Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, December 10, 2013

Suspicious Housekeeper


Citer ni siap minggu lepas..
Tapi minggu ni baru ada masa nak review..

Mula2.. sebelum tengok..
Aku ingat ni drama penyiasatan..
Atau drama pembunuhan..

Tapi sebenarnya..
Genre family @ mysterious..


Drama ni bermula dengan kematian seorang ibu dan isteri..
Meninggalkan suami dengan empat orang anak..
Kematian tiba-tiba mendatangkan tanda tanya semua orang..
Anak-anak dia pulak..
Masing-masing ada peel sendiri..
Ayah depa pula tak berapa rapat dengan anak2 dia..
Pasalnya budak2 ni sebelum ni tinggal di Filipina dengan mak dia..
Kira cam baru jelah balik ke Seoul..

Disebabkan terlalu sukar untuk menguruskan anak2..
Ayahnya suruh agensi carikan pembantu rumah..


Time ni laa housekeeper ni muncul..
Dia berperawakkan pelik..
Tak pernah senyum..
Baju dia sama je hari-hari..
Tapi wat keje tip top..
Dan dia akan menurut semua arahan majikan..
Walaupun disuruh membunuh!!


Krisis melanda family ni..
Bila tiba-tiba..
Anak-anak dia tahu..
Yang mak dia bukan mati sebab kemalangan..
Tapi mak depa bunuh diri..
Bila dapat tahu yang ayah depa ada hubungan sulit dengan rakan sepejabat..

Bermula dari nilah.. cam2 hal jadi..
Family depa jadi kacau bilau..
Anak2 dendam dan marahkan ayah depa..
Tambah buruk bila family mak dia dapat tau..


Dalam-dalam pada tu..
Kemisterian housekeeper tu pun terbongkar gak sikit demi sikit..
Ada sebabnya kenapa dia jadi macam tu..
Dia pun ada sejarah perit sebelum ini..

Kalau nak tau..
Kena laa menonton sendiri..


Aku suka drama ni..
Sebab lari sket dari klise biasa drama Korea..
Cam The Heiress yang ditunggu-tunggu tu..
Dah pasti je cinta orang kaya sama orang semekin..

Drama Suspicious Housekeeper ni berwarna-warni jalan ceritanya..
Nak2 bebudak tu semua comel2..



.
.
.

1 comment:

mummy_ayu said...

cita nie pun Ayu layan kat Astro..lagi 4 episod...best gak ta[pi best lagi the heirs la kan..
cita nie ..cedih, Ayu ..banyak kali gak la hujan sbb budak perempuan tecik tu...