Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, April 9, 2015

Pinocchio

Bercintanya nak review drama Korea skang ni..
Sebenarnya banyak dah drama yang available..
Tapi aku tak review...
Boleh kata up to date smpi ler ke Hyde, Jekyll and Me

So, sapa2 yang nak drama yg latest..
Boleh whatsapp je aku tanya okay..


Pinocchio ni lama dah habis..
Aku baru je habis tengok minggu lepas..
Dramanya okay.. best laa jugak..
Aku suka..

Bila part happy.. seronok jer..
Bila part sedih.. meleleh air hidung woi!!!


Ni ler hero ngn heroin..
Aku mmg suka hero ni..
Dia ni berlakon apa pun menjadi saja..

Hero ni asalnya mempunyai kehidupan yang bahagia dengan family dia..
Dia dan abangnya sama-sama cerdik pandai..
Ayah depa seorang Chief bomba..

Sampai laaa satu hari..
Ada insiden yang menimpa..
Ayah mereka dituduh sebagai penyebab kematian banyak nyawa..
Nak jadi berita hangat...
Ayah depa dituduh menghilangkan diri..

Yang paling menyakitkan hati..
Wartawan-wartawan yang memanipulasi kenyataan dari keluarga mereka..
Akibat tidak tahan tekanan..
Mak mereka bunuh diri bersama hero..
Tapi hero terselamat..
Namun.. dia menghilangkan diri sehingga berbelas tahun lamanya..


Dalam masa dia hilangkan diri tu..
Sebenarnya dia tinggal bersama keluarga heroin..
Tapi masa tu dia jadi pakcik angkat kepada heroin..
Kerana atuk heroin telah mendaftarkan hero sebagai anak dia..

Yang jadi tajuk PINOCCHIO ni..
Adalah kerana heroin ada mengidap sindrom Pinocchio ni..
Maknanya heroin tidak boleh bercakap bohong dan tidak bercakap benar..
Bila dia berbohong.. dia akan SEDU..
Itu yg dipanggil Pinocchio..

Wpun dia ada masalah Pinocchio..
Cita-cita heroin adalah mahu menjadi wartawan TV..
Sama seperti mak dia..



Mak heroin ni..
Adalah penyebab utama mak hero bunuh diri..
Abang hero sangat dendam dengan mak heroin ni..

Bila heroin dan hero dah habis belajar..
Depa sama-sama apply jadi wartawan..
Depa berjaya jadi wartawan..
Tapi bukan dalam stesen TV yang sama..

Perangai mak heroin ni sebenarnya masih belum berubah..
Akhirnya cite lama dia tu terbongkar juga pada anak dia..


Yang heroin ni pulak rasa bersalah sangat pada hero..
Padahal masa tahu tu.. depa ni dah couple..
Atas sebab rasa bersalah dan dendam..
Mereka putus cinta..



Tapi bab putus cinta tu.. takde sedih pun..
Citer abang & adik ni yang sedih bebenor..

Kan hero ada abang yang terpisah..
Rupanya abang dia lagi jadi pendendam berbanding dengan hero..
Sampaikan dia dah bunuh beberapa orang yang terlibat dalam kes ayah dia..
Target dia yang terakhir adalah mak heroin..

Tapi.. nasib baik hero dapat tahu hal abang dia tu..
Jadi dia nasihatkan abangnya supaya berhenti dan serah diri..
Ni ler antara part-part yang meleleh ayaq hidung!!
Sedih wei!!!


Ni pun sedih laa juga..
Cinta dan rasa bersalah bergabung..
Yang hero pulak.. cinta dan dendam..
Dia masih dendam pada mak heroin..

So, nak tahu apa sudahnya drama ni..
Kena laa tengok sendiri..
Memang best..
Koleksi wajib ada untuk peminat drama korea...
.
.
.

2 comments:

AYuNG said...

suka layan pinochio nih sbb ada lee jung suk & park shin hye...

hehe

=)

cit aynag baru nih xlayan sbb xkenal pelakon...

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)