Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, April 14, 2014

Ipoh I - Nasi Ganja (Nasi Kandar Ayam Merah)

Wpun aku takde la suka sangat makan kari..
Tapi sebab ramai sangat orang berbicara..
Nak-nak pulak pasal kes hari tu..
Jadi teringin pulak nak rasa..

Kata orang.. kalau tak pekena nasi ganja ni..
Tak sah laa perjalanan anda ke Ipoh :)


Nasib baik aku tengok Majalah 3 hari tu..
So, mmg tau laa..
Kedai nasi ganja ni adalah di bawah nama restoran Cina..
Rumah Tumpangan dan Kedai Makan Yong Suan..

Ada ramai orang salah sangka..
Menyangkakan Restoran Vanggey tu adalah cawangan kepada Nasi Ganja..
Bukan... itu adalah restoran yang lain..
Nasi Ganja ini adalah Nasi Kandar Ayam Merah..
Takde mana-mana cawangan pun...


Paling special..
Ayam merah yang dimasak dengan sambal kelapa..
Sayangnya..
Aku ni jenis tak berani ambik risiko dalam bab-bab makan..

Masalah aku dengan makan lauk kari-kari ni..
Sat lagi kepala aku migrain..
Tekak loya.. mual.. apa sumer mai..

Pelikkan?!

Jadi.. jalan yang selamat..
Kuah kari tak payah bubuh..
Aku pilih telur ikan..
Dengan sepotong ikan kari..

Sedap!!


Ini pulak pilihan MI..
Ayam goreng mamak..
Tapi yang ni version pedas..
Tak tau pulak ada 2 jenis ayam gorengnya..
Kalep makan ayam ni sikit je..
Sebab terlalu pedas untuk dia..

Yang kaler oren tu ler sambal kelapa rasanya..
Tak rasa la pulak camne rasanya..

Harga.. biasa2 je..
Standard rege kedai mamak..
Secara keseluruhannya..
Boleh makan.. sedap..
Tapi tak masuk laa dalam kategori ketagih..

Tapi next time kalau pergi Ipoh lagi..
Nak cuba ambik lauk sotong atau udang pulak :)
.
.
.

1 comment:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

awat tak share coordinate GPS nya...