Dapat tau pasal Velkommen ni..
Hanya dengan menggoogle dan menelaah blog
Insan2 yang dah pernah ke Phnom Penh..
Banyak kali juga ler..
Nama Velkommen ni naik..
Dari gambar2 yang aku tengok..
Puas hati dengan keluasan..
Dan paling penting harga!!
Untuk standard room.. USD16 per night..
Yang 4 orang sebilik.. USD28 per night..Untuk Backpackers... Seorang USD5 per night..
Harga ni sangat OK..
Bagi orang yang holiday bukan untuk rehat2 di bilik..
Yang balik bilik untuk lelap mata shj..
Yang hari terakhir.. kul 7.00 pagi dah check out..
Jauh beza dengan Guesthouse yang aku stay kat Melaka last year..
Dah laa mahal...
Toilet kongsi..
Dalam bilik ada katil semata-mata..
Paling penting..
Internet mau ada.. mau laju jugak :)
Pastu FREE..
Internet kat sana cam murahan je..
Masa lalu kat Telecom Cambodia..
Ada banner tulis..
1Mbps = USD5 per month..
Mak menjejes hokay.. :)
Ini ler bilik yang aku huni bersama suami.. anak2 dan mak..
Kalep tido sekatil dengan Papa..
Aku, Hasya dengan Hajah Norlia sekatil..
Cukup luas untuk anak2 aku membuas..
Tak cam masa kami dok Tune Hotel Kuching..
Anak2 aku terpaksa membuas kat koridor..
Sebab bilik terlalu-lalu-lalu sempit..
Sampai nak solat pun susah..
Ini siap boleh bersilat :)
Bilik airnya cukup luas..
Boleh letak katil saiz queen :)
Bersih juga..
Cumanya takde sabun.. takde toiletries yang asas2 tu..
Terpaksa laa aku p mini mart beli sabun..
Satu je buat aku takkan hinap lagi di hotel ini..
TAKDE LIFT!!!
Mak sekeluarga duduk tingkat 3..
Menghazab woiiiiiiii!!!
Kena pulak takde sedia kettle..
Tiap kali anak nak susu..
Menangis rasa turun naik.. turun naik..
Velkommen ni terletak tepi Sg Mekong..
Malam tu sempat ler kami ronda2 tepi sungai..
Kat Phnom Penh ni pekannya cepat mati..
Kedai tutup kul 6.00 ptg..
Tapi.. area2 Velkommen busy sampai lewat malam..
Banyak club.. rumah urut.. kedai makan..
Nampak kurus je..
Tapi dalamnya luas..Masuk2 tu ada mini bar..
Boleh laa jumpa local gegirl..
Tengah menyedap dengan omputeh..
Apa nak kisah..
Negara depa bukan negara Islam pun..
Oleh itu.. buat2 tak nampak sudah..
Velkommen ada juga sediakan perkhidmatan touring..
Dan harganya jauh lebih murah pada kita deal sndr..Boleh tanya kat recept.. dan depa akan arrange kenderaan yang kita minta..
Satu lagi yang best kat Cambodia ni..
Astro depa.. 65 Channel termasuk RTM 1..Harga langganan cuma USD5 sebulan..
Yang akak menjejes tu..
Korean Channel lengkap hokay..
MBC ada.. KBS ada.. SBS ada..
Bil Astro sebulan kat sini..
Boleh cover 10 bulan kat sana..
Takpe laa..
Malaysia Boleh :)
Boleh booking online dengan masukkan detail credit card..
Tapi sampai sana boleh bayar cash..
Kat Phnom Penh ada.. Seam Riep pun ada..
http://www.velkommenguesthouse.com/
.
.
.
No comments:
Post a Comment