Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, February 13, 2023

Oh My Boss - Nai Kha Ya Ma Oi



Aku tengok drama ni sebab nak membuang masa sementara terlayan drama korea ongoing kat Netflix
Seksa sungguh nak menunggu Sabtu
Jadi kalau terjebak ongoing ni, drama2 antara tu tak boleh berat-berat
Aku pilih drama thai ni sebab hero dia cam kacak je


Plot drama ni bermula bila heroin pergi celebrate sempena dia dapat kerja kat club
Kat situ la mulanya dia jumpa dengan hero
Tak berkenalan banyak mana pun sebab heroin mabuk


Adalah berlaku sikit salah faham masa 1st time jumpa tu
Hero ni masa jumpa ni macam dah suka heroin
Kena pulak heroin boleh cakap Jepun
Drama ni cam mix thai & jepun
Aku lak mati2 igt depa ni semua mmg pandai cakap Jepun
Rupanya hafal skrip je
Hebat-hebat....


Sebulan lepas tu kot baru heroin start kerja kat tempat baru
Rupanya hero yang dia jumpa dulu tu ialah boss @ ceo kat syarikat tu
So, bermula laa hubungan depa ni

Halangan?!!


Adalah sikit-sikit ringan
Masalah dengan kawan pejabat
Dengan client syarikat
Dengan share partner hero
Problem dengan family heroin
Semua nak jadi rencah cerita je


1st time Kak Zel tengok drama Luke Ishikawa ni berlakon
Tengok ke nama, memang dah Jepun
Latar belakang dia mix Jepun & America, membesar & belajar kat US
Rupanya tak tau pun cakap Jepun
Yang peliknya cakap Thailand fluent pulak

Tapi dia nilah hero pertama thailand yang aku rasa teruk benor mutu lakonannya
Memang menepati definisi Pelakon Kayu 😆
Serius aku jarang nak kondem orang hesmes-hesmes ni
Tapi yang ni mmg dia berlakon situasi apa pun
Rupa dia camtu laaa
Lontaran ayat pun kurang perasaaan



Nyambil-nyambil tido gak aku tengok drama ni
Paling tido masa episod last-last
Namun akhirnya tamat juga tengok sampai ke sudah
Jadi laaa buat cuci-cuci mata
.
.
.

No comments: