Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, December 15, 2013

Pelaris...

Tak pernah aku wat entry berbaur mistik..
Ini kali pertama..

Peringatan..
Jangan tanya aku kat mana letaknya kedai ni..
Apa yang aku boleh bagitau..
Lokasinya adalah di antara Rawang ke Tanjong Malim..


Kisahnya begini..
Selasa lepas.. aku ke KL atas urusan keusahawanan..
Jumpa member-member sesawan..
Saja gather2 di tengah bulan..

Balik tu..
Agak pecut gak.. sbb time aku nak meninggalkan kotaraya..
Hujan dah mula renyai-renyai..
Jam dah dekat nak cecah pukul 5.00 petang..
So, aku harus bergegas kalau tak nak sangkut jem..

Perut pulak mmg lapar pasal tak sempat lunch..
Setakat makan roti dengan coklat je dalam kereta..

So, aku berhenti laa kat satu kedai makan ni..
Ini bukan kali pertama aku makan kat situ..
Banyak kali dah..
Dari zaman aku bercinta dengan MIJ dulu..

Last aku makan situ..
Dalam 6-7 bulan sudah..
Masa tu pergi dengan mak aku..
Time cakap nak singgah tu..
Mak aku cam berat hati..
Dia ajak aku pergi kedai lain..
Tapi aku takmo..

Pasal aku suka sangat kedai tu..
Depa masak cepat yang amat..
Order 4-5 lauk pun..
Paling lama kena tunggu 10 minit..

On the way balik lepas makan..
Mak aku pun cerita..
Dah 2 kali dia dengar orang cakap..
Kedai tu pakai pelaris..

Ada sekali tu.. ustaz yg nampak..
Time dia sekeluarga tengah makan..
Kat meja sebelah..
Ada makhluk kecik macam toyol..
Tengah duduk atas meja makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan..

Lepas tu ada kawan mak aku yang lain pulak..
Citer benda yang sama..


Tapi aku ni jenis susah nak percaya benda-benda camni..
So, Selasa lepas..
Aku singgah juga situ nak makan dengan Khaleef..

Walaupun feeling Americano je..
Terselinap juga rasa seram tu..
Dari mula sampai kedai.. sampai duduk.. sampai order..
Order pun sampai.. makan.. minum..
Aku tak lepas2 baca Ayat Kursi..
Dengan harapan takde laa benda bukan2 tumpang makan sekali..

Ajaibnya..

Hari tu tetiba aku rasa tomyam kedai tu lansung tak sedap..
Sotong rasa hanyir.. udang rasa busuk.. ayam rasa peti ais..

Last2 aku makan nasi dengan telur dadar je..
Kalep makan dengan ayam goreng kunyit..

Lapar punya pasal..
Habis gak kami 2 beranak makan..

Lepas tu aku terus bayar..
Elok aku dapat duit baki..
Tetiba tekak rasa loya..
Cam rasa nak termuntah kat depan kaunter tu juga..


Cepat-cepat aku tolak Kalep masuk kereta..
Start kete dan belah cepat2..
Tak sampai 100 meter pun kete bergerak..
Terpaksa benti tepi jalan..
Pasalnya semua yang aku makan tadi dah smpi rengkong..

Habis semua keluar balik..
Sampai perit rasa perut..

Sama ada kebetulan atau memang ada benda tak elok..
Aku pun tak boleh nak pastikan..
Tapi betul2.. aku rasa tak sedap perut makan kat situ..

Sebelum2 tu ok je..

Tapi bila teringat balik apa yang mak aku cerita..
Aku jadi yakin yang kedai tu sangat sesuatu..
Selama hampir 10 tahun menjadi pelanggan kedai tu..
Selalunya tomyam dia smpi aku boleh jilat mangkuk punya sedap..
Hari yang aku masuk sambil baca Ayat Kursi..
Boleh rasa cam makan air longkang..

Tapi area tu persaingan mmg kuat..
So, aku tak pelik laa kalau terpaksa pakai pelaris apa bagai..
.
.
.

7 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Huhu.sadisnya kan,selama ni dah mendarah daging makanan depa. Thanks kak zel..saya pun nak baca ayat kursi jugak bila masuk kedai makan

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Kat mana kedai nie?

FARAH deeb said...

Cer cite kedai mana dan kat ne secara details so that takde la yang akan terkena ;) Jemput baca! D.A: Menu Lunch/ Dinner 5

makcik rehan KJB said...

Aku tawuuuuuuuuuu kedai ittewwww

I want to lose weight said...

:)) tau sengap2 sudah..

kang kita kena SAMAN

widad nasrudin said...

anak sya ada six sense ttg kedai mkn terutama kedai mknan siam. klau ajak masuk kedai mcm tu, kena tunggu ok dri dia dlu. klau dia kata jom msuk, bru kitorang msuk. klau dia ckp tak mo, kitorang cepat2 calo dri situ.ada stu hri tu, sya paksa dia msuk jg wlaupun tk mo. akhirnya sepanjang masa mkn dia tk nk pndang dlm kedai dn bila kuor je kedai, terus wekkkkk...semua yg dia mkn kuor time tu gak. bila tanya apa ada dlm kedai, dia tk nk ckp. dia bru 9 thn.

I want to lose weight said...

bagus gak camtu kan..
so, takde la kita termakan benda-benda kotor