Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, May 5, 2014

Jiwa Kacau - Edisi jatuh timpa tangga.. timpa tangga.. timpa tangga




MIJ cakap..
Ramai lagi yang bernasib malang dari mami..
Tapi.. itu orang ramai..
Bukan bini abang..

Takpe la.. dia takmo simpati kat isteri comei dia ni..
Biar laa aku melampias nasib aku kat sini..

Pagi aku bermula awal pagi ni..
Wpun badan masih penat dan sakit2 baru balik outstation..
Kalep memulakan hari aku dengan muntah atas tilam..
Ok takpe la..
Aku lap2 dengan air bersih..
Pastu sidai kat gate.. nampak hari macam panas..

Lepas lawat ayah kawan meninggal..
Aku bawa dia g klinik..
Sebab nak jimat masa.. aku bawa g klinik swasta..
Lagipun selalunya pakai med card PM Care..
FOC..

Sampai-sampai.. sekali tengok purse takde..
Bila purse takde..
Kad tu pun takde la..

Rasa cam vongok sangat pulak nak balik sedangkan dah smpi klinik..
Duit MIJ bagi RM150 utk bayar duit minyak Kalep g sekolah ada..
So, boleh la guna duit tu dulu..

Mahal laa pulak Klinik kat Kerling tu..
Tadi aku tulis kat FB RM47 kan..
Rupanya RM67.00.. untuk ubat demam, antibiotik, ubat asthma..
Tak ambik neb pun..
Mahal melampau bagi aku.. sebab selalunya kat Tg Malim ni..
Dalam bawah RM30.00 shj..

Pastu isi pulak minyak Tora Terbang..
RM30.00..
Pastu bebudak ni masuk pulak Speed Mart..
Habis lagi RM20.00..

Kul 1.30 ptg aku pi pejabat balik..
Tetiba hujan selebatnya..
Terbayang tilam yang dok bersidai kat gate..
Habis.. habis...

Sampai pejabat.. tungkus lumus siapkan bahan bakar..
Nak pos..
Eh, mana pulak aku nak korek duit beli sampul Pos Laju..
Terus ler pending order customer aku..

Tepat jam 5.30 petang..
Kunci pejabat.. masuk kete start enjin..
Lansung berkutik pun tidak..
Adoyyyaaaiiiii..

Call mak aku suh ambik..
Mak aku cakap dalam 1/2 jam dia datang..
Dalam aku berjalan ke bus stand..
Baru teringat.. tadikan aku datang hujan lebat..
Aku pasang lampu tora terbang..
Pastu lupa tutup la tuh..

Eh.. lepas taip ni..
Aku rasa.. aku takde laa malang sangat :)

Jom minum air sarsi buh ais lebih!!





1 comment:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Confirm bateri kereta kong..