Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 23, 2014

Ipoh V - Popia SS Ali


Gerai dia No.18..
Kat Medan Selera Dato' Tahwil Azhar..
Atau pun.. selalunya dipanggil Medan Selera Taman Kanak-Kanak..
Pasalnya kat tengah tu ada taman..

Kedudukkannya kat tengah-tengah Ipoh tu..
Dekat sangat dengan Gerbang Malam..

Antara yang famous kat medan selera ni..

1- Popia SS Ali
2- Satay Endut
3- Sup Gerai Darus
4- ABC & Lai Chi Kang Ah Seng
5- Sotong kangkung


Ni Popia basah...
Aku suka yang ni banding yang goreng..
Intinya sama je cam popia lain..
Tapi lainnya ada udang kering dan bawang goreng..
Kuahnya pun sedap.. pedas-pedas manis

Yang ditabur tu daun bawang..
Yang putih2 tu tak tau mende..
Rasa cam telur..

Aku suka yang basah ni banding yang goreng..


Ni yang goreng..
MIJ tak suka basah...
Goreng ni so-so je rasanya..
Maybe sebab goreng sampai garing kot..

Kalau popia goreng..
Aku suka goreng sampai liat je..
Tapi bukan sampai keras..

Apa-apa pun.. memang sedap Popia SS Ali ni..
Untuk yang jauh nak pi Ipoh..
Popia SS Ali ni ada cawangan di Shah Alam..
Kat sekseyen 7.. so boleh la pergi cuba..
.
.
.

No comments: