Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, July 26, 2015

Divorce Lawyer In Love


Hero kegemaran aku.... :)
Suka dia lepas Marriage Not Dating..
Tak lama je lepas tu..
Ni drama baru dia..
Divorce Lawyer In Love..

Genre - Law Romantic Comedy

Memang banyak scene kelakar drama ni..
Sama banyak dengan scene romantik..


Hero & Heroin...

Hero ni asalnya bukan lawyer pun..
Dia hanya Office Manager di pejabat heroin..
Heroin yang lawyer..
Specialist dalam bidang PENCERAIAN...

Kadar kejayaan dia mmg tinggi..
Selalunya kes yang dia handle..
Akan menang.. akan dapat pampasan paling tinggi..
Dan apa-apa sahaja yang client dia mahukan..


Tapi kemenangan dia tu adalah dari illegal action..
Dia sanggup buat apa sahaja asal menang..
Termasuk mereka cipta bukti.. fraud.. dan pelbagai lagi..

Selain itu..
Staff dia mmg naik gila dibuatnya..
Dia tak kisah mendera staff2 dia kerja lebih masa..
Kerja sampai pengsan..
Termasuk laaaa hero yg masa tu kerja di pejabat heroin..


Kat office.. heroin ni dipanggil CHUCKY..

Kat 1st episode..
Ada satu kes penceraian high profile yang dia handle..
Wpun menang... malangnya dia misjudged kes ni..
Akibat terlalu percaya dan terlalu ingin menang..
Satu tragedi telah terjadi..
Tragedi tersebut menyebabkan kehilangan nyawa..
Selain itu, oleh kerana dia memanipulasi bukti..
Lesen peguam dia telah ditarik balik..


Heroin pulak salah sangka..
Dia sangkakan.. hero ni yang buat aduan berkenaan salah laku dia tu..
Sebabnya.. hero ni kawan baik dengan 2nd heroin..
2nd heroin peguam juga.. tapi dari Law Firm yang terkenal..

Oleh kerana terlalu bengang..
Dia telah memalukan hero...
Depan mak hero..

Oleh sebab itu.. hero berhenti kerja..
Dan dia sambung belajar dalam bidang law juga..

Dalam dia sambung belajar tu...
Dia mmg tak habis benci & dendam dengan heroin..
Dan berharap supaya mereka tak bertemu lagi..


Selepas 3 tahun..
Hero berjaya jadi peguam..
Dan dia ditawarkan bekerja dia sebuah law firm yang baru...

Kat sini depa bertemu semula..
Rupanya tuan punya law firm tersebut adalah senior heroin masa zaman kolej dia..
Hero tak boleh nak mengelak ler.. sebab dia dah sain kontrak..

Kalau dulu hero keje bawah heroin..
Kali ni terbalik pulak..

Masa depa dok benci membenci..
Balas membalas ni mmg best..
Hero masih igt hal lama..
Heroin pulak masih sangka hero yang menyebabkan lesen peguam dia digantung...


Tapi dalam2 tu..
Depa bekerjasama juga..
Law Firm ni pun mengkhususkan dalam bidang penceraian juga..
Dah tentu2 laaa heroin lebih banyak pengalaman...
Dan dia cuba nak ajar hero..
Lagi laaaa menghebatkan lagi permusuhan depa ni..

Tapi sebenarnya...
Ada satu hal mengenai heroin ni yang hero ni tak tahu..

Apa benda...

Korang kena tengok laaa drama ni..


Depa ni awal-awalnya...
Bukan terus jatuh cinta tau..
Heroin je perasan yang hero suka ke dia..
Padahal hero ni meluat kat dia tak habis lagi..

Pasal heroin salah sangka...
Dia pi couple dengan senior dia..
Tuan punya law firm tu..

Hero mula tu buat tak kisah je..
Tapi lama-lama dia cemburu pulak..

Aku pun tak igt apsal yang hero ni tetiba suka heroin..
Tapi masa tu depa tgh handle kes cerai pasal KISS..

Heroin dok kata kiss tu maknanya cinta..
Hero pulak kata kiss tu takde makna apa-apa..

Tup2.. hero kiss heroin!!


Masa ni dah cinta 3 segi laa pulak..
Hero nak heroin..
2nd hero pun nak juga..

Tapi yang bestnya..
2nd hero dalam drama ni tak jahat...
Begitu juga 2nd heroin..

Kadang2 aku rasa... biaq pi heroin dapat kat 2nd hero pun takpe..

Hat hero... BAGI KAT AKU!!!

:))




Ni 2nd heroin...
Dia ni sebenarnya duduk serumah dengan hero..
Tapi mak hero pun dok sekali situ..

Dia ni mmg dah cinta kat hero dari kecik..
Dia sanggup jual rumah untuk bagi hero sambung belajar..
Awalnya hero tak tau..
Lama lepas tu baru dia tau..

Mak hero mmg nak jodohkan hero dengan 2nd heroin ni..
Tapi tentulah hero tak mahu...
Mak hero memang tentang habis-habisan hero couple dengan heroin..



Tapi apa nak buat...
Dah nama pun drama korea..
Tentu2 jeee hero dapat kat heroin pun..

Romantic scene drama ni mmg terbaik...
Sweeeeeettt sangat-sangat..
Tak payah pun banyak2 peluk cium apa bagai..
Dengan perkataan je pun dah sangat romantik..

Maka..

Meh la beli ;)
.
.
.

Saturday, July 4, 2015

Resepi Tempoyak Sotong

Ada pulak yang PM tanya apa resepi masak tempoyak aku semlm..

Seperti biasa..
Aku selalu masak yg mudah2 je..

Cam tempoyak ni la..
10 minit je pun masak...

Bahan tumbuk = 3 biji bawang kecik + 10 biji cili padi + kunyit hidup 1 inci + garam 1 sudu makan

Panaskan kuali... letak air 1 cawan (kalau tak suka kuah boleh kurangkan)
Campak serai yang dah diketuk sebatang...
Pastu yang tumbuk tadi masukkan semua..

Tgu sampai mendidih sekejap..

Kemudian.. 3 sudu makan tempoyak manis (belum berapa masam)
Ni kira tempoyak baru buat laa..
Aku kurang gemor tempoyak masam..


Biar je mendidih sekali lagi..


Masukkan daun kunyit yang dah di siat..
+ 1 sudu teh gula pasir..

Kemudian....
Masukkan laaa sebarang binatang yang disukai..

Antaranya

Ikan talang masin
Sotong
Udang
Ikan kembong
Ikan tenggiri
Ayam

Ikan bilis aku tak pernah cuba pulak..
Pasalnya aku kurang gemor ikan bilis..


Dah siap!!!!

Ni kalau dapat colek dengan pucuk ubi & petai rebus...

WALLAWEI!!!!!!
.
.
.