Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, January 31, 2017

Sudah sebulan sekolah...


Semalam cikgu kelas Hasya bagi jadual kelas..
Aku pun tanya ke dia..

Adik kelas mana?

Jawapan dia.. 1 MUSYKHORI...

Aiseh!!! terpaksa laa omak whatsapp cikgu dia tanya..
Muslim ke Bukhari?
Ikutkan aku tak suka kacau cikgu time2 cuti..
Tapi ni kang salah ikut jadual lagi susah..

Sebulan dah berlalu...
Bulan ni Hasya akan start belajar sepertinya Darjah 1..
Jadualnya macam sekolah biasa juga..
Cuma ada tambahan kelas Hafazan, 6 kelas Fiqh...

Dia suka sekolah.. syukur sangat...
Lagi dia suka ulangkaji pelajaran..
Sekali je Mualimah dia tegur sebab dia tak igt Alif Ba Ta..
Balik tu memang dia pulun habis Muqadam tu..
Alhamdulillah.. dah pass sampai Ya..
Iqra' pun dah smpi huruf Dal..

Ikutkan masa kat PASTI.. dah jauh juga dia mengaji Iqra'
Disebabkan omak bagi betul2 kasi dia cuti masa bulan Disember hari tu...
Habis semua lupa.. ABC pun dah tunggang langgang..
Bacaan pun dah kelaut dalam..

Mukolip.....
Ni susah betul laaaaaa...
Kalau adik suka ulangkaji..
Dia masih berada di alam khayalan dia..

Dah Darjah Lima..
Gelaran Khaleef In Wonderland tu belum hilang lagi...
Cikgu pun dah pening agaknya dengan Mukolip ni..
Sama je komennya..
Anak Puan ni suka berkhayal!!

Kegemaran dia main dengan rotan..
Rotan tu laa pedang... rotan tu laaa senapang..
Cam2 imaginasi dia dengan rotan tu..
Main bukan kejap2 tau..
Kadang2 sampai sejam lebih dia berimaginasi sorang2...

Omak cam dah tak larat nak berleter ke dia..
Bukan apa..
Kadang2 aku pun tak tau apa yang keluar dari mulut aku tuh..
Dia stress... Aku pun stress sama!!

Tu baru dua anak!!

Apa pun.. doa yang terbaik jelah untuk kedua-duanya..

-OMAK ANAK DUA-
.
.
.

1 comment:

galaksi viral said...

Salam perkenalan.. done follow dan blogwalking. :)