gitu gini..
Malam yang sama..
Akan balik pulak ke umah Hajah Norlia...

Kg Lambak, Tg Malim - Kg Gumut Tambahan, Hulu Selangor
Ni jauh sket..
Merentas sempadan lagi..

Anggaran perjalanan 13km..
Anggaran masa 20  minit..
Melalui Jalan Besar..
Ada lalu tepi highway tapi tak masuk pun..
Sampai jambatan Sg Inki..
Kornar kiri  masuk Jalan Panglima Besar..
Itu kira sampai ler tuh...

Dijangkakan.. kami akan tempuh jammed jugak..
Pertamanya di simpang masuk sekolah Tamil Manikavasagam..
Pastu satu lagi traffic light kat Taman Bahtera..
Tapi selalunya musim2 perayaan ni..
Traffic light off..
Pandai-pandai ler nak melintas ke hape..

Lepas tu dri raya pertama sampai laa habis cuti..
Itu laa keje..
Kejap ke Kg Lambak.. kang ke Gumut Tambahan..

Perjalanan ini.. telah ditempoh..
Selama 5 tahun berturut-turut tanpa gagal..

 

Tak payah tag aku bab2 perangkap had laju ni..
Orang lain sedih tak dapat balik kampung..
Aku sedih sebab tetiap tahun rutin yang sama tak berubah-ubah..

Harap2 nanti bila Kalep dah besar..
Dia akan belajar kat Korea..
So, bila raya..

AKAK BALIK MANA TAHUN NI?

Oooo

AKAK BALIK KOREA SELATAN!!!!

:))


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN, PEMBACA LWC
AMPUN MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERKASAR TULIS..
TERKASAR WAT STATUS FB..
TERKASAR BAHASA BILA CHATTING...

peace!!
.
.
.

Friday, June 22, 2012

Semangat dah ke laut...


23/06/2012 - Sabtu

Bukan sebab berat aku naik 2kg..
Berat aku tak ke mana-mana pun..
Dok tara 120.7kg tu jugak..
Dah laaa.. malas nak fikir..
Seumur hidup orang dah tau aku gemuk..
Dari baby aku dah montel..
Apa ada hal?!!

Ni berkenaan keje tak seberapa aku ni...
Akhirnya.. saat ditunggu tiba juga...
2-3 minggu sudah..
Dimomokkan dengan harapan palsu bahawa kontrak akan sambung lagi 3 bulan..
Oklah tukan..
Sempat lagi menabung untuk ke Vietnam..
Sempat laa raya riang ria..

Tup-tup...
Lagi seminggu kontrak nak habis..
E-mel diterima.. bye-bye PID..

Wpun dah jangka.. dah bersedia..
Tapi mental aku terganggu jugak..
Fikirkan apa aku nak buat lepas tak keje..
Takkan dok umah jaga anak?!!
Menambah stress!!

Bukan aku tak suka jaga anak aku..
Tapi sebab dari Khaleef baby smpi laa Hasya..
Aku belum pernah lagi jaga depa seminggu tanpa henti..
Bagi laa aku masa sket kan..
Takkan laa mendadak nak kepit anak kat rumah..

Ikutkan aku takde Plan B ke.. Plan C ke...
Zero!!

Pasni bergantung harap kepada duit bahan bakar ler gamaknya..
Hat tu pun ikut musim..
Kalau kena bulan yang lansung takde drama baru..
Hazab jugak..

Takpe laaa...
Redho jelah..
Bukannya aku takde lakikan :)
.
.
.