Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, December 31, 2010

New Year & False Alarm...

Selamat tahun baru 2011 utk semua..

Belum ada azam lagi..
Tak boleh nak berfikir apa azam tahun baru ni..
Kepala tu dok pusing2 pasal baby je..

Semlm cuti Piala Suzuki..
Perancangan asal nak pi beli barangkan..
Last-last apa pun tak jadi..

Perut meragam..

Jap-jap sakit perut nak terberak..
Jap-jap sakit perut biasa..
Jap-jap pinggang dok nyup nyap nyup nyap..

Mak aku suh cool dulu..
Kira sela masa sakit tu..
Kalau dah macam sejam sekali..
Baru g hospital..

Tapi takde pulak sela masa..
Rasa nak sakit.. sakit ler..
Pastu kang hilang..

Sekali kul 7.00 malam, sakit bebenor laa pulak..
Rasa nak berjalan pun dah tak buleh..
Suh laki aku siap2.. mandikan Kalep..
Masukkan barang dalam kete.. terus desup pi umah mak aku..

Sampai sana mak aku suh makan dulu..
Ok makan nasi 2 pinggan lauk ikan siakap bakar..
Konon2 untuk banyak tenaga nanti..

Lepas makan rehat sekejap...
Tup-tup dah tido depan TV..
Depa kejut tanya sakit perut ke tak?
Tak sakit laa pulak..

Hehehe.. sumer org gelakkan aku..
Nampak sangat PERUT TU SAKIT LAPAR..

Sejak semalam.. aku dah stop masak-masak..
Kat dapur pun dah takde makanan..
Malas nak beli sbb dah nak pindah umah mak aku kan..

So, semlm sekali je makan Brunch jam 11.30 pagi..
Pastu tak makan-makan dah smpi ke petang..

Maybe perut masuk angin..
.
.
.

Thursday, December 30, 2010

Last minute..

Sudah senaraikan barang-barang perlu yg belum dibeli lagi..
Banyaknya barang utk mami..
Utk baby dah setel.. sket2 je lagi..

1- Biji manjakani
2- Air gamat
3- Stokin tambahan (maklum ler nak pi pej pakai stokin)
4- Asam keping + garam kasar
5- Kain napkin

3-4 hari je lagi ni..
Malam-malam tido pun asyik mimpi bersalin je..

Rasa-rasa cam kali ni pun dapat kepala bulat cam Kalep jugak..
Kepala bulat ni..
Kang merasa laa bawah tu koyak banyak :)

Tak kisah laa camne pun..
Janji boleh normal..
Pastu semua selamat sihat walafiat..

Excited wei!!!!
.
.
.

Belum lagi...

Mesti ada yg speculate.. Kak Zel dah bersalin..
Sebab x online hari ni.. pastu tak hapdet blog..

Belum lagi :))

Tapi hari ni... sungguh sibuk..
Patutnya esok last day keje..
Tetiba jadi hari ni laa pulak..

Pastu hari ni lak ada check up kat gomen..
Kul 9.00 pagi smpi sana..
Check up ngn bidan kejap je..
Kul 10.00 dah setel..

Tapi, sebab kencing kotor lagi..
Kena jumpa doktor..
Hat ni hazabedah giler...

Dari kul 10 pagi.. Kul 11.45 baru smpi giliran aku..
Tido kat kerusi depan bilik doktor tu..
Sampai mengigau tau..

Masuk dalam tu..
Gitu gini gitu gini.
Tetiba doktor rasa rajin pulak nak scan baby..

Ni paling lama sekali..
Lebih 30 minit..
Doktor tu cari jantung & heart beat tapi tak jumpa..

Aku tak panik pun..
Sebab boleh rasa baby bergerak aktif dalam perut..
Lagi pun sebelum tu ada cek pakai yg bunyi geduk gedak tu..
Result 149/minit.. so OK sangat laa tu kan..

Aku pun tak pasti apsal dia nak cari sgt heart beat..
Doktor biasa je bukan O&G...
Sampai kejang2 laa perut aku dia punya tonyoh..
Pinggang pun dah sakit..

Dekat 12.30 tgh baru doktor selesai..
Aku pun dah hilang mood nak pi keje..
Terus balik umah Hajah Norlia.. tido smpi kul 3.00 ptg :))

Pas bangun tu baru terhegeh-hegeh pi Pejabat..
Siapkan apa yg patut..
Banyak lagi hal2 yg perlu dibereskan..

So, wpun esok rakyat Mesia bergumbira cuti umum..
Akak Zel akan berada di pejabat sampai lepas sembahyang Jemahat..

SELAMAT BERCUTI PANJANG U OLS!!
.
.
.

Wednesday, December 29, 2010

Gigih version Suzuki Cup :)

Gulai pucuk ubi + ikan talang masin...
Kuah nampak pucat sebab tak cukup santan..
Guna santan perah 1/3 kelapa je kot..
Baki masak lemak ikan Ahad lepas..
Pastu simpan kat tempat beku..
Kaler santan pun dah tak lawa..

Dapat beli pucuk ubi yang daunnya panjang-panjang..
So, cepat empuk dan lembut bila di masak..
Kalau yg lebor sket tu..
Elok wat goreng berlada je..

Tapi, sila percaya.. masak lemak tersebut..

SANGAT SEDAP!!!

Lain-lain lauk seangkatan..
Ikan cencaru goreng vodoh je..
Sambal belacan pakai blender..
Ulam timun mentah..
.
.
.

Tetiba PUBLIC HOLIDAY


Najib Declares Friday A Public Holiday

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has declared Friday, Dec 31 as a public holiday to celebrate the success by the Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup, Wednesday night.

Najib also congratulated the Malaysian squad for beating the Indonesian team in the final on a 4-2 aggregate, describing it as "the greatest night in Malaysian football".

"The young team had done us proud and we must build this success to propel Malaysian football to greater heights," he said in a statement to Bernama.

-- BERNAMA

__________________________________________________________

Suker kan..
Kala-kala diambang nak beranak ni..
Tetiba cuti plak 3 hari berturut..

Isnin mmg confirm cuti jugak..
Pagi ada cek ngn O&G spital Selayang..
Petang ada cek ngn Dr Zarul, PMC..

Selasa.. akan datang ler kejap ke pejabat..
Setelkan apa yang patut..
Maklum ler nak coti lama..

25 HARI!!!

Ko hade?!!!
.
.
.

Mau kasi TAHNIAH awal...

Takde peluang dah kot..

Oleh itu, TAHNIAH kepada negara saya MALAYSIA :)
.
.
.

Tuesday, December 28, 2010

Yang sangat dirindui..


Lepas kandungan menjangkau 4 bulan..
Aku dah tak leh meniarap lagi..

Ini adalah aktiviti kegemaran aku setiap malam..
Iaitu meniarap depan laptop atas toto depan TV..
Memang sangat heaven..
Kadang2 aku meniarap smpi bangun tido esoknya..

Pasal tak boleh meniarap lagi..
Malam2 aku jarang online..
Sebab sakit pinggang duduk sambil hadap laptop..

Namun, tak lama lagi..
Saya sudah boleh kembali meniarap :)

Kalau bukan 5hb pun beranak..
Last tarikh doktor bagi ialah 9hb..
So, lepas 15-16 hari..
Sudah boleh meniarap kembali..
.
.
.

Nasi lemak potong stim...

Ni yang tak suka beli nasi lemak dah siap bungkus..
Punya laa bersemangat nak makan nasi lemak udang pagi ni..
Tiba-tiba bukak..
Hanya ada 1 ekor udang sahaja..

Kot laa.. nak letak sekor..
Bagi laa timun sepotong..
Telur potong 1/8...
Kacang 4 biji.. bilis 3 ulas..
Jadi laa kan..

Ni kalau udang dah abih..
Takkan aku nak koyakkan daun pisang tu pulak wat lauk..

Kalau camni gaya..
Confirm tokey.. cukup setahun..
Leh angkat Vios cash!!!
.
.
.

Otomen kembali ke dunia nyata...

Tetiba malam ni..
Takmo Tiga.. takmo Gaia.. takmo Dyna..
Mula2 sibuk cari buku Matematik..
Dok baca 1,2,3.... 10..

Lepas tu cari buku warna..
Malam ni dia pilih buku animal..
Tak pilih dah buku warna Otomen..

Zirafah sudah siap..
Terus suh mami snap gambor..
Dan MMS pada Papa..

Sian lak pada Papa Kalep ni kadang-kadang..
Semua perkembangan anak dalam seminggu..
Main MMS.. SMS je..

Lepas habis kaler..
Sibuk nak "BERUSHHHHH"

Puas laa nak kaji apa benda berushhhhh tu..

Ini ler rupanya Berusshhh tu..
.
.
.

3 hari lagi.. (nak mula cuti panjang)

Huhuhuhu.. PENAT!!!

Ni laa jadinya kalau keje setahun..
Nak disetelkan dalam masa kurang 10 hari..
Ini laa time nak wat akaun..
Nak wat laporan bulanan..
Nak wat perancangan aktiviti..
Lagi ada SKT..
Lagi analisis pengguna baru..

Selalunya..
Bila notis mesyuarat tahunan keluar..
Baru akak Zel terhegeh-hegeh..
Bersama-sama rakan seperjuangan malas...
Cam biasa.. Ezey & Rehan..
Bertungkus-lumus... siapkan sambil meniru sesama sendiri :))

Tapi sebab aku nak cuti lama..
Takde laa lama.. perancangan bulan Feb dah naik keje..
Yang pasti dengan tilam.. pilis.. param...
Tungku je takmo.. sbb aku mmg tak suker :))

Oleh itu.. TAHNIAH PUAN ZEL!!

Aku rasa dalam 42 PID..
Aku je rasanya dah complete sumer keje-keje tahun 2010..

KORANG HADE?!!!!
.
.
.

Monday, December 27, 2010

Untuk para pencinta Jang Geun Seok




Walaupun dah hampir nak meletup..
Tapi kegilaan tengok Korean Drama masih belum habis..

Citer ni menggantikan Sungkyunkwan Scandal kat KBS..
Kat Malaysia baru dalam 3-4 episod rasanya..
Tapi kat Korea.. Malam ni episod last..

Sinopsis lum dapat tulis lagi..
Sebab aku baru tengok sampai episod 8..
Malam ni ngn esok baru nak marathon tengok citer ni smpi abih..

Sapa JGS.. adalah hero You're Beautiful yg tgh main kat 8TV..

Tapi awal2 aku say sorry ye..
Anda mahu... BOLEH!!

Tapi drama ini hanya ada AVI version..
Tiada DVD Player version..
Sebabnya masa sangat suntuk untuk wat master..
Pastu drama2 dari KBS lately bermasalah sound..
So, AVI adalah better solution..
Gambor pun jauh lebih clear dari DVD version..

Kalau mahu..
Hujung mgu ni boleh melampiaskan apa yang patut ;)
.
.
.

Ada budak nak kena...

Baru-baru ni beli Solivite..
Ada dapat sticker free..
Lepas minum.. senyap je..
Rupa-rupanya dia sudah tampal itu sticker kat dinding..

Otomen Kalep,

Ko tau tak bape hari Papa mengecat dinding rumah tu sendirian..
Bape banyak peluh dia merembes..

Papa sudah tengok ini gambar..

Papa anta SMS

"NAK KENA ROTAN NI..."
.
.
.

Gigih ala2 sembab..

Ikan bilis + kentang goreng berlada..
Nampak sembab sebab cili hidup mesin..
Kalau tumbuk pasti lebih menyelerakan..
Bila dah blender.. cili susah nak garing..
Jadi laa kan..
Makan sorang...

Telur sembab...
Dalam tu campur sekali dengan kobis, bawang + daun bawang...
Omelet konon-konon :)

Makan dengan nasi panas + kicap..
Lepas laaa wat habuan perut lapar..
Kalep tgk lauk terus takde selera..
Dia tak makan telur + ikan bilis..

Takmo sudah..
Hadap laaa biskut Tiger ko tu..
.
.
.

Sunday, December 26, 2010

Dunia..

Skang Otomen Kalep ngn Mami..
Dah hidup dalam dunia berlainan..
Mami tak boleh nak tegur2 apa ke dia..
Nanti dia akan cakap..

"DUNIA KALEP MANA ADA MAMI...
TGU KALEP MASUK DUNIA MAMI.."

Papa dia juga telah dibuang dari dunia dia..
Dunia dia skang hanya ada Otomen.. Raksaksa.. Pasukan Guts..
Pastu ada kapal terbang.. jet.. pistol..
Pastu yang herannya.. Atuk dia ada pulak..

Bila tanya atuk mana?

Jawapannya ialah ATUK KALEP YANG DAH MATI...
(atuk Khaleef mmg dah meninggal..)

Pasal sekolah memang tak berbunyi lansung...
ABC tak payah tanya dah..
Jangankan nak baca ABC..
Nyanyi lagu ABC pun dah tunggang terbalik...

Ni dua kapal terbang kesayangan dia..
Bangun tido je terus cari..
Pastu berangan cakap sorang-sorang..
Dia laa kapten.. dia laa Otomen.. dia laaa raksaksa..

Itu ler DUNIA yang dia maksudkan...
.
.
.

Check-up 36 weeks :)

Berat est = 3.1kg..
Lebih kurang berat Khaleef dulu..
Kepala dah turun sket..
Tapi badan masih berat ke kiri..

Nak explain gambor scan tu pun aku tak tau..
Pasal banyak sangat gambornya..
Tapi rasanya tu gambar tulang2 dia..

Baby size follow EDD..
Maknanya tak besar sangat.. tak kecik sangat..
Ngam-ngam dengan umur dia 36 minggu..
Oklah tu kan..
Kalau besar sangat kang rabak banyak pulak..
Kecik sangat.. kang kuar susah nak jaga..

BP dah ok..
Cuma skang ni kena naik sket dos jadi 200mg..
Sebab dah dekat sangat nak bersalin..
Hari tu kata 5hb kan..
Skang belum ada confirmation balik..
Sebab 3hb ni baru nak bagi tarikh sebenar..

Gynae pun dah tukar..
Mula-mula Dr. Ratna..
Ntah camne tetiba jadi Dr. Zarul pulak..
Agaknya dia lebih berpengalaman ler kot..
Dr. Zarul ni owner PMC itu..

Khaleef dah sangat ready nak jadi abang..
Dia dah boleh sebut nama adik dengan betul..
Kalau tak sblm ni kalau org tanya..
Dia main bagi je nama terlintas kat kepala..
Paling geram.. dia bagi nama adik dia "BADAK"
.
.
.

Tak sesedap dulu...

Dah dapat makan pun..
Tapi cam resmi orang mengidam..
Bila takde nak sesangat..
Bila dah dapat.. rasa tak teringin sangat pun..

Ke Mc D Bukit Rahman Putra ni wat tak sedap..
Selalu g Mc D Rawang..
Semlm sbb ada check up kat PMC..
Terus ler melajak kat Mc D area situ..

Lebih terliur nak makan Ayam Goreng Mc D Spicy..
.
.
.

Saturday, December 25, 2010

Sudah boleh bertenang....

Hari jemahat kelmarin..
Memang hari yang sangat menekan..
25 hari cuti bersalin dengan menghabiskan cuti rehat (15) + cuti sakit (10)...
Rasa mmg sangat tak patut..

Abih tu lepas bersalin.. ambik 25 hari..
Pastu dah tak boleh cuti rehat..
Tak boleh cuti sakit..
Memang tak patut..

Tapi, apa boleh buat..
Fikir-fikir balik..
At least, masih bekerja gak aku untuk 2011..
Ikut penjanjian awal kontrak baru PID masa 2006..
PID hanya beroperasi hingga 2010 sahaja..
Ni 2010 dah nak melabuh tirai..
Tetiba ditawarkan kontrak baru untuk satu tahun lagi..
Patut lebihkan ucap Alhamdulillah...

Ada satu tahun lagi untuk fikirkan apa mahu buat..
Yang pasti aku takkan anta resume minta keje..
Cukup-cukup laa keje makan gaji..
Mahu bukak bisnes.. tapi belum tahu apa..
Kemungkinan besar adalah bisnes makanan..
Sama ada restoran.. catering.. kedai..
Tak tau lagi laaa...
.
.
.

Thursday, December 23, 2010

MOODY hokay..

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa,Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan kontrak P*D 2010/2011 seperti berikut

(Kementerian masih belum menerima surat rasmi):


1. Jenis perkhidmatan adalah contract for service (lebih kurang macam SPS);
2. Kelayakan cuti adalah seperti berikut :
(a) Cuti rehat : 15 hari
(b) Cuti sakit : 10 hari

* Cuti bersalin: 25 hari (jika ingin cuti lebih, gaji akan dipotong)

Untuk makluman tuan/puan, pihak HR Kementerian dalam proses mendraf kontrak tuan/puan dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat. Maklumat lanjut mengenai terma-terma kontrak yang lebih terperinci akan dimaklumkan kelak. Pihak kami akan mengemaskini maklumat ini dari semasa ke semasa.

Sekian, untuk makluman awal.


AKU MOODY SAMPAI BERANAK!!
.
.
.

Terbaeeeekkk hokay!!

gambor sumer ihsan google

Seperti biasa.. la ni malam tido umah mak aku..
Lagipun Khaleef dah takmo balik rumah..
Takkan aku nak tido sorang-sorang pulak..
Adik aku.. sejak ada B.yond ni takmo dah dtg teman aku tido..

Malam tadi mak aku masak..
Kembung rebus goreng berlada kaw2 pedas..
Lagi ada pucuk ubi + kacang botol rebus..
Pastu sambal belacan yang marbeles..

Tanpa segan-silu..
Maklum laa umah mak sendiri kan..
3 kali tambah nasi tak toleh kiri kanan dah..
Eh, ada sekali aku toleh..
Tu pun sebab nak jerit..

"ADA SAPA-SAPA LAGI TAK MAKAN? AKU NAK ABIHKAN NASI!!"

Sambal belacan perrrghhhhhh...
Air hidung meleleh masuk pinggan punya pedas..
Takpe.. layan terus makan nasi..
Bukan air hidung orang lain pun..
Hahaha (entry kotor pagi jemahat)..

Pastu rehat kejap.. terus tido kat katil King size..
Mak aku hadiahkan sempena aku nak beranak ni..
Sebelum ni pakai katil queen..
Hanya aku & Khaleef je selayaknya muat atas katil tu..
Inche Izman kena bawak diri tido atas toto tepi katil..
.
.
.

Comeikan botol mOmma ni..


Senang ke baby nak pegang kalau bulat camni?
Tapi sangat comel..

Aku ni pakai botol.. takde laa memilih brand sangat..
Main tibai je..
Avent layan.. Pureen pun layan.. Tenderly pun layan..

Khaleef lak tak banyak songel..
Kecuali ada one time tu...
Dia prefer botol kurus yang ada pinggang tu..

Skang pulak.. botol dia tak kisah yang mana..
Tapi puting kena yang lembut..
Kalau bagi puting brand Pureen..
Awal-awal dia dah reject sbb keras..

Paling dia suka puting brand Anakku..
Brand Avent malas aku nak bagi..
3 hari je confirm pecah dikunyahnya..

Untuk baby baru..
Tak banyak pun botol..
Ate kate nak breastfeed :)..
Sikat dah sikat.. lap dah lap.. korek dah korek...
Kalau tak kuar gak tak tau ler..

Skang ni persediaan tang makanan pulak..
Sbb sayur2 sejuk tu confirm mak aku tak bagi..
So, kena makan benda-benda tak sejuk..

Yang dapat tau dari blog Mieja & Nieza..
Horlick.. Milo.. Susu.. Nestum.. Ikan..Kurma..
Pastu mak aku hari tu hari2 kasi adik aku minum longan panas..

Satu je aku seram lepas abih pantang nanti..
AIS!!!
Mieja dia tahan tak minum ais bertahun2 sbb BF..
Kak Zel korang.. Huhuhuhu!!!
.
.
.

Abang sudah ready...

Hari-hari tanya bila adik dia nak keluar..
Siap cakap..

"NENEN MAMI DAH BESAR.. CPT LAA KUAR MINUM.."

Aku cakap ngn dia..
Meh Kalep laa minum..

Dan-dan dia jawab..

"EEEE.. YEYEK...."


Jangan nanti bila adik dah kuar..
Ko buat ulam pulak adik ko tu..

Dia ni leh tahan gak kaki pembuli budak kecik..
Sayang tu sayang..
Sikit-sikit nak cium baby Kayra..
Sikit-sikit nak cium baby Zati..

Tapi kalau bad mood dia datang..
Selamber je dia tolak baby bagi jatuh..
.
.
.

Wednesday, December 22, 2010

Bintang Bintang....

Ni ler penangan Megamix Crunch semalam..
Makan lewat petang..
Pastu tak minum air masak pun..
Bantai air gas lagi..
Pastu terus tido...

So, pagi ni punya check-up..
BP sangat ok... 120/70..
Bacaan sangat cemerlang..
Bacaan ini hanya aku perolehi masa pregnantkan Khaleef dulu..

Sekali kencing gila punya kotor..
Terus berbintang-bintang aku punya urine test result..
Nasib baik ketamine tak present..
Kalau tak.. harus pi susulan kat AADK...

Baby masih breech :(

Tapi bidan yang badan dia kecik sket dari aku..
Telah memberikan kata-kata semangat...
Sebab dia dah 3 kali ceaser..

Dari awal2 aku takut nak ceaser..
Skang dah rasa berani sket...
Apa pun.. kalau boleh normal.. watpe nak potongkan..

So, baby dalam perut..
Bawak-bawak ler berpusing dan engagedkan kepala kamu..
Tak payah dah nak pusing sana.. pusing sini...

Kalau kamu nak bercita-cita nak jadi atlet terjun papan anjal pun..
Mami takkan bagi punya..
Jangankan terjun sambil berbaju mandi..
Jadi atlet gimrama yang berbaju penuh tapi ketat mendat tu pun mami tak bagi..

Wpun harapan makin tipis..
Kerana baby sudah cecah 3.0kg..
Namun kuasa Allah siapa boleh lawan :)

Berharap yang baik-baik saja...
.
.
.

Megamix Crunch...


Makan ni tadi petang..
Lepas makan.. bawak tido sbb ujan lebat..
Lagi kilat2.. so TV tak bley.. internet lagi laa tak bley...

Bangun2 pedih ulu hati..

Ni mesti pasal perasa cam perencah megi kari tu..
Yang Magamix Crunch ni..
Kalau diamati rasanya..
Sebijik cam ayam salut perencah megi kari..

Esok dah ler ada check-up..
Jangan laa naik lak BP kang..
Patutnya hari ni makan makanan sihat..
Tapi pasal tadi lapar sangat punya pasal..
Pilih fast food..
.
.
.

Tuesday, December 21, 2010

Kenapa jelah ngko ni wahai WIRA!!

2 minggu sudah.. balik check up dari PMC..
Ngn tak semena-mena tetiba econ kete bunyi kuat..
Padahal 2 minggu sebelum tu baru je lepas ganti tayar..
Dah melayang ler lebih kurang 1K..

Singgah kedai.. katanya Compressor Econ hancus..
So, estimate dalam 6-7 ratus laa jugak..

Sbb baru ganti tayar..
So, untuk compressor masuk budget bulan 12...
Kena tunggu gaji masuk dulu..
Gaji pulak lambat masuk..

Pagi ni.. dapat MMS lagi dari Inche Izman..
Hari tu dia MMS gambor tayar pecah..
Hari ni dia MMS gambor cermin tingkap belakang lak pecah..

Masalah compressor tak selesai lagi..
Tambahkan lagi satu masalah..

Ikut hati aku..
Kalau laa kete tu dah abih hutang..
Pastu rege dalam 500-600 hengget je..
Memang aku dah tolak masuk dalam Sungai Bernam..

Tak sudah-sudah bawak masalah..
Tahun ni je agaknya.. dekat 10K abih ke kereta je..
Kalaukan kereta tu Toyota Hibrid ke.. Honda ke...
Ni takat buatan Malaysia je..
10K tu... aku leh beli tora terbang sebijik lagi tau..

Tora Terbang kesayangan aku jugak is the best!!
.
.
.

Tungku

cr to yiutsumuni.com


Dalam banyak-banyak benda masa pantang..
Seperti;

1- Makan jamu
2- Makan nasi gaul lada hitam
3- Minum air panas
4- Bengkung
5- Pilis & param
6- Lauk tak best

Tungku adalah perkara yang paling2 hazabedah sekali aku rasa..

Kat umah mak aku..
Kul 6.30 pagi dia dah siap bakar tungku sblm pi sekolah..
Time tu laa dia kejut aku suh bertungku selama 1 jam..

6.30 pagi hokay..
Kalau malam tu anak aku tido nyenyak..
Leh diterima akal lagi..

Masa Khaleef baby.. dia berjaga sambil menangis..
Start jam 11.00 malam.. smpi ler 5-6 pagi..
Baru dia tido..

Aku pun time tu laa baru nak lelap mata..
Dah kena hulur tungku berat 5kg.. suh tekan atas perut..
Perasaan sangat SEBAL hokay..

Aku tunggu je mak aku start kete..
Selalu dia g sekolah dalam kul 7 lebih gitu..
Dia undur je kete.. terus aku letak tepi tungku & TIDO...

Tapi belah petang kul 6.30 punya tak leh ngelat..
Sebab dia dah balik sekolah..
Punya laa lenguh pergelangan tangan ni..
Benda tu berat.. lepas tu nak kena angkat tojah.. angkat tojah..
Kalau terlepa sket.. alamat melecup laa kulit perut..

Tapi skang dah ada tungku moden..
Cam best je..
Tapi mesti mak aku tak approved punya :)
Padahal perut aku ni..
Kalau ditungku ngn batu berat 15kg pun..
Lum tentu leh kecik lagi tau...
.
.
.