Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 18, 2023

Extraordinary Attorney Woo

 

Woo Young Woo, dia ni seorang peguam yang menghidap Autism (ASD)
Dia ni obses sangat dengan ikan paus
Autism dia nikan jenis yang tengok apa terus ingat semua
Cam baca buku tu, dia ingat terus dari kulit ke kulit

Camne boleh jadi peguam ni disebabkan ayah dia
Ayah dia seorang student guaman 
Tapi disebabkan satu insiden dengan mak kandung WYW ni, dia tak jadi peguam
WYW ni dia jaga tanpa mak disisi

Asalnya susah juga dia ni nak dapat kerja sebab masalah autism dia tu
Wpun dia pelajar paling cemerlang di universiti
Nasib baik, ayah dia ada kenalan kat satu firma guaman terkenal iaitu Hanbada


 

Mula tu rakan sekerja dia ramai yg skeptikal tentang WYW ni
Depa rasa dia tak boleh jadi peguam yang bagus
Tapi dia memang seorang yang hebat
Dia punya daya menyelesaikan kes tu lain dari yang lain

Drama ni kalau dah tertengok 1st episode
InsyaAllah laa terus sangkut nak tonton sampai habis



Ada hero drama ni
Watak dia ni memainkan peranan besar dalam handle masalah autism WYW
Wpun susah dia nak jadikan WYW tu luahkan cinta kat dia
Sudahnya depa couple juga
Tapi biasa hidup di alam couple ni ada pasang surut
Nak2 bila sorang normal, sorang pulak istimewa



Selain depa berdua ni, watak2 lain juga best
Ada orang jahat juga
Tapi bukan main rebut2 cinta
Cuma watak jahat ni tak puas hati dengan WYW yang lebih menyerlah dalam Hanbada
Nak pulak mak WYW ni seseorang juga dalam bidang guaman


Drama ni wpun takdelah berat sangat
Tapi banyak pengetahuan nak2 pasal Autism dan pasal perundangan
Macam drama Good Doctor juga
Sebenarnya depa ni ada je perasaan nak bercinta tu
Cuma pasangan dan orang lain perlu faham keadaan dan situasi depa
Sebab orang Autism ni kebiasaannya depa ada dunia tersendiri
Cam WYW ni dia sangat2 taksub dengan ikan paus

Secara keseluruhannya drama ni best banget!!
.
.
.


No comments: