Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, December 4, 2013

7 PETUA MEREDAKAN DEMAM


NAK LETAK NI KAT BLOG AKU SUPAYA SENANG NAK RUJUK KEMUDIAN HARI...

Petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak.

Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!

Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.

Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.


7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.
Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.

Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).
 .
.
.

No comments: