Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 30, 2014

Poniang Mak nak....


Ini budak.. sejak nenek dia dah pencen..
Cam-cam hal..

Awal2 dulu aku nak tukarkan sekolah..
Bagi dekat sket dengan rumah..
Kejap nak.. kejap tak nak..

Last2 dia cakap TAK NAK!!

Ok takpe.. teruskan je kat SKLB tu..


Nenek dia kata..
Maybe dia ada inferiority complex..
Masalah dalaman..
Sebab dari cucu guru besar..
Skang dia dah jadi murid biasa..

Tapi dengan sikap dia yg acuh tak acuh..
Aku tak rasa itu adalah masalahnya..


Minggu lepas..
Tak tau la.. sama ada kena buli..
Atau bergaduh..
Kena ejek katanya..

Kawan dia ejek MAMI GEMS...

Aku cakap ngn dia..
Abih tu ko nak sentap apa..
Bukannya perkara tipu.. bukannya fitnoh..
So... abaikan je..

Tapi.. katanya dia sedih!!

Ko saja nak psiko mami suh diet kan... :))


Aku ni kalau ikut perangai pailang aku sekolah dulu..
Memang aku ajar dia balik..
Macamana nak EJEK mak orang lain pulak..

Setakat perkataan berunsur makhluk kejahatan..
Aku boleh je nak ajar dalam 3-4 perkataan..

Tapi.. aku tau itu bukan jalan penyelesaiannya..
Perkara akan bertambah buruk..


Jumaat lepas...
Balik sekolah.. kemain mengaruk dia lagi nak tukar sekolah..
Aku bolayan.. dia mengaruk kat nenek pulak..

Nenek dia.. kepantangan tau cucu dia tak happy..
Aku just cakap relax dulu..
Jangan ikut sangat cakap dia..

Tapi neneknya kata..
Isnin dia akan uruskan pertukaran sekolah..
Aku pun pasrah jelah..
Nekad betul dia nak tukar sekolah ni..

Aku cakap gak dengan dia..
Ko lari sekolah pagi..
Budak tu ko akan jumpa juga sekolah petang..
Takkan sekolah petang nak tukar juga..

Takkan setiap kali kena ejek..
Kena buli.. bergaduh..
Tiap kali tu nak tukar sekolah..



Ahad malam dia tunjuk satu surat kat Papa..
Papa dia sain..
Surat kebenaran rombongan nak pergi Kidzania hujung bulan Jun..

Isnin aku hantar dia sekolah macam biasa..
Mak aku suh ambik borang pertukaran..
Sebabnya dia ada nak pergi PPD..

Aku tanya dia sekali lagi..
Nak tukar ke?

TUKAR LEPAS ROMBONGAN!!



-mami pening-
.
.
.


1 comment:

ibh_sue said...

Hahahaha..Khalep punya hal.Bertabah lah... :)