
Baby dalam perut aku sudah berada dalam keadaan kepala bawah..
Tapi kadang2 dia memusing jugak..
Mungkin sbb dia kecik... tapi perut sangat luas dan besor :))
Pepaham sndr laa Mami dia saiz camne pulak..
Perkara penting di minggu-minggu akhir ni..
Ialah menjaga kepekatan HB darah..
Selain nanti masalah tumpah darah..
Bekalan hemoglobin pada bayi juga sangat penting..
Takut nanti baby kuar-kuar dah kena anemia..
So, ZAT BESI harus dipertingkatkan..
Pil yang klinik gomen bagi sebeban tu..
Sila makan..
Tapi aku lak tak suka makan itu pil-pil sumer..
Aku lebih suka wat replacement dengan makanan..
Lagipun makanan yang kaya zat besi ni senang-senang je..
Tak payah nak masuk hutan belantara cari rusa ke.. kijang ke..
Antara makanan yang kaya zat besi
1- Daging lembu, hati,
2- Makanan laut dan ikan berminyak spt salmon, tuna dan sardin
3- Sayur-sayuran berdaun hijau
4- Buah-buahan kering (BUKAN JERUK HOKAY)
5- Kekacang
6- Roti, pasta dan nasi
Vitamin C pulak akan menggalakkan penyerapan Zat Besi..
Tapi cam aku ni ada high BP..
Kena beragak-agak juga nak makan tu..
Hari tu terlebih makan daging lembu..
Seharian pening berputar-putar alam semesta..
.
.
.
1 comment:
bgs la kongsi info2 mcm nie...sgt berguna tuk mereka yg zero knowledge mcm alyaa.hihihiih
Post a Comment