Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, July 15, 2013

Nail Shop Paris



Cerita ni ringan tapi jalan ceritanya best :)
10 episod sahaja..
Dah habis tayang pun..

Heroin merupakan seorang penulis novel internet..
Lepas dia tulis berkenaan kisah cinta gumiho..
Dia jadi hit di internet..
Namun, lepas tu dia terlibat dengan plagiarism scandal..

Oleh itu, untuk novel dia yang berikutnya..
Dia mahu cari inspirasi daripada orang sekeliling..


Satu hari, masa di stesen subway..
Dia ternampak seorang lelaki menyelamatkan seorang gadis daripada penagih dadah..
Nama lelaki tu Alex..
Heroin rasa lelaki tu boleh jadi watak yang menarik untuk novelnya..
Maka dia ekori lelaki tu sampai ke tempat keje...
Lelaki tersebut kerja dia sebuah pusat rawatan kuku bernama Paris..
Tu yang NAIL SHOP PARIS...


Dia pun cuba minta kerja kat situ..
Tapi kedai tu hanya ambil pekerja lelaki sahaja..

Balik rumah.. dia nekad untuk potong rambut..
Dan menyamar sebagai lelaki..
Dia diterima kerja di Nail Shop Paris..
Kat Paris dia dipanggil Bunny...


Yang hero mula2 dia berkenan tu..
Alex.. duduk hujung sekali belah kanan...
Tapi lama2 cam yang tengah tu lak yang hero..
Nama dia Kay..

Kalau camni punya jambu..
Hari2 laa aku nak hand massage & manicure :)


Masa keje kat Paris..
Memang dia siasat betul2 si Alex tu..
Apa  Alex tu suka.. Apa hobi.. Apa dia buat..
Semua dia rekodkan..

Alex ni memang berkarisma.. baik hati..
Caring.. #ohmyalex :)
Dalam drama ni dia betul2 macam angel..
Semua masalah dia boleh selesaikan..

Akak jatuh cinta kat Alex tau mula2 drama ni..


Kay.. Ice Prince of Paris..
Dia ni mula2 kantoikan heroin..
Tapi dia igt mula tu.. heroin ni gay yg minat kat Alex..
Yang kantoikan heroin ni pompuan bukan hero..
Tapi staff Paris yg rambut blonde tu..

Dalam novel internet heroin ni..
Alex jadi hero..
Kay jadi penjahat :)

Dia ni mula2 tgk cam biasa2 je..
Lama-lama.. jadi hensem laa pulak..

Maka, cinta Kak Zel pun beralih arah...


Kay ni suka Bunny..
Tapi as a man..
Bunny pulak suka Alex..
Alex pula suka.... RAHSIA! (nak tau kena tengok)

Lama barulah Kay tahu yang Bunny tu pompuan bukan lelaki..
Lepas dia tahu.. dia tak tunggu lama..
Terus confess pada Bunny yang dia suka Bunny..

 Ni dengan Alex

Ni dengan Kay..

AGAK-AGAK... SAPA YANG DAPAT?!!

:)

1 comment:

mummy_ayu said...

dah abis dah tgk cita nie..memang best!!