Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 24, 2015

Musim keBENTOan


Untuk yang tak tahu menahu..
Mukolip Aisy dah pindah sekolah..
Dia dah tukar ke SK Kalumpang..
Sekolah lama aku dulu..
Lebih dekat dengan rumah nenek dia..

Hari pertama pergi sekolah..
Dia dah komplen..
Makanan kat kantin tak boleh masuk dengan selera dia..
Lagi katanya kena berebut-rebut nak beli..

Maka.. kena laaaa aku sediakan bekal..

Pastu mami yang bersemangat la konon ni..
Join ke Kelab Bento Malaysia kat FB nun..

Dahsyat wooo situ....


Mula-mula aku tak faham sangat konsep bento ni..
Cam rasa membazir pun ada..
Roti tu elok boleh makan semua..
Dah dikerat dengan mould jd bentuk love..
Habis tu keliling roti tu kan membazir..
Kecuali laa kalau mak nyer sediakan bento time dia pun tengah lapar..
Mungkin baki-baki bento tu terus masuk mulut mak..
Itu kalau aku ler :))

Lepas tu..
Rehat 20 minit..
Jalan ke kantin.. balik ke kelas... ambik 5-6 minit
Mak nyer pulak bekalkan roti.. sayur.. nasi... lauk.. sphagetti.. buah.. telur.. coklat..
Celah mana anak nak makan banyak-banyak tu...


Pastu nak kena berhias-hias bagai..
Dah macam nasi beradap pengantin pulak..

Lama-lama dok mengkaji..
Baru ler aku faham..
Bento ni mmg banyak makanannya..
Tapi portion kecik-kecik..

Berbalik kisah anak aku tadi..
Kalau dia dari rumah aku ke sekolah..
Memang bawa bekal..

Tapi bekal dia serupa abam bangla g keje kilang..
Nasi + lauk 1 jenis + air kotak..
Buh dalam polisterin je pun..
Sebabnya.. kalau bagi dia bekas..
Mmg aku akan sakit jiwa..
Sebab balik dari sekolah..
Dia akan cakap..

"TAK TAU LA KALEP TINGGAL KAT MANA..."


Minggu lepas2 pergi kedai Mr DIY..
Tetiba terbuka laaa hati nak beli mould bentuk2 cam gambar tu..
Aku beli bentuk bintang..

Semangat ni..


Maka Kalep dapat laa nasi bentuk bintang 2 cekup..
Ayam kicap dalam plastik..
Masih guna polisterin..
Suprise laa konon...


Lepas tu aku tanya dia..

SUKA TAK?

Jawapan anak syurga aku tu...
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MAMI INGAT KALEP NI PONDAN KE?!!!!!
.
.
.

*Terus semangat aku yang melebar jadi asam kecut!!

**Gambar cilok google semata-mata


3 comments:

murnie sangat said...

kalakar giler kak. saya pun masuk grup tu. tp nak buat tu humphh. akak bagi la kalep bekas plastik yang jernih tu. polisterin tu tak elok sangat kak hehe

merryfendy said...

hahahah.. berair mata aku Zel.. si mukolip tu boleh cakap mcm tu kat bento klass yang mami dia buat??

hahhahaha.. sorry gelak lagi..

cikbedahlaser said...

sedih.... kecewa mak nak...