Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, December 12, 2013

The Inheritors / The Heirs

Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat Lee Min Ho serata alam..
Kat Korea baru main 3-4 episod..
Dah ada yang tanya bila nak release drama ni..
Punya tak nyabor-nyabor nak tengok..

Atas desakan korang2 juga..
Review ini ditulis sebelum master siap :)
Episod last baru 0.8% downloaded..


Tengok tajuk pun dah boleh agak..
Ni mesti genre orang kaya jatuh cinta dengan orang semekin...

Tak kisah laa tu..

Janji ada Lee Min Ho.. Kim Woo Bin.. Kang Min Hyuk..
Dan paling penting hero kesayangan aku..
Choi Jin Hyuk... wpun dia bukan watak utama..


Cam tembam sket Lee Min Ho dalam The Heirs ni..
Ok lah tu.. dari kempeng cam dalam BOF..
Berisi ni lebih comel!!

Scene ni kat California..
Dia dari kecik dah dihantar belajar di US..
Kat sana duduk sorang tapi penuh kemewahan..

Dia ni sebenarnya adalah anak perempuan simpanan Pengerusi Jaeguk Group..
Namun, ayah dia telah iktiraf kedudukan dia dengan memasukkan nama dia dalam family registry..
Ini menyebabkan abang dan isteri Pengerusi benci sangat dengan dia..

Ayah dia mmg ada plan nak bagi saham Jaeguk Group sama rata dgn abang dia..
Tapi abang dia cari pelbagai cara untuk kaut saham tersebut..
Abang & mak tiri dia mmg benci dengan hero ni..

Sayangnya..

Abang dia tu laaa hero kesayangan aku :(


Dia ni ikutkan tak kisah pun bab-bab harta ni..
Tapi mak dia kisah sangat..
Ayah dia pulak dah rancang..
Pada hari lahir hero yang ke-18...
Dia akan bagi separuh saham Jaeguk Group..


Satu hari..
Masa dia kat California..
Dia ternampak heroin..
Masa tu heroin tengah bergaduh dengan kakak dia..
Heroin ni datang US nak cari kakak dia yang konon2nya studi kat US..
Tapi sebenarnya kakak dia dah lama benti belajar..

Kakak dia lari dan hilangkan diri lepas rampas duit yg mak depa kirim..
Lepas tu ada laa insiden yang berlaku pada heroin..
Mestilah hero muncul untuk bantu..
Kalau tidak.. tak payah laa jadi hero :)

Itulah kali pertama depa jumpa..
Tak lama lepas tu dia pun jatuh cinta pada heroin..

Bila heroin dah balik ke Seoul..
Hero jadi bosan tinggal kat California..
Maka dia pun balik jugak ke Korea..
Dan masuk satu sekolah dengan heroin..

Sekolah tu mmg untuk anak2 orang kaya..
Heroin dapat masuk sekolah tu dengan biasiswa kebajikan..


Tapi.. sebenarnya.. hero dah ada tunang..
Yang gambar atas ni laaa tunang dia..
Ni semua hal2 penjodohan atas sebab bisnes..
Tunang hero ada anak kepada pemilik RS International (clothing company)..

Dia ni perangai tak berapa elok..
Angin sepanjang masa..


Ni 2nd hero..
Aku dengar citer..
Ramai pulak yang fall in love dengan 2nd hero ni..

Dia ni pulak adalah anak pemilik rangkaian hotel Zeus..
Dah nama pun 2nd hero..
Confirm punya dia pun mesti suka pada heroin..

Dia ni pun jenis memberontak jugak..
Yang nak jadi bestnya..
Ayah dia.. nak kahwin dengan mak tunang hero..
So, depa akan jadi adik beradik tiri..


Dalam drama ni..
Heroin ni je anak orang miskin..
Yang lain-lain semua bakal pewaris-pewaris konglomerat utama di Korea..

Itu laa yang menjadi inti pati drama ni..
Nak jadi lebih malang lagi..
Heroin adalah anak orang gaji di rumah hero..

Sebenarnya dia memang tinggal di rumah family hero..
Mak dia mmg maid sepenuh masa untuk mak hero..
Tapi depa tak pernah jumpa..
Pasal hero ni dia belajar kat US..

Mak hero bila tau anak dia suka anak orang gaji..
Memang dia tentang habis-habisan..


Ini bukan pakwe heroin..
Dia hanya kawan baik heroin..
Ini pun bukan pewaris..
Dia anak kepada Jaeguk Group Company Secretary..
Depa memang dah kawan baik sejak dari kecik..

Kalau kat dunia luar ni..
Dia ni drummer CN Blue...


Drama ni mmg banyak pelakon..
Tapi takpe..
Semua pun kemain hensem-hensem lagi..

Lebih kurang kata..
Semua pewaris-pewaris (the heirs) kat Korea nun..
Dok satu sekolah semuanya..
Mirip sangat dengan Boys Over Flower khennn...



Di atas adalah carta hubungan dalam drama ni..
Berbelit-belit hokay..
Cam biasa..
Hero dengan heroin mesti laa menjadi rebutan ramai..




Ni main cast drama ni..
Atas kiri.. dia pewaris firma guaman.. kawan baik Gim Tan (hero)..
Sebelah dia.. half brother Gim Tan..
Lepas tu kawan baik heroin..
Kanan sekali.. tunang hero merangkap adik tiri 2nd hero..

Barisan kedua..
Kiri sekali adalah makwe kepada kawan baik heroin..
Dia juga adalah bekas makwe Gim Tan..
Pastu Gim Tan (hero)..
Pastu Eun Sang (heroin)..
Pastu Yeung Do (2nd hero)..

Yang barisan bawah sekali..
Takde laa penting-penting sangat..
Tapi yang last sekali belah kanan..
Itu mak Gim Tan..


Secara keseluruhannya..
Aku suka gak la The Heirs ni..
Walaupun jalan citer boleh agak..
Tapi sebab pelakon2 nyer hebat2..
Maka drama ini juga jadi hebat..

Ini adalah collector item..
Peminat KDrama.. wajib ada drama ni :)

So.. apa tunggu lagi?!!
.
.
.

3 comments:

Mrs Nazar said...

ada la jugak gi tgk behind the scene cerita "the Heirs" mcm dah tertarik jew...

gaji time yer kak zel..cam biasa pick up kt tg malim terus..

I booked satu yer...nak layan katham ngan kakak2 kat kg....marathon!!!

mummy_ayu said...

yes!! Ayu pun dah booking 1...dah layan kat tv & online sampai episod 15 but...memang harus ada nie..so..laju jer booking..best!!
and...yes jugak. Ayu pun suka nga 2nd hero tu.Young Do...sian dia.

Unknown said...

camne nak beli ye..awak ada jual dvd ni ke..contact saya 0123278067 faezah..1st time bc blog awak tq