Kalau tak pasal Pol Pot ni..
Agaknya Cambodia maju setanding Malaysia kot..Ikutkan sejarah..
Cambodia ni merdeka awal 4 tahun dari Malaysia..
Depa merdeka 1953..
Bila dengar tourist guide kitaorang citer pasal Pol Pot ni..
Rasa cam dia ni ada masalah otak..Kejam yang bukan-bukan..
Ada orang dalam dunia ni tak suka katak..
Ada tak suka harimau..
Ada tak suka buah durian..
Tapi..
Dia ni TAK SUKA ORANG!!
Bila dapat menggulingkan kerajaan Cambodia..
Dia terus jadi Perdana Menteri Cambodia..Perkara awal yang dia buat ialah menghalau semua penduduk Phnom Penh..
Pergi ke kampung-kampung..
Di sana mereka dipaksa jadi petani..
Lepas tu.. beratus-ratus ribu di tangkap dah di hantar ke pusat tahanan..
Bila dah masuk pusat tu..
Takde jalan keluar dah..
Pasti mati..
Yang mati tu bukan kira agama apa.. bangsa apa..
Dia tak peduli..Nak2 golongan cerdik pandai dan yang kerja dengan kerajaan..
Bangsa asing.. habis semua dia hapuskan..
Ulama pun banyak yang mati..
Dalam fahaman komunis.. tiada agama dibenarkan..Cakap bahasa lain pun tak boleh..
Apatah lagi nak sembahyang.. pakai tudung.. pakai serban..
Kalau askar dia jumpa.. memang mati..
Islam Cham dipaksa makan babi..
Sebagai tanda kesetiaan kepada Pol Pot..
Kalau tak makan.. mati..
Semua orang mesti pakai baju sama..
Pesen yang sama..
Potongan rambut yang sama..
Gambar mangsa2 kekejaman Pol Pot..
Lama pulak tu dia dapat jadi Perdana Menteri..Dari 75 smpi 79..
Selama itu.. takde lansung kenangan manis untuk di kenang..
Semua kenangan sadis.. kejam.. ngeri..
"cut the grass must dig the root also"
Kalau dalam satu keluarga tu..
Katalah ayahnya dulu seorang guru sekolah kerajaan..Ayahnya dibunuh.. maka seluruh keluarga cikgu tersebut..
Mak.. ayah.. anak2.. isteri.. adik beradik..
Semua akan dibunuh.. gilos!!
"Kill wrongly better than release wrongly"
Ni satu lagi motto gile si Pol Pot ni..
Dalam pusat tahanan..
Semua yang ditahan akan di tanya soalan yang sama..
Adakah anda Agen KGB?
Jawab Ya pun MATI
Jawab Tidak pun MATI
Tak jawab pun MATI
Dah tu kalau nak bunuh tu..
Bunuh jelah..
Ni dia suh askar2 seksa dulu semua tahananan..
Ada yang dicabut kuku.. cabut gigi..
Ada satu gambar tu.. tak sanggup aku nak snap tepek kat sini..
Askar dia tengah kepit puting breast dengan playar smpi tercabut..
Emo tau bila fikirkan pasal Pol Pot lahanat jahanam nih..
Pol Pot lari ke kem dalam hutan di sempadan Thai-Kemboja..
Ada yang kata dia mati sakit dalam semasa tidur..
Ada yang kata dia mati diracun..
Org-org penting masa pemerintahan dia..
Ramai yang hidup lagi..
Dan dibicarakan kerana melakukan jenayah perang...
Kesemua mereka dihukum penjara seumur hidup..
.
.
.
No comments:
Post a Comment