Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, April 26, 2012

Fasha Sandha dah nak kahwin...



Pakai tudung pulak dia masa berinai ni..
Ke dia dah bertudung aku tak tau?
Ke sebelum berinai ni ada majlis dia kena bertudung?
Tak kisah laaa tu.. benda baik..
Bukannya dia buat benda jahat..

Akhirnya dapat jugak dia kahwin dengan Jejai..
Aku ni.. wpun tak bape suka Fasha Sandha ni..
Tapi citer dia semua aku ikut..
Dah tu drama dia leh kata semua aku tengok..

Ni suka ke tak suka?!!!

Heeheheh suka dalam tidak kesukaan :)



Penuh  dugaan gak dia nak dapat kahwin Jejai ni..
Orang mengutuk dia tak yah cakap la..
Berkondi-kondi..

Bape kali clash.. bape kali sambung balik..
Bape kali lak Fasha hampir2 nak kahwin dengan orang lain..

Namun, kalau dah jodoh tu tak kemana..

Akhirnya kahwin juga depa ni..

Tak payah bersangka buruk..
Atau meramalkan bape lama perkahwinan depa ni boleh bertahan..
Doakan jelah, semoga kekal hingga ke syurga :)
.
.
.

Geram ker?!!!


Ada orang tanya..
Apsal hapdet citer Korea je Kak Zel?
Anak2 tak buat apa-apa ke?
Kalep takkan takde hal dia buat?

Wah.. sungguh mengambil berat ye korang :)

Tq-tq..

Sebenarnya.. akak korang ni stress noks...
Terdapat sms-sms yang mengganggu fikiran, hati, emosi, fizikal semua terdera..
Tadi nak release sket.. aku siap dera MR suh baca sama-sama..

Setiap pagi..
Mood hakak hilang disebabkan perkara-perkara begini..
Smpi opis.. terus tkde idea nak hapdet apa..

Akak tahu gangguan ni akan berterusan..
Selagi tak mendapat laaaaa...

Jangan speku boyfren lama sms balik!!!

Boyfren lama klu tengok hakak skang ni..
Dia terus buat sujud syukur tau sbb takde jodoh :))

Berbalik kepada gambar di atas..
Si kenit tu tengah main Fruit Ninja..
Dia tak belah buah-buahan..
Tapi dia tunggu bomb..

Rupa-rupanya..
Kalau asyik bagi kebabooomm..
Dapat 50 markah bonus tau :)


Wednesday, April 25, 2012

History of the Salaryman

 

Ni drama berat sikit..
Mula-mula dulu tak mau download..
Sekali ramai lak kata drama ni best..
Drama ni ada tayang kat astro byond..

Awalnya drama ni cam ada prolog..
Hero masuk dalam sebuah rumah ni..
Tiba-tiba dia nampak ada seseorang mati atas kerusi..
Dan jumpa seorang perempuan menyorok belakang langsir..
Dia pun laporkan la kejadian tersebut..
Masa pengebumian si mati..
Tiba2 polis datang tangkap hero dan perempuan tu atas tuduhan membunuh..

Tapi, jangan salah sangka..
Ini bukan drama citer pembunuhan :)

 

Baru laa drama ni bermula 3 BULAN SEBELUM KEJADIAN...

Perkenalkan dulu pelakon-pelakon drama ni..
Yoo Bang, Yeo Chi dan Hang Woo.
Pompuan hujung sekali tu aku dah lupa sapa :)















Yeo Chi adalah cucu kepada presiden syarikat ChunHa Group..
Atuk heroin nak dia take over kompeni tu sbb dia tak percaya kepada anak kandung dia sendiri..
Namun, cucu dia tak minat lansung pasal bisnes-bisnes ni..



Ni 2nd hero.. dia kerja dengan syarikat pesaing Chunha iaitu Jangcho Company..
Bila Jangcho dapat tau yang Chunha nak buat ubat baru..
Depa suh 2nd hero ni masuk kompeni tu..
Jadi volunteer utk test ubat baru tu cam Trial Drug Test..
Kira cam perisik untuk curi maklumat..



Hero ni pulak.. dia kerja part time kat saloon..
Satu hari, dia terserempak dengan anak Presiden Chunha dan merayu utk dapat kerja di Chunha Group...
Anak presiden setuju untuk tolong dia..
Tapi dia kena masuk jadi volunteer untuk trial drug test dan curi maklumat ubat tersebut untuk diberikan kepada dia.
Arahannya senang je.. lepas makan ubat baru tu..
Pergi tandas cari chewing gum, pastu chew je gum tersebut.



Kat lab tu cam-cam benda la jadi..
Hero tak berjaya pun curi ubat tu..
Sebab dia kantoi masa makan chewing gum..
Test tu pun dibatalkan..

Lepas ujian tu kantoi..
Dia call laaa anak presiden Chunha tu..
Pastu dia tunggu kat coffee house..
Masa ni laa dia jumpa dengan heroin..

Time dia jumpa dengan heroin ni lawak gak..
Dia jumpa satu benang merah ni celah kerusi..
Dia tak tau benang tu dari baju heroin..
Dia pun naik syok pintal benang merah tak habih2..
Sekali bila heroin bangun..
Hambek.. skirt dia tinggal seco'et je lagi :))

Ok, citer panjang pun tak syiok laa..
Nanti bila tengok jadi tak best..
Nak tengok gak..
Cam biasa laa..

;0








Monday, April 23, 2012

Surat Mohon Cuti


Dia menggigih yang aku tak tahan tu..
.
.

Shut Up - Flower Boy Band

 

Satu lagi drama muda belia..
Yang dipenuhi jejaka-jejaka lazat berkrim..
Seorang heroin yang so-so je..
Tapi menjadi rebutan ramai :)

Drama ni berkisarkan sebuah high school band..
Yang dikenali sebagai Eye Purification (EP)..
Ni kira pasal friendship, love and passion..


Band EP ni asalnya 6 orang..
Ada cameo Lee Min Ki weih!!!
Sapa Lee Min Ki?
Dia ni hero citer Dalja's Spring yang gile punya cute..


Depa ni sekolah di Dong Nae High School..
Disebabkan sekolah terpaksa ditutup..
Mereka perlu pindah ke sekolah lain..
Mula-mula depa cadang nak benti sekolah je terus..
Jadi pemuzik sepenuh masa..

Tapi akhirnya, mereka ambil keputusan untuk sambung sekolah..
Dan mereka akan dipindahkan ke Jung-Sang High School..
Sekolah ni pulak adalah sekolah untuk anak2 orang kaya..
Beza dengan mereka yang dari Dong Nae, kebanyakkannya dari keluarga biasa..


Awek yg jadi heroin ni dari sekolah Jung Sang..
Ikutkan dia dah jumpa dengan EP ni kat mall..
Dia ni asalnya anak orang kaya..
Tapi ayah dia bangkrap sampaikan dia kena pindah rumah..
Sekali pindah dekat pulak dengan rumah Kwon Ji Huk..
Iaitu lead vocal dan leader Eye Purification..

Heroin ni pulak diminati oleh leader band Strawberry Fields..
Iaitu band dari sekolah Jung Sang High School..
Ni kira rival dengan Eye Purification..

Gambar atas adalah Eye Purification..
Gambar bawah adalah Strawberry Field..
Yang tengah tulah yang nak berebut heroin dengan hero..

Permusuhan depa lagi menjadi-jadi bila EP masuk Jung Sang High School..



Jambu-jambu weih!!!
Ni yang paling digemari oleh akak..

Soundtrack drama ni adalah TERBAIK!!
Mengingatkan kembali kegemilangan OST You're Beautiful

So, apa tunggu lagi?!!!!

.
.




Hasya cek darah..


Muka kerek cam tak sakit jer...
Padahal masa ambik darah tu, siap bungkus cam mumia..
Jerit dia tak payah citer la kan...

Lepas pada ambik darah tu..
Tak sudah2 suh tiup tangan dia..
La ni kalau sakit tang mana pun..
Cecepat tunjuk tempat sakit tu..
Suh tiup konon2 bagi cepat baik...

Result darah Hasya dapat time tu jugak..
Bacaan sel darah putih tinggi.. 10 ribu lebih..
Tapi nasib baik bukan denggi..
Hanya jangkitan kuman..

Dapat 2 jenis ubat je..
Menurut MA.. kalau demam biasa tak payah bagi antibiotik..
Nak2 kalau pergi klinik swasta..
Antibiotik sesaja..

Apsal tak boleh?

Sila google ye :)

Disebabkan Hasya demam berkuman..
Dapat gak ler antibiotik..
Aduyai.. susah gila nak bagi..
Nak2 esok2 nyer antibiotik tu dah mula memekat..

Abih je antibiotik.. Hasya pun sihat :)

Last2 ubat klinik gomen gak yang berkesan..
Padahal ubat yg klinik swasta bagi tu tinggi dos paracetamol..
250mg.. yg klinik gomen bagi 125mg je..

Alhamdulillah.. Hasya sudah sihat..
Mami pun lega sama :)
3 minggu wei demam on dan off..
.
.
.

Sunday, April 22, 2012

Winter Sonata

 


Ni drama wajib ada untuk setiap peminat drama Korea..
Drama ni laaa yang memperkenalkan citer Korea pada org Malaysia..

Drama sedih.. genre melodrama..
Perjalanan citer agak slow..
Namun, meruntun jiwa dan raga..


Ni laa Kim Hyun Joong version tua :)
Hero paling pemes dulu.. Bae Yong Joon..
Dalam Winter Sonata ni dia hero..

Kisahnya, dia ni pindah ke satu kawasan pendalaman..
Nak cari ayah kandung dia..
Kat situ dia masuklah sekolah sana..
Pada awalnya.. dia ni cam murid bermasalah laa..
Takmo campur orang.. penyenyap...

Sampai laa.. dia tiba2 tersuka pada heroin..
Nasib memang baik..
Heroin pun suka gak pada dia..


Ni heroin.. Yoo Jin..
Mula-mula dia takmo pun hero..
Dia anggap hero hanya sebagai abang sahaja..
Sampai laaa satu hari ada musibah menimpa heroin..
Dan of course laa.. hero yang menyelamatkan dia..
Mulai hari tu laaa.. dia pun membuka hati utk menerima hero..




Namun.. sesuatu telah terjadi..
Disebabkan kemalangan.. hero sudah hilang ingatan..
TIme ni mak kandung dia ambik kesempatan merampas hero..
Lepas tu mak dia bawak jumpa psikologis..
Dan psiko dia.. smpi dia lupa lansung kemalangan..
Apatah lagi nak igt awek dia kat kampung..

Pastu mak dia bawa pindah ke US..
Maka putus hubungan lansung laa dengan heroin..
Nama pun dah tukar kepada Lee Min Hyeong..
Pastu mak dia bgtau kat org ramai.. yang Kang Joon Sang dah mati..



10 tahun kemudian.. hero menang satu architect award kat US..
Kemudian, dia pulang semula ke Korea..
Satu hari heroin terserempak dengan hero..
Tentulah dia terperanjat sebab muka sama sebiji..
Nama jer lain..

Time ni.. hero dah couple dengan lain..

Nak jadi cerita... heroin ni sepejabat pulak dengan hero..
Dia yakin yang hero adalah lelaki yang sama dicintainya 10 tahun lepas..
Dan dia mencari cara untuk membuktikan hal tersebut..

Drama yang penuh drama..

Sila la :)
.
.
.




Nak tido...



Kalau mami nak tido siang..
Tapi Hasya takmo tido..
Mudah sahaja..

Berikan dia kereta kesayangan tersebut..
Dia akan usung merata 1 rumah..
Mami boleh laa takat nak lelap 10-20 minit ;)

mooommm mooomm mommmm

camtu laa bunyi kereta dia :)
.
.
.

Thursday, April 19, 2012

Nak let go barang-barang breastfeeding & storage

Harga belum masuk postage cost

Tidak boleh NEGO lagi..
Dah bagi harga cukup cun dah ni..
Memandangkan kesemua BM storage adalah BRAND NEW..
Belum pernah keluar kotak pun..

Not for fussy buyer..
Ko jangan request nak jumpa ke.. nak pegang ke..
Nak lorat2.. pi beli sndr kat kedai..

Sila emel - spiderx_woman79@yahoo.com

Dah booking, sila bayar utk confirm beli

Ni kira sapa cepat bank in dia dapat hokay..







AUTUMNZ BOTTLE - SOLD
BUMBLE BEE - SOLD



SOLD 






SOLD





SOLD







.
.
.

Tuesday, April 17, 2012

Cara untuk REMOVE TIMELINE pada facebook




Kemudian pilih browser yang anda pakai..

Tengok atas sebelah kiri..
Dan klik ALLOW

Lepas allow tu.. add-ons akan dimuat turun



Apabila keluar argument seperti di atas..
Klik INSTALL NOW



Kemudian, close browser dan restart semula..
Tak payah shut down PC pun :)

Selepas restart browser, facebook anda akan kembali ke view lama..

Namun, perkara ini hanya boleh terjadi pada pc @ lappy yg telah diinstall dengan timelineremover..
Jika guna PC lain.. anda akan nmpk timeline juga..

Namun, peduli apa atas pandangan mata orang lain..
Yang penting mata kita sndr tak semak dengan timeline :)
.
.
.

Monday, April 16, 2012

Smack Down..


Sejak dah berumur sket ni..
Kalep dah mula meninggalkan dvd ps2 yang kebudak-budakkan..
Takmo lagi main Dora, Diego, Hugo, Toy Story dll..
Dia dah beralih kepada game yang ganas..

Mula-mula okay lagi dok layan Ninja Turtle..
Sekali2 layan tembak-tembak..
Selalunya layan lumba kereta.. lumba motor..

Sejak akhir-akhir ni..
Dia dah mula suka game yang ganas..
Mana dia dapat?
Dari koleksi DVD papa dia..
Dah sorok pun dia dapat cari..
Pandai gak budak ni ngendap cari mana papa simpan DVD..

Paling dia suka WWF ni laaa..

Aku lak paling benci dia main hat ni..

Tak pasal2 kadang2 aku lak di smack down nyer..
Aku tengah mendugong tengok TV..
Tiba2 dilompatnya dari belakang..


Paling geram..
Hasya pun jadi mangsa..
Pantang mami lepa..
Dia ajak adik main wrestling..

Si kenit tu pun kemain suka lagi..
Tapi kang, kalau dah tersakit..
Kemain lalak lagi..


Aku pernah nampak dia angkat kaki Hasya camni..
Cam histeria aku menjerit dari dapur..

Skang ni kurang sket membelasah adik dia..
Sebab aku dah ugut..

SEKALI LAGI MAMI NAMPAK..
CD WWF TU MAMI PATAH DUA..

p/s: sila percaya, aku siap ambik sekeping dvd kosong.. patahkan depan mata dia.. ini mami gergasi tau.. jangan main-main :))



.
.
.

Dream High 2



Aku suka citer ni wei..
Wpun citer muda mudi.. tapi jalan citernya best..
Lebih best dari Dream High season 1..


Citer ni kat Kirin Art School jugak..
Lepas kejayaan Song Sam Dong..
Kirin School ni cam dilanda pelbagai masalah..
Lebih2 lagi masalah kewangan..
Last2 sekolah ni dah nak diistiharkan bangkrap..



Yang 4 orang ni.. memang dah jadi idol pun..
Depa di bawah naungan syarikat tersohor iaitu OZ Entertaiment..
Disebabkan oleh satu akta..
Artis muda belia tidak boleh perfom atau terlibat dalam show lepas 10 malam..
Kemudian mesti pergi ke sekolah sekurang-kurangnya 20 jam..

Disebabkan kedegilan JB... depa telah melanggar akta..
Dan telah dilarang menyertai apa2 show selama 3 bulan..

Akhirnya pemilik OZ Entertaiment telah membeli Kirin Art School..
Dan kesemua artis dimasukkan ke sekolah tersebut sebagai murid biasa..


Shin Hae Song ni ala2 Song Sam Dong time Dream High 1..
Dia ni bercita-cita untuk menjadi penyanyi..
Malangnya dia ni tak pandai menyanyi.. tak pandai menari..
Ada masalah nafas pendek..


Tapi dia tetap yakin dengan cita-cita nak jadi penyanyi..
Sampai semua orang pandang rendah pada dia..

Dia ni jugak peminat JB..
JB ni artis dari OZ Entertaiment..

Perasan tak muka heroin ni cam Kim Sun Ah (heroin Sam Soon)
Dan gaya dia masa berlakon dalam drama ni..
Cam Lee Da Hae (heroin My Girl)..
Iras sangat-sangat..


Inilah JB..
Dia ni dah tahap Super Idol..
Banyak peminat..
Salah seorang darinya SHS tadi ler..

Dia ni menyanyi pun sedap..
Menari pun pandai..


Ini bukan 2nd hero..
Watak dia lebih kurang sama berat dengan hero..
Jin Yu Jin..

Dia ni berbakat besar.. cita-cita nak jadi rocker..
Jenis degil dan suka berkasar..
Mangsa dia Shin Hae Song ler..

Mula-mula aku igt nnt dia akan bercinta dengan Shin Hae Song..
Sebab sebenarnya dia suka SHS tu..
Tapi selalu cakap yang sebaliknya..
Selalu bertindak macam tak suka..

Last-last lansung melepas :)

Tapi aku suka sangat watak dia ni..
Selamba.. kerek.. tapi caring..

G MINOR!!!!



Witch dalam Dream High 2..
Tapi dia yang paling lawa pun...

Ri An ni satu kompeni dengan JB..
Dia dok dalam kumpulan Hershe..
Dalam group tu kalau segi nyanyian..
Dia la paling kurang berbakat sekali..
Tapi sebab dia lawa.. so, dia dianggap group face..

Dalam drama ni dia bermusuhan dengan Shin Hae Song..
Nak-nak lak bila JB tunjuk minat kat SHS..
Dulu, dia pernah couple dengan JB..
Tapi clash sbb JB nak tumpukan perhatian pada karier..



Citer 3 segi dalam drama ni..
Aku harap sangat heroin dengan Jin Yu Jin..
Tapi, pasal dia selow melow sangat..
So, dapat kat JB..

Apa pun.. drama ni best..
OST pun best..

Jom layan lagu paling aku minat...